Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

TEDdy bear yang gatal.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:40 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

hari ni Ida keluar jenjalan dengan adik-adik. sorang keje and stay kat sepang. sorang lagi study kat UIA gombak. kitorang jumpa around kul 11.30 kat KLCC..reunion siblings versi kecil-kecilan..sebab tak cukup korum sebenarnye ni.

mula-mula kitorang gi tengok wayang cerita TED. cerita ni OK la, kelakar la jugak. Ida rasa movie ni diorang memang create untuk lelaki la. sebab lelaki2 dalam wayang tadi amat menghayati. gelak bukan main kuat, padahal takde la lawak gile babeng, haha! cite tu agak sensored la.. sebab 18xx ..rase tak sesuai pulak bawak adik yang UIA tu.. walopon umor die dah 20.. Ida pulak yang segan. hehe. tapi seriously, MILA KUNIS tu cantik la.. first time tengok dia berlakun.


lepas tengok wayang pergi solat, then pegi makan la.. PizzaHut! banyak gak kitorang melantak. sampai ke malam ida still kenyang ni. huhu. kitorang makan pizza.. tambah prawn.. pastu meatball..fuhh..





Tapi kan masa solat tadi, ada nampak 3 orang perempuan ni.. die bukan Malaysian la. pelik dressing diorang. sembahyang boleh pulak nampak kaki. pastu ade yang nampak leher. mazhab mana diorang ikot ye?
Tu je la. nak share cerita untuk hari ni. see ya next post. nites.


Friday, July 27, 2012

body wangi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:05 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

nak buat quick post saje! haha. semalam singgah bodyshops kat klcc beli shower gel papaya. sebab sekarang ade sales 50%. so, dapat la sebotol rm11. I like papaya . wangi. hari ni check email, rupanya bukan shower gel je ade diskaun 50%. banyak agi items lain.. boleh usha kat gambar bawah ni..

3 DAYS LEFT! 50% OFF ONLINE EXCLUSIVE
Product Image

Life Is Eau De ToiletteMoringa Body ButterSatsuma Body Butter


ni yang rasa nak gi serbu bodyshops esok ni! huhu!! lupa bagitau... promosi ni sampai 29hb je kot... ikot kat emel la! kalau tengok kat bodyshops aritu, sampai bulan ogos.. ntah la, ida pon konpius...kopak la duit. gaji bulan ni kene simpan untuk kegunaan raya la.. sobss..tak tahu raya nanti dapat gaji awal ke tak.. saya ni bukan nye keje gomen. 
cakap pasal raya , ada berita sedih.. tak tahu macam mana nak bagitau family.. raya tahun ni tak akan sama macam dulu2.. sedihnyeeeeeeeeeeeeeee


Friday, July 20, 2012

cemas tak dapat balik kampung

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:47 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni ida amik cuti . semata-mata sebab nak balik kampung dan sambut 1 Ramadhan dengan family tersayang. pagi tadi, ida bangun agak lambat la jugak. just plan nak balik ngan adik ida yang perempuan tu. die dari UIA gombak, so kitorang jumpa kat kl sentral la. sampai kl sentral dalam kul 1030 pagi. ida ajak adik breakfast dulu, sebab ida nampak kedai mamak. lagipon hari ni last nak breakast huhu mengidam roti canai la pulak. ni first time kot ida makan kat kedai mamak (selain dari kedai mamak bawah flat) dengan tidak ditemani lelaki. perghh bangga jup! aku dah pandai gi mamak sendiri huahua~

lepas abis breakfast, terus gerak pegi pekeliling. nak beli tiket on da spot je la. macam biasa.sampai-sampai kat sana, ya rabbi..panjang gile gile gile orang berator.kalah nak balik masa raya. masa tu dah seram dah ni. ntah2 dapat tiket malam.tapi tak kisah la..janji dapat balik.masa berator tu, ida orang no 2 dari belakang. queue die dalam 100 orang kot..ida call somebody, report kat die kata queue panjang sangat..bla bla bla gayut tibe2 nampak pakcik bus tu melambai kat ida. kebetulan masa tu call terputus sebab batt orang di sana tu dah low. ida pon pegi la kat pakcik bus tu. die pon tanya..

pakcik : nak balik mana?
ida    : balik jengka pusat
pakcik : pukul brape nak balik?
ida    : pukul berapa2 je la.
pakcik : ha dah jum naik cepat
ida    : (blur, seronok, terkejut) .. tapi saya berdua ni dengan adik saya
pakcik : laa.. 2 orang susah sikit la.. mana adik?
ida    : tuuu.. (sambil tnjuk kat arah adik ida)
pakcik : ha takpe lah naik dulu.
ida & adik : (cepat-cepat naik and duduk kat seat depan sekali yang macam pakcik tu tunjuk)

then lepas tu, pintu pon tertutup. bus pon gerak. yeyy!!! dapat balik kampung!! tapi dalam kepala hotak ni, pelik la jugak.. why dalam ramai2 orang, pakcik tu nak tertanya kat ida ek?? die kesian tengok ida ke? die tau tiket dah abes ke? atau muka ida ni macam muka ex-gf die?? haha.. bukan ape, sebelum tu tadi, pakcik tu bagitau kat orang ramai... tiket ade kul 12 tengah hari je..lepas pada kul 12 suma dah abis. esok pon abes. yang ada cuma hari ahad kul 12. makna nya, kalau pakcik tu tak ajak naik tadi, kompem2 ida ngan adik tak dapat tiket.. alhamdulillah, ada jugak rezeki nak sahur, terawih, dan berbuka ngan family walaupon untuk 2 malam je.. terima kasih Allah. mungkin dari segi kemanusiaan, pakcik tu niat die ikhlas dan baik. dari segi etika kerja ida tak pasti la.. duit tu dapat kat poket die atau pon die guna untuk bayar tol..atau ape2 hanya die dan Allah s.w.t yang tau. 


Sunday, July 8, 2012

Love the way you are.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:55 PM 1 KATA KAU
salam & hai,

ini entri takde tajuk. sebab malam ni nak merapu ape-ape je yang terlintas nak taip. hehe.
first sekali, esok hari isnin.. so,akan setat keje balik for 5 days sebelum jumpa weekend ..fuhh.. another tough week i guess.. sebab keje minggu lepas ade lagi yang pending. hm.

.... takde idea....

jumaat, sabtu , ahad yang indah.. tapi tak boleh nak story kat sini. hehe.. but U.. i know, u are reading this.. thanks for the moment.

sometime, there is a 'dot dot dot..bla bla bla' which are hard to explain. sebab tu trademark blog ni sejak azali lagi............."bukan semua perlu diucapkan"

love story, friendship, family.. these are such a priceless item that we cannot get from market. I've met someone's family and I can learn something. the way a mother control the family..the 'meaningful' touch by a sister..em..very beautiful. gonna miss that moment..kinda homesick rite now.. but its ok, I plan to go back hometown, maybe beginning of Ramadhan.

Lastly, if we can do something, that can make people feel better and happy .. why not? just be there.
As long as they can smile.. it's more than enough.. ;)
nites peeps.. thanks for reading..see ya in the next post. 

Friday, June 1, 2012

abang maybank tu manis

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:01 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

1 june. sekejap je mase berlalu..dah masuk setengah tahun..em, hari ni nak cerita sikit aktiviti yang ida buat untuk hari ni..

petang tadi lepas jumaat dalam pukul 2.30 petang ida pergi maybank. sebab nak kene bukak akaun untuk masuk gaji..sebelum ni kat opis lama gune cimb..

 [ sebelum pergi maybank]

nasib ida datang awal.. sebab mase ida sampai tu, pegawai die tak masuk kerja lagi..lepas pergi potostat ic, terus die layan ida. pegawai tu sopan sangat. die tak la ensem mane cume mungkin die manis. haha. die cakap nak bukak akaun kena bayar rm250.. ida cakap la, eh saya ade bawak surat company. ida tnjuk surat ni.

 
[ surat yang agensi Jenjobs bagi.. miss tu cakap kalau bagi surat ni kene bayar rm10 je untuk bukak akaun ]

pastu pegawai tu cakap, surat ni tak boleh cik.. kalau surat felda ke.. yang ade kwsp under maybank boleh la..then die tanya.. bawak cash berapa? ida cakap la.. rm 100 je.. pastu die terangkan bla bla bla.. die suruh bayar je rm100 tu + rm10 untuk bukak akaun.. settle! Ida pon tak faham, mula-mula cakap nak kene 250... pastu 100 pon bole~~

sebelah petang pulak.. dalam kul 6 macam tu..kuar pegi bandar jup, abah ade barang runcit nak beli. esok abah kene outstation kat sabah sampai 8 hb..ada sukan.. abah cakap die main bola untuk pasukan veteren. haha good luck abah!

[ masa ida tunggu dalam kereta, ida nampak budak sekolah ida dulu.. my secret admirer..haha..sekarang die sudah gemukss..lallala ]

balik dari pergi kedai, adik ajak main badminton. ok best jugak. sebab lama tak main. ala, main pon depan umah je. main dalam 10 menet, dah berpeluh sakan.. tak larat la.. snap gambar sebagai bukti.. lepas tu , masuk rumah. konon nak mandi. padahal here I am.. update blog dulu. kehkehkeh~

 [ adik-adik ida.. best la.. cuti sekolah ]

[ tahun ni PMR.... jangan banyak mainnn ]

 [ gambar ni tak nampak chubby sangat haha ]

[ ok.. tudung masa pegi maybank.. dengan masa pergi kedai sama.. baju je yang tukar.. sebab balik kampung bawak selai je tudung huhu]

ok la. nanti cerita lagi. bye2.

p/s : malam ni final super spontan. go zizan!


Sunday, May 27, 2012

anak lalai, salah ibu bapa?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:24 PM 1 KATA KAU
salam & hai,


hari ni mood agak tak cantik sikit la. banyak sangat orang nak cari pasal dengan ida. hehe. entri yang sebelum ni pon banyak entri yang tak puas hati je. 

ida ada sikit persoalan yang bermain di fikiran.. apa pendapat korang.. kalau seseorang anak buat hal, atau anak itu jahat.. adakah ibu bapa nya boleh disalahkan 100% sebab tak didik anak diorang elok-elok atau bagaimana? contohnya anak tak solat.. sebab solat tu tiang agama.. benda basic untuk umat Islam.. even agama lain pon ade sembahyang diorang sendiri... ade mak ayah yang sedia maklum anak die tu tak solat... orang luar pon tahu... cuma yang ida pikir, mak ayah die tak kisah ke??? ataupon sebab anak tu dah besar, so diorang just bagi anak tu buat pilihan sendiri... "suka hati hang la.. hang dah besaq panjang" dari kecik mak abah kita didik kita.. ajar kita..solat..mengaji.. takkan bila dah besar kita jadi malas kot? come on la.. kita mati pon tatau bila.. jangan nanti bila dah kahwin, tak reti pulak nak ajar anak untuk solat... nauzubillah....

[gambar hiasan]

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). 

Thursday, May 24, 2012

beli kain atau baju siap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:24 PM 6 KATA KAU
salam & hai,

raya dah nak dekat. betul ke? ok, puasa bulan 7..raya bulan 8 insyaAllah. bunyinye macam tak lama dah kan? bukan ape, sebab mak, adik ngan ida nak hantar kain tempah kat kedai jahit. so, sekarang ni dah kira last minit dah ni. mintak-mintak orang kedai tu nak terima lagi. 

ade 2 pilihan sebenarnya. sama ada nak beli baju yang dah siap atau nak tempah kat kedai. kalau beli yang dah siap, malam raya pon boleh beli tapi tinggal nak cari size yang sesuai la. baju dah siap kalau nak beli yang cantik-cantik kene kuar duit lebih sikit la. masa study kat shah alam dulu, ida selalu beli yang dah siap je. sebab kat shah alam ada banyak tempat jual baju dah siap. sekarang bile dah duduk kat KL senang cari kain je kat masjid jamek. lepas tu hantar kedai ..boleh buat baju ikot design sendiri.

hantar kedai pon ade 2 pilihan jugak. sama ada nak bagi baju contoh yang lama..ataupon nak pergi kat kedai tu, then suruh die ukur baru. kalau ida, ida suke die ukur.. sebab badan kita mungkin dah naik atau dah slim kan? (biasanya naik la) haha. lagi puas kalau mintak die ukur baru.
cakap pasal raya ni, tahun ni tak tahu la. dapat cuti raya ke tak. maklum la, ida baru je nak setat masuk opis baru 4 hb june ni..tak tahu jugak polisi opis tu, kalau cuti raya kene mintak berapa bulan awal. uwaaa....


Tuesday, May 22, 2012

hari puasa (dugaan)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:43 PM 1 KATA KAU
salam & hai,

hari ni ida puasa. bagi ida kalau kat kampung (umah mak) senang sikit nak puasa sebab tak banyak kerja yang ida buat. cuma duduk online, tengok tv. pastu tup tup dah maghrib. tadi pon mak tak bagi tolong masak, mak tak bagi ida angkat kain. mak suruh ida rilex je. heaven betol. kalau kat KL tu umah sewa pon dah 8 orang, dugaan lagi banyak tu. hehe.

nak cerita pasal dugaan berpuasa ni, macam la kau tu baru sehari dua nak belajar puasa. dah berpuluh tahun tiap kali Ramadhan kita akan puasa kan. but then, kalau puasa (lebih-lebih lagi puasa ganti) dugaan dia lagi kuat. kena banyak sabar. sebab orang-orang kat sekeliling sumer boleh makan. kita sorang je tak boleh. hehe.



dugaan 1 :
bila tengok iklan makana kat tv. iklan meggi pon rasa cam sedap sangat. pastu mula la berangan, nanti nak bukak puasa dengan ni la.. dengan tu la.

dugaan 2

bila bukak blog atau facebook, ade pulak la manusia-manusia ni yang post gambar makanan. perghh sumer nampak lazat dan berkrim tu. tahan-tahan.

 dugaan 3 :
adik kecik. balik sekolah tadi, die amik balang kerepek. pastu die makan ngap ngap ngap. hehe ida jeling je la sipi-sipi. die tak tahu pon ida puasa. then, die makan nasi lak. lepas makan nasi, die mandi siap nak gi sekolah petang. tapi die sempat lak makan coklat. fuhh.. sabar-sabar.

dugaan 4 :
jari dan mata. biasa kalau ade orang share berita yang hot sikit, gambar yang seksi sikit, gosip yang panas sikit, laju je nak klik. tapi bila tengah puasa ni kena la menahan diri. nanti pahala makin nipis.

itu la serba sedikit dugaan untuk orang yang berpuasa hari ni. tinggal tak sampai sejam lagi nak berbuka ni. haha. selamat berbuka bagi yang puasa. nanti kite update story lagi.

wassalam.


Tuesday, February 14, 2012

adik aku bakal pelakon handal??

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:02 PM 4 KATA KAU
salam sayang,

Ida baru balik dari tengok pementasan teater " siapa salah, salah siapa " kat UM. Ida pergi pon sebab adik ida ajak tengok die belakon. Ingat kot jadi extra ..jadi pokok ke..suara latar ke.. rupe-rupenye watak utama la jugak.. kelassss u olssss~ Teater ni banyak terapkan nilai murni. Macam hubungan kekeluargaan antara adik beradik.. pastu ngan ibu ayah... actualy adik ida ni jadi watak ayah. Family ni ade 4 orang adik beradik.. yang sulung lelaki ngan yang no 2 tu tamak harte.. die suruh ayah die sain je surat wasiat.. pastu die gi bunuh mak ayah die.. last-last terbongkar, pastu anak yg sulung tu kene hukum gantung.

watak ayah.. name jalaludin.

Ni first time ida tengok teater. Ida tak pernah pegi tengok.. lagi-lagi yang dekat istana budaya sana . sedeh kan?? hehe.. teringin nak tengok tapi asyik tak sempat je. Yang kat UM ni masuk free, ade adik plak belakon, pastu dekat gile ngan umah.. so boleh la pergi support.. Kalau bukan family sendiri yang support, sape lagi kan? Lakonan memang best.. tabik la jugak.. tak sangka adik boleh belakon.. hehee.. ida pegi ngan mr. MJ.. die pon cakap best... not bad. Good luck untuk kolej adik ida... kolej za'ba..

p/s : lagu tema teater tu best. " Ku percaya ada cinta " by datuk siti. suke! ;)


Tuesday, November 16, 2010

Day 16 : Your first kiss.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:09 AM 3 KATA KAU



Salam.

Alamak, cabaran hari ke 16 ni macam sedikit mencabar la. Nak kene refresh balik ni, saat-saat kene kiss kali pertama. Ahakss! Jup ek ida pk dulu. lalalalala~~

Rasa nye zaman sekolah

Monday, November 15, 2010

Day 15 : Your dreams.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:07 AM 0 KATA KAU
Salam.

Huhu. Monday. Awal jugak ida bangun. Pastu terus online. Baki wifi hotspot ade lagi tinggal beberapa jam je boleh login. Minggu ni kerja shif petang. Suke!

Cabaran hari ke 15

Saturday, November 13, 2010

Day 11 : Your siblings.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:36 AM 0 KATA KAU

Salam.

Ida anak sulung dari 6 orang adik beradik. Ida ade sorang je adik

Monday, November 8, 2010

Day 08 : A moment.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:21 PM 0 KATA KAU
Salam.

Mase entry ni ditaip, ida tengah bengang tau. Dah la penat

Wednesday, November 3, 2010

Day 03 : Your parents.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:49 PM 1 KATA KAU
Salam.

Seronok kerje petang. Boleh bangun agak lambat sikit, pastu ade banyak mase nak online di siang hari. Siang hari line laju dari malam. Yahu!! Semalam ida beli wifi hotspot kat umah ida ni. RM5 per day. So, kena la online 24jam, kalau tak..rugi la . =p Cabaran hari ke 3 diteruskan. Kali ni

Saturday, October 30, 2010

Mesej berunsur penipuan!!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:05 AM 6 KATA KAU


Salam.

Hari ni hari sabtu. Any plan? Me? Nope. Kind of boring kan? Semalam check gaji belum dapat lagi.. Tu yang malas nak kuar tu. No money no talk la. =p

Pagi tadi, best sangat tidur sebab dingin baru lepas hujan. Tibe-tibe ida dikejutkan dengan bunyi

Saturday, October 2, 2010

Cuaca sejuk | Lepak rumah | On Laptop

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:02 PM 1 KATA KAU
Salam.

Hari ni cuaca kat Jengka pahang mendung je. Pagi tadi panas, sempat la kering kain baju. Lepas tu hujan lebat gile. Sekarang mendung je. Jam menunjukkan pukul 6.08 petang. Huhu. Best! Sejuk.

Ida tak de ape nak cerita, cuma nak promote blog adik perempuan ida. Dia ni baru je buat blog, katenye kawan die beria suruh buat. Ida sendiri pon tak expert bab blogging ni, boleh la nak tolong die sikit-sikit. So, kawan-kawan sume boleh la melawat kat blog adik ida ni ek.. Klik kat SINI. ;) Teruja jugak bila ade family member buat blog. Huhu..

Saturday, September 18, 2010

Raya yang berbeza tahun ni

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:12 PM 1 KATA KAU
Salam.

Amacam raya tahun ni? Meriah tak? Bagi ida, ade kurang sikit la. Sebab kali ni, buat pertama kali nya dalam sejarah hidup ida n family, kitorang tak beraye kat umah tok. Sobs~ Sebab nye tok ida dah kurang sihat, tak gagah macam dulu. So, rumah die tu, tinggal je la, tak berpenghuni. Tok pulak duduk gilir2 kat umah anak cucu die. Takpela, walaupon tak meriah macam dulu2..tapi raya tetap sempoi. Ni ida nak upload sikit pix untuk raya pertama.

first time snap pix 1 family gune timer kat henpon. huhu. cam jakun kan bunyi? =p

ni pon testing gune timer gak. haha
yang paling sulung vs yang paling bongsu. =p

ida ngan rafiq..saya kakak yang ketot kan :((((
ngan pae..ni on way pegi beraya kg belah abah

kan dah cakap... nak share sikit je pix.. haha.. yang lain-lain boleh usha kat FB ida.. actually tahun ni punye pix memang tak banyak pon.. sobss.. gambar ngan sepupu pon tak de.. hurm.. kubur pon tak pegi ziarah :(((( hari raya pertama pegi beraya kat temerloh umah adik beradik abah sume...kul 3 dah gerak balik rumah semula... petang tu sume terbongkang tido sebab kenyang ngn penat... patot nye malam ade knduri tahlil kat umah belah abah, tapi ktorang tak gi la.. huhu...nanti ida upload pix raya kedua lak ok.. :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea