Tuesday, November 20, 2012

Lazuardi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:40 PM 1 KATA KAU

salam & hai,

seronoknye kalau ada lelaki macam watak Shark. boleh bawak ida lari bila rasa nak lari. hmm.. ataupon ada lelaki macam watak Odie boleh dengar semua masalah dari luar balkoni sama-sama. haha. pengaruh novel yang tengah ida layan sekarang ni Lazuardi karya Nasz. sapa penah baca sweet & sour.. harus baca jugak novel terbaru die ni. memang best. 


kadang-kadang rasa best dan super cool pulak kalau kita dapat cerita atau luahkan apa yang kita rasa pada orang yang kita tak kenal. ataupon die tak kenal kita. just bercerita melalui dunia cyber ke.chatting, on phone, tak payah tengok muka. 

ida teringat lagi, masa mula2 terpikir nak buat blog dulu. pertamanya sebab boring teramat pada hari tu. secondly, sebab nak share cerita kat semua orang. tapi bila blog dah setat di publish, di share dekat FB dan twitter, benda tu dah tak jadi privacy lagi. sebab kawan2 baca, sedara mara ade bace.. even kite takkan tau sape silent reader kita. zaman dulu pulak, asyik2 entry mesti nak upload gambar muka sendiri. sekarang je dah insap. hehe. sebab tu ida pernah ade 1 blog yang ida tak perkenalkan diri. dan tak tunjuk muka. blog tu untuk luahan hati. masalahnya ida pon dah lupa password nak login. hehe. apa pon tak boleh.


sometimes we need a space to be alone. thanks today got MC. time to rest.


Monday, November 19, 2012

LRT ni bapak dia punya kot

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 PM 8 KATA KAU

salam & hai,

Tadi balik kerja dalam tren, bengang sangat rasa. Dari luar tren ida nampak ade seat kosong, ida pon kejar la dan dapat tempat duduk. Tapi sebelah ida tu, ada mamat (badan agak chubby) siap bukak laptop bagai. so die agak makan banyak space la.

sebelah kanan pulak, nasib baik perempuan. tapi sebab sempit, jadi ida kene duduk ke depan sikit tanpa menyandar. tak kisah la, janji dapat duduk. ida bukan hadap sangat nak duduk kat tengah2 antara mamat dengan pempuan tu. tapi sebab ida nak sambung baca novel barang se 'chapter' dua.. so i really need to sit.  ida ni jenis yang tak stabil kalau berdiri dalam bus atau tren, so kalau berdiri kompem tak leh nak baca novel. sayang laaa.

yang mamat tu pulak, dah tau tempat sempit tangan die tak reti duduk diam. ade je benda yang die nak usik kat laptop die tu. betulkan headsphone berapa kali ntah. tangan die asyik kene je kat badan ida. tak selesa sangat masa tuh :( ida dah jeling-jeling tapi die buat bodoh je. sampai satu tahap, ida dah tak boleh sabar. baru je kat stesen bangsar (ade lagi 3 stesen camtu nak sampai).. ida pon bangun, tutup novel terus berdiri. baik aku bangun, pegang pada tiang, daripada duduk kat sebelah mamat tuh. sakit hati aku la! 


moral of the story : kalau naik pengangkutan awam tu, jangan la buat macam hang naik kereta hang sendiri. prihatin la sikit pada orang ramai.. nak bukak laptop pon tunggu la bila dah balik umah. sekian.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea