Thursday, May 31, 2012

gadis manja vs gedik

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 3:13 PM 5 KATA KAU

salam & hai,

selalu asyik cerita pasal lelaki je kan. so hari ni nak cerita pasal kaum sendiri plak. hehe. baru adil kan..

perempuan manja vs gedik.

korang dalam kategori yang mana satu? manja ? gedik ? atau dua-dua ? atau takde langsung? hehe. biasa yang kita dengar, lelaki ni jenis tak suka perempuan yang gedik, tapi diorang minat perempuan yang manja..
semalam ade nampak 1 statement ni dari seorang lelaki.. die cakap "gadis yang gedik sedap buat stok awek je .. tapi perempuan yang manja untuk dijadikan isteri ".
hoho very nice~


[gambar hiasan]

ni ida copy paste dari FB :

Gadis yang garang sebelum kahwin , insyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantis selepas kahwin .
kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya , dan kerana manja dan mengada kepada suaminya ialah kewajipannya 


kalau ida sendiri, biasa orang cakap ida ni manja.. tak tau la kan, manja dari segi ape sebab kita tak boleh nak nilai diri sendiri. tapi gedik tak pernah dengar lagi orang cakap camtu. cuma malam tadi, ade makhluk Tuhan ni cakap.. "ade la kot gedik sket2"
haha. padahal die just kenal dari fb ngan fon je.. dengar suare dah boleh detect gedik ye.. terrer! =p


ida ade baca buku "dosa-dosa wanita yang di anggap lazim" .. dalam buku tu ade cerita bab bercakap terlalu lama di telefon.. bende tu pon kira tak elok.. satu : sebab membazir waktu dan duit, kedua : sebab suara wanita ni aurat.. lagi-lagi kalau sengaja buat suara manja atau menggoda bila bercakap.. sebab lelaki ni bila dengar suara pon boleh imagine macam2.. so behave ye saudara saudari ku. :D

p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak. jangan gedik pliss.haha.

Wednesday, May 30, 2012

(tahniah) Tomok jadi daddy

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:17 PM 4 KATA KAU
salam & hai,

Just a quick post.. tahniah di ucapkan kepada Shah Indrawan Ismail (tomok) dan wife Ayu sebab dah selamat dapat baby boy petang semalam. Nama baby tu sweet sangat. Arrianshah Akid bin Shah Indrawan. kelasss u olsss~ Baby pon comel.. :) 


Teringat dulu time sekolah memang gile crazy kat tomok ni. Sume majalah mangga urtv ida beli. pastu gunting simpan gambar tomok ngan newboyz. huhu. 
entri lama tentang tomok boleh refer SINI SINI dan SINI
ada banyak lagi sebenarnya, malas nak letak link semua. haha.



sumber : page Tentang Dhia (Slot Akasia TV3) 


lelaki paling pantang...kalau......

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:00 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

apa khabar korang semua? hope sihat la ya..hari ni tak de aktiviti best.. duduk rumah rehat je la.. habiskan sisa baki waktu sebelum start masuk kerja isnin nanti. fuhhh berdebar nak menanti first day report duty. ;)

nak tahu tak, ida ade kesan satu perangai lelaki. yang mana mereka ni pantang kalau bila di tanya, tapi kita tak jawap..atau pon jawap main-main..atau pon tak boleh nak bagi jawapan yang tepat.(macam yang diorang harapkan)

haha.. dari 3/5 orang yang ida test..positif result die memang camtu. diorang memang bengang kalau tanya tak nak jawap..even tanya benda simple je.contohnya : nak makan kat mana, nak jalan kat mana.. tapi kita jawap " tak tau la... ikot awak la.." mesti kene marah nanti huhu~

contoh ke due :
die : sapa suara laki tadi?
ida : orang la
die : memang la orang, takkan kambing lak
ida : err.. ade la.. kawan..


lepas-lepas tu... msg dah kene sensored sebab da kene marah.... pastu baru OK balik. huhu~ why so serious la...then mula la kuar statement :: saya tak suka kena tipu.. saya tak suka tipu orang jugak.. saya nak orang jujur.. bla bla bla.. nasib die tak kuar statement camni : Pantang keturunan nenek moyang I kalau I tanya tapi orang main-main. haha.

p/s : aneh-aneh la manusia ni..senang-senang je marah anak dara orang kan.. =p


Wordless Wednesday #6

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:30 AM 0 KATA KAU
salam & hai,



memory.. missing this place.


jangan ganggu pacar alif aziz

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:00 AM 0 KATA KAU
salam & hai,

ada satu lagu baru yang comel. suke jugak dengar..sebab dalam sehari mau 2-3kali ada kat radio.. lagu alif aziz ..lirik die ade liking-liking..poking-poking...nak jugak ada kene mengena ngan mukabuku kan? trend kot. huhu..tajuk lagu dia jangan ganggu pacar ku... pastu apa yang bermain di minda..terus teringat mereka berdua ni (rujuk gambar) haha..layann~


kalau nak download boleh gi kat link 4shared SINI . atau pon google saja..

LIRIK:


Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya

Ulang chorus 2x

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya


Banyak blog syok sendiri?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 3:30 AM 0 KATA KAU

salam & hai,

apa khabar bloggers dan silent readers yang di sayangi sekalian. berjumpa lagi kita dalam rancangan mari merepek di blog luvida huhu. 

sebab apa ida cakap silent readers? sebab kita pon tatau sapa yang baca blog kita. sapa yang usya blog kita setiap hari. ok, memang ade trace traffic.. memang boleh detect nuffnangers, but then, orang luar yang mungkin tak de blog, yang mungkin tak follow blog kita, mereka-mereka ni pon ade view blog kita kan? kawan-kawan atau mungkin sedara mara..sebab macam ida, ida autoshare kat wall fb ngan kat twitter.. 


sangat surprise, bila balik kl malam tadi, housemate ida (hasnah memang nama sebenar) die cakap die baca blog ida. hehe thx as! tibe-tibe rasa semangat nak merepek sebab tau ade orang baca. =p
cik nuyu still bukak blog ida tak? cik mariam? opss cik dila? kalau ade bagus la. hehe..

bukan ape, teringat pulak ayat seseorang ni.. die pernah kuar statement yang berbunyi lebih kurang macam ni..
" I tak suke sangat baca blog-blog ni.. sebab I rasa kadang-kadang diorang ni macam syok sendiri je 
haha.. tuan punya ayat, kenal tak ayat ni? masa mula-mula dengar dulu rasa sentap la jugak... tapi mungkin ada betul nya... sebagai blogger, kita tau apa niat sebenar kita berblogging... ade yang nak cari duit tambahan, ada yang suka-suka isi waktu lapang, ada yang nak cari kawan baru.. ada jugak yang saja nak buat macam diari.. bila dah tua nanti bolah baca balik and tunjuk kat anak cucu haha.

kritikan yang membina kita kena terima la.. kalau rasa bende tu logik, untuk kebaikan pembaca, boleh la kita ikot nasihat diorang.. sekurang-kurangnya kalau ade orang komen, maksud nya ada orang prihatin.


macam sebelum ni ade orang pernah komen die cakap banyak sangat pix ida kat blog ni.. so ida dah kurangkan, even memang sangat kurang la berbanding dulu yang asyik2 tayang pix sendiri je..  lagi pernah orang komen, die cakap blog ni makin lama makin lucah.... sebab dulu pernah ade buat entri double meaning.. so, ida dah avoid benda tu semua..tak de la lucah pon.. tak caya boleh tengok balik entri kat SINI SINI dan SINI...walaupon komen tu datang dari anonymous, tapi still di ambil kira tau..janji nak komen tu biarlah bernas dan guna bahasa sopan.

so guys, any issue untuk penambahbaikan.. feel free to drop your komen ya. ;)


Tuesday, May 29, 2012

(pendedahan) tabiat buruk

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:42 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

lama betul rasa tak update blog ni. bukan ape, adik ida konker laptop ida. huhu. ni pon ida online pakai pc kat umah. tapi pc ni agak lama.. nasib keyboard die sedap nak menaip.

nak cerita sikit pasal satu tabiat buruk pada diri ida yang dah lama sebenarnya ida kesan. nama pon tabiat buruk, benda ni sikit sebanyak bagi problem jugak kat diri sendiri kalau terlampau nak ikot kan sangat.
sebelum ni ida pernah tulis entry tentang tabiat tidur ida yang pelik.. boleh check entry tu kat --> SINI

sebenarnya tabiat buruk yang ida nak share kali ni, ialah ida tak boleh nak berenggang (langsung) dengan bantal busuk. ok, sebenarnya bantal ni wangi..cuma orang suke panggil die bantal busuk.. kalau tidur tak de bantal tu, pendek kata tak lena. macam contoh, semalam ida balik KL sebab ade hal. balik tido sana cuma untuk satu malam je. mula-mula berbelah bahagi jugak .. nak bawak atau tak nak bantal ni... last-last decide, kena bawak jugak.. kiranya selagi muat beg, sumbat la jugak.. agak-agak kalau tak muat, sanggup pegang kat tangan. haha. (pernah buat camni masa naik bus).
ida pikir ape, "ala.. aku bawak bantal..bukan bawak dadah..ape aku kesah" gile babeng compare bantal dengan dadah memang la bantal menang huhu~



[ kau ade??? ]

kadang rase malu jugak. macam budak kecik je. even budak kecik pon tak kisah sal bantal.. tapi nak buat camne.. ni yang kata bad habit ni.. tak tahu bila nak hilang habit ni.. adik ida pon ade bantal yang kitorang beli sama-sama.. tapi die kalau cuti setakat sehari due, mana bawak balik bantal tu... ida je yang bawak.. sobS~ orang ada tanya, abes tu nanti kahwen camne? ida cakap la.. "kawen bawak je la bantal ni tido same, tak boleh ek? " hurm! tidur yang lena itu penting ape... so kita berhak buat apa saja , janji dapat tidur yang lena macam bayi.. ;)

p/s : anyone nak share korang punya bad habit? hehe.



Monday, May 28, 2012

salah sendiri. padan muka hang.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:14 PM 3 KATA KAU

salam & hai,

ok entri kali ni bersiaran langsung dari cybercafe vsta angkasa ya. bukan cyberjaya. haha. alkisahnya ida hari ni balik ke kl untuk semalaman sebab esok ade hal sikit nak setel. then insyaAllah esok ida akan balik semula ke kampung sebab ida setat kerja isnin depan.. baik sambung besarkan badan kat kampung.. haha..dok KL bukan ade faedah pon. (ceh berlagak padahal nak save duit)..
ok kenapa ida lepak kat CC ? sebab ida tertinggal kunci rumah dan kunci bilik kat kampung.. uwaaa sadis gile babeng... jadi terpaksa la lepak cc bawah umah ni... sementara tunggu housemate pulang dari kerja.

nasib baik :
- ada duit dalam wallet
- bawah umah ade cc
- abah anta sampai terus depan umah tak payah naik tren/bus
- dah solat jama' qasar kat gombak tadi

nasib tak baik :
- kalau housemate-2 merayap ke tempat lain dulu..contohnye pegi shoping atau tengok wayang erk
- roomate yg sorang ade kat kampung, sorang lagi suke balik malam.. uwa..ntah2 dapat masuk umah je tapi tak dapat masuk bilik

hm.. motif.. jangan lalai dan alpa.. sebelum nak gi mana-mana make sure check dulu sume benda.. sekarang sapa yang susah.... diri sendiri jugak.. haha..

p/s : saya tak angau oke!


Sunday, May 27, 2012

anak lalai, salah ibu bapa?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:24 PM 1 KATA KAU
salam & hai,


hari ni mood agak tak cantik sikit la. banyak sangat orang nak cari pasal dengan ida. hehe. entri yang sebelum ni pon banyak entri yang tak puas hati je. 

ida ada sikit persoalan yang bermain di fikiran.. apa pendapat korang.. kalau seseorang anak buat hal, atau anak itu jahat.. adakah ibu bapa nya boleh disalahkan 100% sebab tak didik anak diorang elok-elok atau bagaimana? contohnya anak tak solat.. sebab solat tu tiang agama.. benda basic untuk umat Islam.. even agama lain pon ade sembahyang diorang sendiri... ade mak ayah yang sedia maklum anak die tu tak solat... orang luar pon tahu... cuma yang ida pikir, mak ayah die tak kisah ke??? ataupon sebab anak tu dah besar, so diorang just bagi anak tu buat pilihan sendiri... "suka hati hang la.. hang dah besaq panjang" dari kecik mak abah kita didik kita.. ajar kita..solat..mengaji.. takkan bila dah besar kita jadi malas kot? come on la.. kita mati pon tatau bila.. jangan nanti bila dah kahwin, tak reti pulak nak ajar anak untuk solat... nauzubillah....

[gambar hiasan]

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

lelaki saiko (part2)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:00 PM 5 KATA KAU
salam & hai,

ni scheduled post. sebenarnya ida taip entri ni right after ida taip previous entri yang part 1 punye. ida saja lambat post sikit sebab nak bagi laluan kat part 1 dulu. hehe.

kalau perasan, entry ida yang lepas ida ade cerita post tajuk "saya suke tomboy"..kalau sapa yang tak baca entri penuh, mesti die ingat ida buat entri yang bukan-bukan.. yang menghalalkan hubungan sejenis dan bla bla bla..





helo bang, kalau nak komen, baca sampai habis dulu tau.. biasa la, blogger kalau nak naikkan traffik, die akan taruk tajuk yang boleh nampak highlight sikit.. baru orang teringin nak baca. kalau nak selamat ida boleh je guna tajuk "saya tengok cerita aku bukan tomboy" tapi tak best la kan? itu tajuk biasa.

lain kali jangan suke hentam orang je tau... selidik dulu... kalau nak komen boleh, tapi at least awak baca dulu semua, pastu boleh la tinggal kan komen yang membina ....kalau awak pon malas baca, hanya tengok pada tajuk saja, pastu nak buat kesimpulan sendiri, awak patot malu pada diri sendiri tau.... isk isk....peace ya!


lelaki saiko (part 1)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:39 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

panas pulak hati hari ni. ida rasa mamat ni saje je nak cari pasal ngan ida. bukan sekali, tapi dah masuk kali ke dua dah ni.

cerita die macam ni. tadi ida ade up status kat facebook :
"Lelaki semuanye same!"

pastu ade sorang mamat (bajet bagus ni) die komen :
"again with the sexist status. stop making yourself stupid."

ape masalah die sebenarnya?? die cakap "again" sebab sebelum ni ida ade up status pasal lelaki jugak. dan die bagi pendapat jugak.. which is yang sangat annoyying...die ni sentap terlebih awatnya?? tak de rasa stupid pon buat status macam tu. haishh


status sebelum ni lebih kurang macam ni la " aiye ckp jangan menangis sebab lelaki. tapi kalau bukan lelaki yang buat wanita menangis sapa lagi kan? "
pstu die boleh komen die cakap : ade je perempuan yang menangis sebab perempuan kan?

la... so what?? ida ckp sebab situasi ida sekarang.. tak payah la nak pikir pmpuan menangis sbb pmpuan yang lain ke.. ape ke..

by the way, lelaki sume sama tu.. ida nak cakap yang lelaki ni sume sama.. ade 9 akal 1 nafsu.. ke awak ade 5 akal je?? haha. geram tau! jenis suke nak kondem orang je.. status cmni pon nak amik serius sangat.
ida pikir nak block je mamat ni.. tengok-tengok die dah remove ida dulu. ok sangat bagus. ida pon tak perlu friend yang macam ni kat fb tu.. buat semak je..

atas dunia ni ade 2 jantina je. perempuan dan lelaki. so adat la, kalau perempuan nak cerita pasal lelaki atau sebaliknya. bukan nye ida benci lelaki ke ape. abah ida, adik ida, atuk ida..sume nye lelaki.. bukak sikit minda ye .. jangan nak cari salah orang je. shame on you.




saya suka tomboy!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:40 AM 0 KATA KAU
salam & hai,

rasa macam dah lama tak update entri baru. hehe. ida baru habis layan movie "aku bukan tomboy" . antara barisan pelakon die, ade scha, shaheizy sam, syamsul yusof, sheera iskandar, salini saibi, zarina af dan ramai lagi la. pelakon die boleh tahan la jugak. movie ni dah agak lama  kuar wayang, cuma ida baru ade kesempatan nak tengok , tu pon jumpa dalam laptop adik. jalan cerita die ok la..santai tak de beratkan kepala..ayat-ayat die pon sempoi sesuai dengan cerita yang cuba nak disampaikan..ida suke watak pengkid nama sam yang dilakonkan oleh salina saibi.. macho la.. menjadi. haha. yang watak pengkid nama bell lakonan sheera tu ok jugak tapi kureng sikit la. :) yang penting, kalau ending tu suruh scha buat pilihan.. ida nak die pilih harry.. shaheizy sam! yeyy! tak suke si bendul.. wekss


[ zarina af.. scha.. salina saibi ]

bila tengok cerita ni, teringat pulak mase ida lepas spm dulu. takde buat ape, dok rumah layan chat kat mirc. ida pon tatau macam mana ida boleh TERminat kat tomboy ngan pengkid pada masa tu. mungkin dari segi cara diorang bercakap, dressing diorang..the way diorang ni care kat kawan-kawan.. rase macam best. sebab tu ida masuk mirc .. join channel #pengkid. kat situ bukan sumer nye peng atau tomboy, ade jugak lesbian, pempuan biasa, atau pon lelaki.. dulu ida ade ramai jugak kawan dari channel tu.. kawan dekat alam cyber je la..tak pernah jumpa pon, cume dulu ade friendster, so tengok gambar pon dari situ je la.. dan berhubung dengan henfon..tapi sekarang dah lost contact.. sometime I do miss them. :(

 
[ gambar hiasan dari en. google]

ade sorang budak penang.. mariam, kalau awak ingat, dulu kita panggil die "dak penang" ..haha.. tatau ape jadi dah dengan die sekarang.. pastu ade sorang budak sarawak.. "F" .. then ade sorang lagi budak ni last ida tau die dok kat melaka nama die "A" .. hmm... rindu saat itu.. hopefully sekarang diorang dah insaf maybe.. ataupon dah berubah ke arah kebaikan. hehe. amin. ehem, ade sorang lagi ni tatau nak kategori sebagai ape la.. die ni je yang still contact lagi sampai sekarang, tapi die ni kadang-kadang sombong..huahuahua.... sombong-sombong pon, saya tetap sayang awak tahu? sayang sebagai kawan..tak salah kan.. kite dah kenal pon since forever.. weksss!! kalau awak baca entri ni, awak tau sapa awak. :)

just one thing, kita sebagai masyarakat luar, jangan la terus pandang serong kat golongan-golongan macam ni. selami dulu ape yang diorang rasa.. ingat diorang nak ke jadi camtu suke suke hati? diorang jadi tomboy atau pengkid, mungkin sebab ade sejarah hitam yang kita tatau. kalau lelaki kan, diorang memang anti dengan pengkid2 ni.. tatau la nape.. jeles ke dengki ntah.. ke rasa tercabar? huhu....sepatotnye kita kene doakan je yang terbaik. sebab satu hari diorang pasti akan berubah. kita yang bukan pengkid ni pon, tak semuanya sempurna.. betol tak? :) just my opinion, tak setuju sila komen la.. jangan nak usya je. wink2..by the way, title tu "saya suka tomboy!" maybe waktu dulu la... mase zaman baru nak up..baru nak kenal dunia.. tapi sekarang tak lagi...saya wanita tulen hehe...thx 4 reading guys with <3


Saturday, May 26, 2012

yang ke 600

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:21 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

ida punye pengikut dah ngam-ngam 600 orang sekarang ni.. hehe. terima kasih..blogger lain dah 6 ribu tak de nak heran pon kan? ala, yang penting kita berblog bukan nak bertanding sape ade followers paling ramai.. tak semestinya blog yang bagus tu ade pengikut yang ramai dan jugak sebaliknya.
 sila ramai-ramai terjah dekat blog yang jadi followers ida yang ke 600 ni.. blog cik innogurl. klik SINI atau klik je kat gambar tu ok.. cute sangat tuan blog tu :)




Friday, May 25, 2012

lagi filem buat saya menangis

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:40 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

siang tadi ida ada layan cerita tajuk "berlari ke langit" . dah lama dengar tajuk cerita ni, tapi tak pernah tengok dari mule sampai habis. pelakun die pon boleh tahan, ade rosyam nor, fasha sandha, siti elizad.
ade 2 kisah cinta.. satu pada kekasih, satu lagi antara adik beradik.. ada babak-babak yang touching.. ida pon sampai nangis..huhu .
satu babak masa kat kenduri kawin .. bayangkan orang yang kita sayang sangat, tak dapat jadi milik kita. sobss..

 [fasha watak sebagai cikgu]

[tak suke orang gile ni.. sebab die la iman mati]


lagi satu babak masa adik die mati..itu memang sedih gile.. dalam cerita ni jugak die tunjuk adik rosyam nor ni nama watak die iman, minat sangat kat siti sarah.. hehe.. cerita ni tahun 2004, time tu name siti sarah tengah top agaknya.
 

ade teringat ade sorang ni pernah cakap.. "bodo nye orang kita, tengok cerita hindustan pon menangis" hello! kalau menangis tu sebab kita ade hati dan perasaan. cerita tu sedih, sebab tu la kite menangis..kadang tu cerita yang dipaparkan kat tv ade relate dengan diri kita.. tak kisah la cerita hindustan ke, cina ke, tamil ke.. janji tengok tv, sembahyang tak tinggal..kalau lagha tu lain la kan? eleh macam la anak bini die tak layan cerita kat tv langsung.. opsss terlebih sudah!

p/s : tak suka orang yang tahu cari salah orang lain semata.



bahasa singkatan yang melemaskan

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:21 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

nak cakap sikit eh, bahasa singkatan atau short form memang tak dapat lari dengan SMS, facebook, twitter dan laman sosial yang lain. tiap-tiap hari pon kita guna. janji orang paham dan tak menyakitkan hati. tapi bahasa singkatan ni, kita kena elakkan kalau nak tulis entry kat blog. nanti orang susah nak baca. kalau tulis karangan kat sekolah memang totally tak boleh la ye..
ape yang jadi isu sekarang, ade sesetengah golongan yang guna bahasa baru.. die bukan singkatkan perkataan tapi jadi tambah perkataan.. atau tukar kedudukan huruf.. contoh yang dapat ida kesan :

buat jadi buad ... sangat jadi sangad... ini bukan nama die short form sebab jumlah die tetap sama 4 ngan 6  huruf tapi die tukar T jadi D.. sebab ape? tanya lah diorang..
lagi satu yang selalu ida jumpa.. perkataan lah jadi lha... ini pon bukan short form jugak.. sebab sume huruf ade, tapi die tukar tempat je... nak cakap typo tak mungkin... itu style barangkali.

ok contoh kalau kita guna camni :

tito , atau tdo = menda ni kire short form la.. sebab perkataan asal adalah tidur ( 5 huruf)
ag = kira short form jugak daripada perkataan lagi ( 4 huruf) 
janji orang paham sudah... 

lagi satu contoh bahasa yang buat orang rase meluat sekarang ialah bahasa "ewww" dimana semua belakang perkataan tu die nak tambah "w" . contoh : tidow, lettew, apeww, titeww.. macam-macam lagi la.. kadang tu sampai tak reti nak bace. hehe. 

ade satu video dari vblogger terkenal.. bukat mat luthfi la.. ini anuar hadi... tajuk die ewww... sape belum tengok boleh view kat bawah ni.. apa kata anda? sekian..



tudung norjuma = tambang teksi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:42 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

lambat pulak nak update. siang tadi ida dah pergi hantar kain kat kedai jahit. alhamdulillah kedai akak tu masih terima tempahan untuk raya. ida pergi bandar tumpang abah ida. tapi sebab die nak masuk opis pukul 2.30 ade meeting, so ida suruh abah balik dulu. ida cakap nak balik sendiri, maybe naik teksi la.

sebelum balik, ida singgah kat kedai tudung. dah lama nak pergi kedai ni, tapi tak de kesempatan. kedai ni branch tudung datin norjuma. die ade bukak cawangan kat bangunan arked mara bandar pusat jengka. ida usya harga die ok la. murah. die banyak jual tudung bawal plain, 2 tone, 3 tone dari harga rm 7 ke rm15. pastu ade yang bawal hujung die ade polka dot yang tu mahal sikit rm 33. ida beli satu dulu sebab nak try. ida amik yang plain ni. harga die rm7. balik rumah terus try. serius sangat senang nak pakai. tak payah iron pon boleh terus bentuk.


ouh ya, mase nak balik dari bandar, ida amik teksi. dari bandar nak balik uitm. pada sape yang tak tahu, ida duduk dalam uitm sebab abah ida staf. pakcik teksi tu cakap, hantar sampai luar pakguard rm6.. kalau masuk hantar sampai rumah rm 8. makaihh mahal gile. biase hantar sampai dalam rm 6 tau. pakcik ni memang nak kelentong. ida pon cakap la.. biasa saya naik rm6 je.. pastu die nak dolak dalih.. last-last ida cakap... ok lah.. rm 7! die pon setuju. sakit hati betul tau. dah la teksi kat jengka ni buruk gile. takde ekon. kalau nak compare ngan kat KL macam langit ngan bumi. ade hati nak demand harga. naik teksi harge rm7 same ngan beli tudung sehelai.. apa pon tak boleh la!

[gambar hiasan]

tapi ida pelik, memang kat KL je pakai meter ek? kat kampung tak payah ke?? kalau ikot meter rasenye tak sampai rm5 sebab amatlah dekat. sangat cekik darah la teksi kat jengka ni. mentang-mentang felda dapat durian runtuh haha.. tapi, harga barang lain pun lagi mahal dari kl tau. air tin, barang runcit, ubat gigi semua mahal. syampu lagi la..apesal harga kat malaysia ni tak standard? by da way, kat mane ida nak komplain ekk??? geram pulak rasa.


Thursday, May 24, 2012

beli kain atau baju siap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:24 PM 6 KATA KAU
salam & hai,

raya dah nak dekat. betul ke? ok, puasa bulan 7..raya bulan 8 insyaAllah. bunyinye macam tak lama dah kan? bukan ape, sebab mak, adik ngan ida nak hantar kain tempah kat kedai jahit. so, sekarang ni dah kira last minit dah ni. mintak-mintak orang kedai tu nak terima lagi. 

ade 2 pilihan sebenarnya. sama ada nak beli baju yang dah siap atau nak tempah kat kedai. kalau beli yang dah siap, malam raya pon boleh beli tapi tinggal nak cari size yang sesuai la. baju dah siap kalau nak beli yang cantik-cantik kene kuar duit lebih sikit la. masa study kat shah alam dulu, ida selalu beli yang dah siap je. sebab kat shah alam ada banyak tempat jual baju dah siap. sekarang bile dah duduk kat KL senang cari kain je kat masjid jamek. lepas tu hantar kedai ..boleh buat baju ikot design sendiri.

hantar kedai pon ade 2 pilihan jugak. sama ada nak bagi baju contoh yang lama..ataupon nak pergi kat kedai tu, then suruh die ukur baru. kalau ida, ida suke die ukur.. sebab badan kita mungkin dah naik atau dah slim kan? (biasanya naik la) haha. lagi puas kalau mintak die ukur baru.
cakap pasal raya ni, tahun ni tak tahu la. dapat cuti raya ke tak. maklum la, ida baru je nak setat masuk opis baru 4 hb june ni..tak tahu jugak polisi opis tu, kalau cuti raya kene mintak berapa bulan awal. uwaaa....


apex hensem, rita cantik, lagu mojo best

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:10 AM 4 KATA KAU
salam & hai,

tadi baru abes tengok kelayakan suku akhir piala AFC kelantan lawan terengganu berakhir dengan kemenangan berpihak pada skuad gomo. menang 3-2. tahniah. apex nampak comel pakai jersi putih.lalala~kire ok la tu. sebab separuh masa pertama kelantan mendahului 3-0 tuu.. padang da la becak gile. mase tengah main pon, hujan still turun renyai-renyai. game pon setat lambat sebab hujan. hehe tapi tengok tadi pemain sume bersemangat sampai ke titisan terakhir. bile kelantan jumpa terengganu, ida susah sikit nak buat pilihan sokong mane. sebab due-due pon minat. :) 



mase rehat separuh masa, sempat tengok cerita tv3. samarinda episod pertama tajuk die 'ameera' . pelakun utama syamsul yusof ngan rita rudaini. nampak sweet sangat jadi husband and wife. huhu. mak ida cakap, nape die belakun dengan orang muda? ida cakap dalam hati, "ala..dekat luar tv pon laki die memang muda ,mak..hehe" sekarang ni umor da tak penting, kat luar ni ramai je yang suke awek lebih tua dari die. betol tak guys? watak yasmin hamid very da psycho tau.. looking forward untuk follow cerita ni esok ataupon kat tonton. lagu tema : mojo -andai ku bercinta lagi.memang best~



em, sikit nak tambah. kadang-kadang kalau jadi orang baik sangat macam susah pon ade. sebab kite tak sampai hati nak buat jahat kat orang. selagi boleh tolong, kita akan tolong..padahal, hati kita rasa berat sangat. jangan orang amik kesempatan sudah la. kita diam bukan maksudnya kita setuju dengan semua tindakan yang orang buat kat kita..but then, kite just tak nak bising-bising kan..? diam tu bukan kalah..tapi mengalah.
hopefully semua kebaikan kita, orang akan pandang dan kenang. kita memang tak harap balasan, tapi sekurang-kurangnya die hargai la.

salam sayang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea