Tuesday, May 22, 2012

hari puasa (dugaan)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:43 PM
salam & hai,

hari ni ida puasa. bagi ida kalau kat kampung (umah mak) senang sikit nak puasa sebab tak banyak kerja yang ida buat. cuma duduk online, tengok tv. pastu tup tup dah maghrib. tadi pon mak tak bagi tolong masak, mak tak bagi ida angkat kain. mak suruh ida rilex je. heaven betol. kalau kat KL tu umah sewa pon dah 8 orang, dugaan lagi banyak tu. hehe.

nak cerita pasal dugaan berpuasa ni, macam la kau tu baru sehari dua nak belajar puasa. dah berpuluh tahun tiap kali Ramadhan kita akan puasa kan. but then, kalau puasa (lebih-lebih lagi puasa ganti) dugaan dia lagi kuat. kena banyak sabar. sebab orang-orang kat sekeliling sumer boleh makan. kita sorang je tak boleh. hehe.



dugaan 1 :
bila tengok iklan makana kat tv. iklan meggi pon rasa cam sedap sangat. pastu mula la berangan, nanti nak bukak puasa dengan ni la.. dengan tu la.

dugaan 2

bila bukak blog atau facebook, ade pulak la manusia-manusia ni yang post gambar makanan. perghh sumer nampak lazat dan berkrim tu. tahan-tahan.

 dugaan 3 :
adik kecik. balik sekolah tadi, die amik balang kerepek. pastu die makan ngap ngap ngap. hehe ida jeling je la sipi-sipi. die tak tahu pon ida puasa. then, die makan nasi lak. lepas makan nasi, die mandi siap nak gi sekolah petang. tapi die sempat lak makan coklat. fuhh.. sabar-sabar.

dugaan 4 :
jari dan mata. biasa kalau ade orang share berita yang hot sikit, gambar yang seksi sikit, gosip yang panas sikit, laju je nak klik. tapi bila tengah puasa ni kena la menahan diri. nanti pahala makin nipis.

itu la serba sedikit dugaan untuk orang yang berpuasa hari ni. tinggal tak sampai sejam lagi nak berbuka ni. haha. selamat berbuka bagi yang puasa. nanti kite update story lagi.

wassalam.


1 KATA KAU:

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

Alhamdulilah ida puasa hari ni :)

puasa ni mmg banyak dugaan. nk2 tang makanan. pdhl time tak pose okay je tgk iklan makanan. huhuhu

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea