Tuesday, November 20, 2012

Lazuardi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:40 PM 1 KATA KAU

salam & hai,

seronoknye kalau ada lelaki macam watak Shark. boleh bawak ida lari bila rasa nak lari. hmm.. ataupon ada lelaki macam watak Odie boleh dengar semua masalah dari luar balkoni sama-sama. haha. pengaruh novel yang tengah ida layan sekarang ni Lazuardi karya Nasz. sapa penah baca sweet & sour.. harus baca jugak novel terbaru die ni. memang best. 


kadang-kadang rasa best dan super cool pulak kalau kita dapat cerita atau luahkan apa yang kita rasa pada orang yang kita tak kenal. ataupon die tak kenal kita. just bercerita melalui dunia cyber ke.chatting, on phone, tak payah tengok muka. 

ida teringat lagi, masa mula2 terpikir nak buat blog dulu. pertamanya sebab boring teramat pada hari tu. secondly, sebab nak share cerita kat semua orang. tapi bila blog dah setat di publish, di share dekat FB dan twitter, benda tu dah tak jadi privacy lagi. sebab kawan2 baca, sedara mara ade bace.. even kite takkan tau sape silent reader kita. zaman dulu pulak, asyik2 entry mesti nak upload gambar muka sendiri. sekarang je dah insap. hehe. sebab tu ida pernah ade 1 blog yang ida tak perkenalkan diri. dan tak tunjuk muka. blog tu untuk luahan hati. masalahnya ida pon dah lupa password nak login. hehe. apa pon tak boleh.


sometimes we need a space to be alone. thanks today got MC. time to rest.


Monday, November 19, 2012

LRT ni bapak dia punya kot

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 PM 8 KATA KAU

salam & hai,

Tadi balik kerja dalam tren, bengang sangat rasa. Dari luar tren ida nampak ade seat kosong, ida pon kejar la dan dapat tempat duduk. Tapi sebelah ida tu, ada mamat (badan agak chubby) siap bukak laptop bagai. so die agak makan banyak space la.

sebelah kanan pulak, nasib baik perempuan. tapi sebab sempit, jadi ida kene duduk ke depan sikit tanpa menyandar. tak kisah la, janji dapat duduk. ida bukan hadap sangat nak duduk kat tengah2 antara mamat dengan pempuan tu. tapi sebab ida nak sambung baca novel barang se 'chapter' dua.. so i really need to sit.  ida ni jenis yang tak stabil kalau berdiri dalam bus atau tren, so kalau berdiri kompem tak leh nak baca novel. sayang laaa.

yang mamat tu pulak, dah tau tempat sempit tangan die tak reti duduk diam. ade je benda yang die nak usik kat laptop die tu. betulkan headsphone berapa kali ntah. tangan die asyik kene je kat badan ida. tak selesa sangat masa tuh :( ida dah jeling-jeling tapi die buat bodoh je. sampai satu tahap, ida dah tak boleh sabar. baru je kat stesen bangsar (ade lagi 3 stesen camtu nak sampai).. ida pon bangun, tutup novel terus berdiri. baik aku bangun, pegang pada tiang, daripada duduk kat sebelah mamat tuh. sakit hati aku la! 


moral of the story : kalau naik pengangkutan awam tu, jangan la buat macam hang naik kereta hang sendiri. prihatin la sikit pada orang ramai.. nak bukak laptop pon tunggu la bila dah balik umah. sekian.


Saturday, November 17, 2012

TEDdy bear yang gatal.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:40 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

hari ni Ida keluar jenjalan dengan adik-adik. sorang keje and stay kat sepang. sorang lagi study kat UIA gombak. kitorang jumpa around kul 11.30 kat KLCC..reunion siblings versi kecil-kecilan..sebab tak cukup korum sebenarnye ni.

mula-mula kitorang gi tengok wayang cerita TED. cerita ni OK la, kelakar la jugak. Ida rasa movie ni diorang memang create untuk lelaki la. sebab lelaki2 dalam wayang tadi amat menghayati. gelak bukan main kuat, padahal takde la lawak gile babeng, haha! cite tu agak sensored la.. sebab 18xx ..rase tak sesuai pulak bawak adik yang UIA tu.. walopon umor die dah 20.. Ida pulak yang segan. hehe. tapi seriously, MILA KUNIS tu cantik la.. first time tengok dia berlakun.


lepas tengok wayang pergi solat, then pegi makan la.. PizzaHut! banyak gak kitorang melantak. sampai ke malam ida still kenyang ni. huhu. kitorang makan pizza.. tambah prawn.. pastu meatball..fuhh..





Tapi kan masa solat tadi, ada nampak 3 orang perempuan ni.. die bukan Malaysian la. pelik dressing diorang. sembahyang boleh pulak nampak kaki. pastu ade yang nampak leher. mazhab mana diorang ikot ye?
Tu je la. nak share cerita untuk hari ni. see ya next post. nites.


Friday, November 16, 2012

CintaMu beri sayap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:14 AM 0 KATA KAU




Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi

Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Tak mampu kuterbang tanpaMu

Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap

Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku


p/s: tatau apa maksud Altar Cinta, tapi suka lagu ni.


Thursday, November 15, 2012

nanti apa orang kata

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 AM 0 KATA KAU

salam & hai,

kadang-kadang kan, bila kita nak buat sesuatu benda, tapi kita tak boleh nak teruskan sebabnya kita fikir "eh, nanti apa orang kata". 
Actually why we have to concern about others? nape nak dengar cakap orang? kalau asyik dengar cakap orang sampai bila nak maju. betul? tapi hakikatnya kita hidup dalam dunia bermasyarakat. kat sekeliling kita ada banyak mata-mata yang memerhati (macam ayat kiah propa :jage-jage, ade yang merhati).. huhu!
Bila sampai satu tahap stres la jugak, nak buat itu tak leh, nak buat ni tak leh.. semua nak pikir pasal orang lain.

-nak kawen tak leh buat simple2, nanti orang mengata. 
-nak post kat wall fb tak leh sebarangan, nanti stalkers menyibuk.
bla bla bla..
paling best bila guna ayat "mind your own business"

post auto publish. hehe. dah taip mase kat opis semalam lalalalaa....



Wednesday, November 14, 2012

suka dan duka

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:29 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

dalam dunia ni, kita tak boleh nak hidup sorang-sorang. biasanya kita ada kawan, kita ada teman. kita ada orang tersayang. tapi tak pelik pon, kalau ade orang tu dia boleh hidup sorang-sorang. lepas tu muka asyik nak masam 24 jam. tak penat ke nak berperangai macam tu. tak paham apa masalah dia.. dan benda tu boleh bagi kesan kat orang sekeliling. hurm. waktu-waktu stres di tempat kerja ni, seronok kalau boleh release dengan pergi shopping ke.. atau buat aktiviti yang kita suka.
nak pergi karoke dah tak cukup korum plus tak de mase sebenarnya. hai.. bila lah nak kembali normal ni.. asyik terase nak terapi je.. tapi tatau nak terapi apa. help!!

ditaip pada jam : 4.10 ptg.. at office.


alhamdulillah, jiwa rasa lebih tenang. lebih hepy. terima kasih chenta hati. maafkan salah silap kite. love u.. sorry and thanks sebab tahan dengan kerenah kite.

ditaip pada jam : 9.26 malam.. atas tilam bujang..baru lepas balik detim.


Tuesday, November 13, 2012

Lelaki dan perempuan sebenarnya sama saja.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:32 PM 3 KATA KAU

salam & hai,

Ingat kan malas nak update blog hari ni. Tapi chenta hati suruh update .. so, ikot je la cakap pengskodeng tegar tu. hehe.

Ida just terfikir pasal satu perkara. perempuan dengan lelaki ni memang kontra. memang berbeza. sebab tu ade buku tajuk dia: men from Mars, women from Venus. (huhu Fina sorry, nanti baby pulangkan ek. belum habis baca la) 


Tapi, ada satu hal perempuan dengan lelaki ni SAMA. Dari segi sanggup belanjakan duit (ataupon membazir) untuk benda/perkara yang mereka suka.

Contohnya, tadi ada sorang budak tu, balik kerja penat-penat.. sanggup meredah masjid jamek semata-mata nak merayap. pastu bukan beli barang pon. just window shopping je.. Lastly, die pergi buat inai lukis. Rasanya budak tu kene kelentong dengan "abang" yang buat inai tu. 

gambar hiasan-google
rm10 untuk inai mekah. rm5 untuk inai biasa. Dan budak tu pilih yang rm10. padahal budak tu tak pasti pon, inai yang "abang" tu guna ialah inai mekah atau bukan.

p/s : lelaki sanggup habis rm10 untuk beli rokok yang mereka suka. eh dah naik harga 20sen kan? hm.


Monday, November 12, 2012

review (pendek) Istanbul Aku Datang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:55 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

Menonton filem "Istanbul Aku Datang" semalam, membuatkan Ida rasa nak update blog semula. Hehe. Dah 3 bulan kot blog ni dibiarkan bersawang. kesian betol. =p

Filem tu memang best sangat! sweet! comel! nyum2. terima kasih kat encik cinta hati sebab bawak Ida tengok semalam. walopon mase tu dah lewat..tapi tetap gagahkan jugak..thankss ;) 


Apa yang best cite ni? Mesti la sebab ada Tomok. Haha. Ida kan fanatik tomok since sekolah lagi.lallaalaa...pastu ade Beto. die ni kalau drama yang dia berlakon sume nye sweet2... so harus la tonton yang ni jugak. cuma bila tau heroin dia Lisa Surihani, ida kurengg berminat sikit. Itu pada permulaan laa..tapi bila dah tengok, totally awesome!!  lisa sangat cute. super cute! rambut die. dressing die. hehe.. terus jatuh chenta. lakonan die dah banyak improved. (ida rasa la)



Selain tu, of coz la lokasi die yang sangat cantik. jalan cite yang sempoi senang nak follow. tak payah nak berbelit2. kan kan.. pastu ade ikon2 kartun, ade sound effect yang comel2.. macam tengok cite korea pon ade. 

pendek kate, sape yang tak tengok lagi, sila la pergi tengok. memang tak rugi! 

FACEBOOK Istanbul Aku Datang KLIK Sini.

Trailer filem boleh tengok kat bawah ni.


Antara part yang Ida suka:
- masa tomok asyik cakap "dian, u jangan lupa cari umah tau" haha.. ade satu scene tu sume orang gelak.. ingat kan tomok nak cakap i love u .. take care ke...
- housemate tomok yang kelakar (tatau nama sape..)
- suke time dian update blog die..dan baca komen2..
- part cari maggi asam laksa ..dian ngan ijoi.. haha
- time beto gaduh ngan tomok. wow tomok boleh marah la hehe..
- part beto cuci rambut dian. mase tu dian nangis, cantik sangat die close up dekat2
- part beto tahan kereta mase nak ending.. masa die tak bagi dian balik malaysia.
- and lastly, part baju kawen. sangat cantik.

ok sekian.


Monday, August 27, 2012

perempuan ramai curang. malaysia ranking no 3 dunia.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:59 PM 6 KATA KAU

salam & hai,

dah lama rasanya tak update belog kesayangan ni. sejak ade kesayangan baru.. busy sikit..hehe. ouh belum terlambat kot nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pembaca dan pengskodeng tegar belog luvida ni. ade ke?? gambar raya nanti la ida tepek ye.. belum sempat nak edit lagi..

tadi pagi dengar hot fm. topik hari ni hangat jugak.. sebab tu ida cam terpanggil je nak menaip kat sini. huhu~
kajian dunia yang di buat, meletakkan kaum wanita di malaysia berada di tangga ke 3 teratas paling ramai curang. adeh!


dapat pingat gangsa tu.tahniah ladies power! haaahaa! serius pagi tadi ramai la perempuan2 yang mengamuk call hot fm. mau nya nak setuju.. agak2 kajian ni die buat, sape responden die?? tup2 keluar result je.. 
rasanya perempuan kalau curang pon mesti bersebab.
MUNGKIN ::::
1) tak cukup kasih sayang - bf layan tak best..cari bf lain la pulak
2) tak cukup duit? haha. nafkah tak dapat.cari la sugar daddy kan kan
3) kategori peramah, cepat mesra. die tak niat pon nak curang .. berkawan biar seribu...
4) pasang spare part awal-awal.. agak2 kene tinggal terus ade back up


haha.. logik tak?? perempuan curang bersebab..lelaki pon mesti cakap bnde yang sama gak kan..kalau ade survey lelaki pulak.. ntah2 malaysia dapat pingat emas kot??? jangan marah ekkk...

nota kaki : elakkan kontroversi. kalau belum kawen tak pe lagi kot.. tapi kalau dah jadi bini orang, jangan la gatal nak curang2 bagai... sekian.


Monday, August 20, 2012

barang baik untuk musim raya

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:00 AM 3 KATA KAU
salam & hai,

ini STICKY POST !! untuk tujuan promo.
so nak baca entry terbaru.. sila klik older post oke?? thanksss!! :)))
.

 

InsyaAllah, sabtu ni seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan.. musim-musim puasa and raya ni, ramai la orang yang nak berbisnes. bagus-bagus.. hehe. 9/10 rezeki datangnya dari berniaga.. so, ida nak promote sikit..kawan ida ade jual kerepek untuk raya nanti.. CONFIRM SEDAP katanya!! 
Ada dua jenis kerepek... 

1) popia nestum - dengar pon dah rasa cam sedap


2) popia pedas - suke nye kerepek pedas!!


Harga dia pulak sangat berbaloi.. murah je..!! :)

RM 6 untuk 250gram
RM 12 untuk 500gram

Pada sapa yang berminat nak buat sebarang tempahan boleh hubungi :

Cik Fiza : 0196990812

Nak oder kat blog cik fiza pon boleh.. klik je kat SINI.
Penghantaran percuma untuk kawasan berhampiran SEk 7 Shah Alam...
Pada yang duduk area-area KL , selangor ke, nak self pick up pun boleh.... lagi jimat..
sebarang pertanyaan boleh tinggal kan komen kat blog ida atau blog cik fiza . Ataupon tanya direct melalui facebook cik fiza kat SINI

Apa tunggu lagi..... boleh shopping bawak balik kampung untuk mak ngan adik-adik... hehe!!

Tuesday, August 7, 2012

esok claim baskin robin 31

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:25 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

kesian pulak blog ni dah bersawang plus ada sarang spider. =.= bukan ape, malas pulak nak update..penat, letih, takde masa. lalalla~ quick update, just nak sapu sawang je.


* minggu yang sibuk ngan berbuka puasa kat luar.
* tahniah Datuk LCW. (esok nak gi berebut aiskrim tak??? )
* bulan puasa ramai artis pakai tudung dan berniaga. ok good.
* raya dah dekat.. tapi saya kena kerja.. so what?
* tahun ni tak order kuih raya kat opis.. sebab takde orang promote pon. hurmm
* masa yang pantas berlalu. can't wait for friday!


Sunday, July 29, 2012

aku rindu, sayang kamu.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:53 AM 0 KATA KAU
salam & hai,

update malam ni :

* layan rancangan awal lagi. artis jemputan erra fazira, anzalna, khir rahman
erra fazira - cantik macam biasa.sempoi, tak payah nak control cun. lepas tengok rancangan tu, ida terus bukak utube, rindu nak tengok sembilu zaman die ngan awie dulu. pastu sibuk nak google zaman erra masuk miss malaysia 1992. masa tu erra sorang je melayu, yang lain sume cina. last2 die menang. 
anzalna - cantik mekap je die ni haha. pastu nak control cun pulekk.. adoi. 
khir rahman - lelaki misteri, ada karisma and aura sendiri. tengok appearance die dalam spontan, kelakar gak mamat ni.

* cerekarama tak best. sebab cilok idea orang. cerita sebijik 'dalam mihrab cinta' ..so ida tak tengok sampai last.. ingat nak tengok, die ada beri credit kat cerita dari indonesia tu ke tak??tapi malas nak tunggu.. baik layan dalam mihrab cinta, ada dude harlino yang hot tu! plus asmirandah yang comei..

* tengok iklan kat tv.. nampak iklan 1 blogshop.. zahora.com.my.. terus google dan bukak.. usha nampak jam.. harga rm19.90.. teruss beli.. luak lagi duit dalam cimbclicks. hurm.

* pastu dari blogshop tu, usha blog lain pulak. jumpa satu yang best..harga boleh tahan. design sume comei.. try bukak sini tau! http://spade-tension.blogspot.com nice.


* tengok facebook pulak. fanpage zaraAmir (vanilla coklat)..katanya nanti ada telemovie sempena raya.. hehe.. 


ok la..tu je nak update malam ni. malas sebenarnye nak update.. mood bosan, tak de duit.. tak de mood nak shopping.. takde mood nak raya.. sume takde.. yang ade cume perasaan rindu. ok bye.


Friday, July 27, 2012

body wangi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:05 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

nak buat quick post saje! haha. semalam singgah bodyshops kat klcc beli shower gel papaya. sebab sekarang ade sales 50%. so, dapat la sebotol rm11. I like papaya . wangi. hari ni check email, rupanya bukan shower gel je ade diskaun 50%. banyak agi items lain.. boleh usha kat gambar bawah ni..

3 DAYS LEFT! 50% OFF ONLINE EXCLUSIVE
Product Image

Life Is Eau De ToiletteMoringa Body ButterSatsuma Body Butter


ni yang rasa nak gi serbu bodyshops esok ni! huhu!! lupa bagitau... promosi ni sampai 29hb je kot... ikot kat emel la! kalau tengok kat bodyshops aritu, sampai bulan ogos.. ntah la, ida pon konpius...kopak la duit. gaji bulan ni kene simpan untuk kegunaan raya la.. sobss..tak tahu raya nanti dapat gaji awal ke tak.. saya ni bukan nye keje gomen. 
cakap pasal raya , ada berita sedih.. tak tahu macam mana nak bagitau family.. raya tahun ni tak akan sama macam dulu2.. sedihnyeeeeeeeeeeeeeee


Wednesday, July 25, 2012

Malaysia ranking 34 dunia ibunegara paling sopan! (Tahniah)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:16 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

dah berapa tahun dengar radio..paling best time pagi sebab semua stesen ada topik yang nak dibincangkan. tapi pagi ni dalam sejarah, hot fm dan era fm cakap sal benda sama.
gara-gara kajian yang dibuat oleh readers digest.

Kalau enam tahun yang lalu, Readers Digest meletakkan tahap ketidaksopanan Malaysia di tempat ke 33 daripada 35 negara.

Penilaian terbaru yang didedahkan majalah tersebut menunjukkan Kuala Lumpur hampir menduduki tangga terbawah senarai Bandar Terkemuka Kurang sopan di dunia iaitu di tangga ke 34 daripada 36!!! ISk2. sungguh memalukan. kata rukun negara ada " kesopanan dan kesusilaan" mana pergi sumer tu??hehe.

Tadi dengar pemanggil pon, macam2 bagi komen. rata-rata setuju la..memang rakyat Malaysia ni dah kurang sifat sopan dalam diri.

Antara tabiat buruk yang tersenarai :
*mengabaikan papan tanda larangan merokok
*sampah bersepah, tandas awam kotor
*tutup pintu lif cepat-cepat (tak bagi orang lain masuk)
*berebut masuk dalam Tren tanpa bagi laluan pada orang yang nak keluar terlebih dahulu
*bercakap dengan kuat di telefon walaupun dalam wayang
*tak tepati masa
*tidak mengucapkan "terima kasih"
*meninggalkan troli di tempat letak kereta
*tak bagi tempat duduk pada penumpang yang mengandung ,kurang upaya atau tua.
*curi parking orang, parking kat tempat OKU
*tukar laluan tak bagi signal

Ida pon ada jugak tersenarai dalam perkara-perkara di atas. haha. lepas ni kena insaf sikit la. tapi bulan puasa ni, tak leh bagi orang tempat duduk. sebab semua orang pon penat. betul tak?? weeee :)

Tuesday, July 24, 2012

ilmu lebih penting dari makan.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:52 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

alhamdulillah, malam tadi sekali lagi dapat bersama-sama menunaikan solat terawih. semalam ida tak gi sebab rase penat sangat plus ade kerja sikit nak siapkan..blog pon tak berupdate semalam. huhu.

tadi solat seronok. sebab imam tu baca surah-surah muqaddam which is yang kita dah hafal dari kecik. so boleh follow baca sama. tak la mengantuk. pastu time tazkirah pulak, ustaz tu kelakar tapi bagi nasihat yang sangat mendalam.
hari ni banyak cerita sal kepentingan ilmu. ustaz tu kata, dalam Islam pon ilmu ni sangat penting, bahkan ada ayat yang mengatakan tuntutlah ilmu sampai ke negara china. Saidana Ali pon, bila di tanya, Beliau cakap ilmu lebih penting daripada makan.

antara yang ida ingat :
* baca surah al-Ikhlas 10 kali dalam sehari, InsyaAllah, Allah akan sediakan ganjaran istana pada kita dalam syurga nanti.
* baca surah al baqarah sekali setiap hari, InsyaAllah akan diterangkan keadaan kubur kita nanti.

Nak jadi pemimpin pon, ilmu ni penting. sebab setiap kita ni khalifah kat muka bumi..setiap apa yang kita buat nanti, akan ditanya..


Tadi masa baca doa.. 2x ida menangis. tak tahu nape, rasa sedih sangat.. huhu.. bila imam tu baca " Ya Allah, pada buan Ramadhan ni, Kau akan bebaskan ahli-ahli neraka.Kau jadikanlah kami yang hadir malam ini termasuk dalam golongan orang2 yang akan Kau bebaskan dari neraka kelak"
ida rasa touching sangat.. rasa cam tak layak, cam kerdil sangat diri ni, nak mintak dari Allah macam tu.. sebelum ni berdoa sendiri2 pon, tak pernah mintak camni.. tapi Allah tu maha mendengar dan maha pengampun kan..

doa kali kedua pulak lepas witir.. masa last sekali.. antara yang imam tu sebut " Ya Allah, ampunkan lah tangan2 kami yang telah memegang benda yang tidak halal bagi kami, ampunkan lah telinga kami yang sepatutnya mendengar bacaan ayat2 suci tetapi kami telah guna untuk mendengar lagu2..ampunkanlah mata kami yang sepatutnya melihat alam ciptaan Kamu, tetapi telah kami guna untuk melihat benda yang tidak sepatutnya..ampunkan lah mulut kami yang sepatutnya kami gunakan untuk membaca Quran dan berselawat ke atas Nabi, tetapi telah kami gunakan untuk menghina dan mengutuk kaum kami sendiri"

lebih kurang macam tu la..antara doa yang imam tu baca tadi. serius touching dan insaf hehe.

semoga esok dan hari berikutnya, kita diberikan kekuatan untuk sama-sama mengerjakan solat terawih lagi..jauhkan dari perasaan malas..amin. :)
wallahualam

Sunday, July 22, 2012

hormat bulan mulia.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:14 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

hari ni rasa bangga. pertama kalinya dalam sejarah, ida menjejakkan kaki kat surau vista angkasa ni. huhu. alhamdulillah, malam ni berterawih kat KL.. due malam sebelum ni kat kampung..suasana tu memang lain..bila kite sembahyang sebelah mak, dengan sembahyang sebelah kawan-kawan. haha. (merepek jup) sama je..kat kampung buat 8.. kat KL pon sama je..memang tabik la, pada orang yang berjaya buat 20 tu. anda memang terbaik. :) solat terawih ikot tempat dan ikot imam jugak la.. kadang tu ada yang diselitkan dengan sedikit tazkirah..dalam 2 hari ni ida selalu dengar ustaz cakap..puasa kita biar la sempurna. maksudnya jangan hanya dapat lapar dan dahaga je.. selebihnya zero. selain dari tahan diri daripada lapar dan dahaga, kita kena jugak tahan mata, mulut, tangan, kaki dari buat benda yang maksiat atau tak baik..hati pon sama.. jangan ada perasaan hasad dengki, busuk hati, dendam dan sebagainya..


nak cakap sikit pada couple-couple kat luar sana tu..(ida pon ingatkan diri sendiri jugak ni).. hopefully couple2 yang belum kahwin tu.. hormati lah bulan yang mulia ni.. jangan la siang2 hari pon tanpa segan silu nak pegang sana, cuit sini.. peluk2..gurau2 depan orang.. tak manis dipandang.. yang pegang2 tangan tu pon, beringat la..even kawan ida yang Indian pun faham, die cakap "ouh bulan puasa tak boleh keluar dengan abang la kan" see...maksudnya, agama lain pon tahu nak hormat bulan puasa.. apatah lagi kita yang Islam..yang berpuasa ni..tapi bukan lah maksud nya siang puasa, bila dah azan terus boleh pegang tangan, just pikir sendiri la.. masing2 da besar kan.. renung-renungkan.. :)


Friday, July 20, 2012

cemas tak dapat balik kampung

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:47 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni ida amik cuti . semata-mata sebab nak balik kampung dan sambut 1 Ramadhan dengan family tersayang. pagi tadi, ida bangun agak lambat la jugak. just plan nak balik ngan adik ida yang perempuan tu. die dari UIA gombak, so kitorang jumpa kat kl sentral la. sampai kl sentral dalam kul 1030 pagi. ida ajak adik breakfast dulu, sebab ida nampak kedai mamak. lagipon hari ni last nak breakast huhu mengidam roti canai la pulak. ni first time kot ida makan kat kedai mamak (selain dari kedai mamak bawah flat) dengan tidak ditemani lelaki. perghh bangga jup! aku dah pandai gi mamak sendiri huahua~

lepas abis breakfast, terus gerak pegi pekeliling. nak beli tiket on da spot je la. macam biasa.sampai-sampai kat sana, ya rabbi..panjang gile gile gile orang berator.kalah nak balik masa raya. masa tu dah seram dah ni. ntah2 dapat tiket malam.tapi tak kisah la..janji dapat balik.masa berator tu, ida orang no 2 dari belakang. queue die dalam 100 orang kot..ida call somebody, report kat die kata queue panjang sangat..bla bla bla gayut tibe2 nampak pakcik bus tu melambai kat ida. kebetulan masa tu call terputus sebab batt orang di sana tu dah low. ida pon pegi la kat pakcik bus tu. die pon tanya..

pakcik : nak balik mana?
ida    : balik jengka pusat
pakcik : pukul brape nak balik?
ida    : pukul berapa2 je la.
pakcik : ha dah jum naik cepat
ida    : (blur, seronok, terkejut) .. tapi saya berdua ni dengan adik saya
pakcik : laa.. 2 orang susah sikit la.. mana adik?
ida    : tuuu.. (sambil tnjuk kat arah adik ida)
pakcik : ha takpe lah naik dulu.
ida & adik : (cepat-cepat naik and duduk kat seat depan sekali yang macam pakcik tu tunjuk)

then lepas tu, pintu pon tertutup. bus pon gerak. yeyy!!! dapat balik kampung!! tapi dalam kepala hotak ni, pelik la jugak.. why dalam ramai2 orang, pakcik tu nak tertanya kat ida ek?? die kesian tengok ida ke? die tau tiket dah abes ke? atau muka ida ni macam muka ex-gf die?? haha.. bukan ape, sebelum tu tadi, pakcik tu bagitau kat orang ramai... tiket ade kul 12 tengah hari je..lepas pada kul 12 suma dah abis. esok pon abes. yang ada cuma hari ahad kul 12. makna nya, kalau pakcik tu tak ajak naik tadi, kompem2 ida ngan adik tak dapat tiket.. alhamdulillah, ada jugak rezeki nak sahur, terawih, dan berbuka ngan family walaupon untuk 2 malam je.. terima kasih Allah. mungkin dari segi kemanusiaan, pakcik tu niat die ikhlas dan baik. dari segi etika kerja ida tak pasti la.. duit tu dapat kat poket die atau pon die guna untuk bayar tol..atau ape2 hanya die dan Allah s.w.t yang tau. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea