Friday, June 1, 2012

abang maybank tu manis

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:01 PM
salam & hai,

1 june. sekejap je mase berlalu..dah masuk setengah tahun..em, hari ni nak cerita sikit aktiviti yang ida buat untuk hari ni..

petang tadi lepas jumaat dalam pukul 2.30 petang ida pergi maybank. sebab nak kene bukak akaun untuk masuk gaji..sebelum ni kat opis lama gune cimb..

 [ sebelum pergi maybank]

nasib ida datang awal.. sebab mase ida sampai tu, pegawai die tak masuk kerja lagi..lepas pergi potostat ic, terus die layan ida. pegawai tu sopan sangat. die tak la ensem mane cume mungkin die manis. haha. die cakap nak bukak akaun kena bayar rm250.. ida cakap la, eh saya ade bawak surat company. ida tnjuk surat ni.

 
[ surat yang agensi Jenjobs bagi.. miss tu cakap kalau bagi surat ni kene bayar rm10 je untuk bukak akaun ]

pastu pegawai tu cakap, surat ni tak boleh cik.. kalau surat felda ke.. yang ade kwsp under maybank boleh la..then die tanya.. bawak cash berapa? ida cakap la.. rm 100 je.. pastu die terangkan bla bla bla.. die suruh bayar je rm100 tu + rm10 untuk bukak akaun.. settle! Ida pon tak faham, mula-mula cakap nak kene 250... pastu 100 pon bole~~

sebelah petang pulak.. dalam kul 6 macam tu..kuar pegi bandar jup, abah ade barang runcit nak beli. esok abah kene outstation kat sabah sampai 8 hb..ada sukan.. abah cakap die main bola untuk pasukan veteren. haha good luck abah!

[ masa ida tunggu dalam kereta, ida nampak budak sekolah ida dulu.. my secret admirer..haha..sekarang die sudah gemukss..lallala ]

balik dari pergi kedai, adik ajak main badminton. ok best jugak. sebab lama tak main. ala, main pon depan umah je. main dalam 10 menet, dah berpeluh sakan.. tak larat la.. snap gambar sebagai bukti.. lepas tu , masuk rumah. konon nak mandi. padahal here I am.. update blog dulu. kehkehkeh~

 [ adik-adik ida.. best la.. cuti sekolah ]

[ tahun ni PMR.... jangan banyak mainnn ]

 [ gambar ni tak nampak chubby sangat haha ]

[ ok.. tudung masa pegi maybank.. dengan masa pergi kedai sama.. baju je yang tukar.. sebab balik kampung bawak selai je tudung huhu]

ok la. nanti cerita lagi. bye2.

p/s : malam ni final super spontan. go zizan!


2 KATA KAU:

IxoR@ said... [Reply]

oooo ngurat eh?

hehehehe

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

ish. pelik je. dulu penah ade org bgtau kalau nak bukak akaun maybank kena ada rm200 or rm500 gitu la kot.

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea