Friday, June 29, 2012

event berjalan lancar! :)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:44 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

alhamdulillah..selesai sudah tugas ida sebagai committee untuk '2nd quarter birthday celebration'.. fuh lega rasanya.. setelah seminggu bertungkus lumus. 
tadi last minit baru ida tau, bihun ngan kfc yang kitorang decide semalam, cancel last minit .. sebab nye bihun ramai orang taknak makan.. then kfc bucket agak mahal.. so, lastly kitorang buat makan dominos je. nyummy nasib sedap.. tapi sebab ida antara 4 orang yang organize, so kitorang bukan nye melantak gile2.. bile tengok orang makan, dah rasa berbaloi dah.

ha cakap pasal kek pulak, sebab ida yang ditugaskan untuk order kek.bajet untuk kek dalam rm 90.. tapi kitorang decide nak beli cake sense je, instead of secret recipes.. satu lebih jimat, due senang nak potong.. sebab secret recipes sangat lembut dan comot kalau nak makan kat opis dengan proper. kalau kat umah, lain la. wekss!
ok la.. tak larat nak cite panjang-panjang.cukup la tampal gambar kat bawah ni.. see ya later guyss















Thursday, June 28, 2012

akaun kena block

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:09 PM 1 KATA KAU
salam & hai,

Fuhh, 2 hari tak online, rasa macam 2 tahun. dengan facebook tak berjenguk. dengan blog tak berupdate. kisahnya broadband u-mobile ida telah dipotong buat kali keduanya untuk bulan ni. syabas! alasan, sebab ida banyak bil yang tertunggak. haha. itulah padah kalau suka bayar suku-suku..alamatnye kene tunggu gaji la, baru boleh bayar bil. ini pon ida online gune wifi apartment ni.. rm10 untuk 3 hari.. slow motion gile line..nak berblog pon susah.

em, minggu ni agak busy. terasa cepat gile mase berlalu. esok dah hari jumaat. OMG!
kat opis sibuk ngan kerja. plus, kat opis esok akan ade party untuk celebrate besday.. start dari bulan 3 until 6.. maksudnye ni 2nd quarter punye la. ida pulak terpilih untuk handle event ni, mewakili team ida. so, ade 4 team.. ade 4 orang la yang handle event ni.


kitorang handle and plan dalam masa seminggu je tau... boleh kata tiap hari ade meeting..balik lambat.. kene survey itu dan ini. tapi yang paling best, mase discuss tu, diorang accept my idea! yeyy.. satu, about the gift... besday present untuk the 'babies of april, may and june'...hadiah nya tak nak cerita sekarang...secondly, my idea untuk buat ala-ala cabut undi.. masa upacara bagi hadiah nanti....and third one, my idea untuk order bihun kat kafe opis.. hehe...em,hopefully tomorow.. everything will go smoothly. amin. apa2 pasal event tu, next entry ida akan update ok?.. see u..

Monday, June 25, 2012

ok, saya rindu opis lama.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:48 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

ida baru lepas makan. alhamdulillah, kenyang..nak update sikit untuk malam ni.
pada sapa yang tak tahu, ida baru je masuk minggu ke-4 kerja kat opis baru.. sebelum ni ida kerja ngan vads selama 1 tahun setengah.. itu first job ida after grad.. memang banyak sangat pengalaman pahit manis yang ida timba dari sana.

[gambar google]

kat sini ida nak list kan, beberapa perkara yang ida rindu mase kat opis lama ..antaranya :
1) of coz la rindu kawan2..
2) rindu nak bangun lambat..sebab dulu, ida biasa masuk shif kul 12.30 tengah hari. haha..
3) rindu nak cuti hari biasa.. sebab boleh rilex time orang lain kerja.
4) rindu nak cuti couple sampai direct 4 hari.. terbaik la.

[my workstation]

5) rindu nak jawap call..bersembang dengan customer yang macam2 ragam.
6) rindu nak keluar meal break. tu la masa yang di nanti2..



7) teringin nak pakai baju department. haha..rm60 beli.. sekarang simpan je buat kenangan.

itu la serba sedikit yang ida rindu. ape-ape pon kenangan kat vads memang akan menjadi salah satu kenangan manis dalam hidup ida..nanti ida update lagi. bye2.

p/s : rindu GBS ngan GUA.


Sunday, June 24, 2012

paradigm mall + mael lambong

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:59 PM 3 KATA KAU
salam & hai,

penatnya. petang tadi dalam kul 1.30 ida sampai kat KL dari kampung. nasiblah abah hantar, tak de la sepenat kalau naik bus. Memandangkan petang masih muda, ida pon ajak la mr.MJ keluar. Plan nak pergi
paradigm mall.. shopping mall yang baru bukak kat kelana jaya. 


mula-mula masuk mall ni, memang pening la. sebab first time datang. melilau gak la, nak cari tempat semua.. terpaksa refer directory. huhu. tapi mall ni agak besar la.. just yang kurenggg nye, fast food die tak banyak. mcD, kfc, a&w memang tade la.. yang ade pon chicken rice shop, kenny rodgers lepas tu ade coffea bean, starbucks, and kedai makan cina..pengunjung pon majoriti chinese. huhu.

tadi sempat jugak la tengok wayang.. cerita mael lambong.. ida nak review sikit la cerita ni.. sebenarnya ida memang fanatik zizan no 1.. kalau kata johan dengan zizan, ida lebih suka zizan..em, filem ni boleh la.. not bad.. takde la bodoh sangat, tapi lawak die pada certain2 part saja.. penonton tak la gelak sampai pecah panggung sangat..kekuatan memang ada pada watak 'mael lambong' yang asal dari maharaja lawak lagi... tu pon sebab zizan berlakon.. kalau bagi orang lain, mesti failed gile. then, nasib baik juliana evans tu cun..tak de la bosan sangat nak pandang skrin. =.=


scene yang mula-mula ida pertikaikan masa dah keluar panggung, napa orang-orang kampung mael tu takde yang bunyi cakap loghat terengganu pon? baik pengerusi JKKK, baik awek lama mael, baik kawan lama mael, baik tok-tok imam..takde langsung dengar cakap terengganu tau... agak tak logik sikit la kat situ...
part yang boleh tahan :
1) masa mule-mule die tunjuk mael cemerlang sebagai penarik kerete profesional.. tow truck pon kene tarik haha..
2) masa yang mael call ustaz azhar tu pon best. lol
3) masa mael ngan rozie cakap jiwang2 dalam hati.. rozie dalam bilik,mael lak dalam kereta.
4) masa die cerita macam mana mael boleh ade parut kat pipi

yang lain lupa.. malas nak flash back..


Then, kalau perasan, cerita ni ade jugak selit lawak yang tak berapa senonoh. (adult joke). huhu... satu, mase zizan nak tarik kereta awek yang pakai baju hijau tu...kedua, mase scene yang zizan bertumbuk dengan jue tu.. 

sebelum ni, ida pernah baca review, blogger ni bagi 10/10 bintang..ingat kot, lawak gila babeng la.. rupenya suam-suam je.. sebab lawak die harap pada zizan sorang je...ida rasa setakat ni tak de lagi cerita yang boleh lawan adnan sempit 1 ..yang tu memang lawak abes gelak 1 panggung..



Thursday, June 21, 2012

isteri control suami?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:34 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni ida tak sempat nak taip apa-apa draft kat opis tadi. so entri malam ni, ida taip fresh..hehe~

hari khamis malam jumaat, banyak jugak cerita kat tv..berderet-deret. mula dengan friday's i'm in love lepas tu ameera.. lepas tu semanis kurma.. kalau nak sambung lagi boleh tengok cerita hantu(waris) pastu 9 soalan(malam ni ade ella ngan caroline).

tadi, sempat tengok semanis kurma..satu je yang tak berkenan, suka jemput artis(maybe nak tarik penonton) tapi kalau artis tu pakai tudung elok-elok rasa nya lagi bagus kot.. kalau tak ingat Allah pon, cuba la malu sikit kat ustaz ngan ustazah tu..isk2.

[gambar hiasan google]

topik malam ni tajuk 'raja suami' ataupon dalam bahasa senang nak paham.. queen control.
ustaz tu cakap, suami yang baik, die akan tolong isteri buat kerja rumah dengan sendiri.. tanpa disuruh-suruh..sunnah Nabi kalau tolong isteri dan ahli keluarga.. tapi masalahnya berape kerat la suami kat luar sana yang nak tolong isteri die? kalau bersuruh pon payah.. inikan pulak nak rela hati. huahua... kalau ade, alhamdulillah... untung. :)

[gambar hiasan lagi]

Islam ada sebut, kalau nak kahwin cari pasangan yang sekufu.. yang setaraf.. dalam hal macam ni la.. kalau kata, seorang isteri tu lebih dari suami dia (mungkin dari segi pelajaran, atau pangkat) tak mustahil die akan bersifat queen control..sebab die dah selesa dan rasa suami die tak boleh lawan die...nanti dia mula la nak mengarah itu ini..nak cakap tinggi suara, atau mengungkit ...apa-apa pon, tinggi mana pon pangkat seseorang wanita tu.. ingat, syurga kat bawah tapak kaki suami.

sekian..wassalam.

p/s : yeyy esok balik kampung! :)

Wednesday, June 20, 2012

jiwaNG taiko

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:12 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

berjumpa lagi dalam rancangan mari membebel versi ida winda.huhu~
merujuk entri sebelum ni : klik SINI . (rujuk no 4)

ida ade cakap pasal "saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang"
ayat ni keluar dari mulut seorang hamba Allah ni(lelaki). kalau awak baca, mintak maaf ye, saya guna statement awak untuk quote dalam my blog. :)

ida : awak dah tengok ke cerita tu? (jiwa taiko)
orang : tak tengok. cerita tu ade unsur sex kan. saya tak suka.
ida : err tak de la sex sangat
orang : tapi ade la jugak kan? saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang.

pastu ida cam sentap lak..ida cakap..
"so orang yang tengok wayang ni tak de agama la??"

huhu. cerita tu memang la label die 18. so yang bawah umur jangan bagi tengok.. memang ade unsur yang tak baik.. banyak adegan peluk..taiko nye ke mana.. jiwang yang lebih. memang ida tak puas hati betul dengan cerita tu, ntah ape-ape. frust je.. padahal ida memang tunggu karya osman ali (sebelum ni cerita ombak rindu and anak halal).. anak halal is one of my favourite movie.tengok banyak kali pon tak jemu.. tapi jiwa taiko ni, meleset. nasib baik la ade diana danielle, bront ngan beto. I like diorang sume.
p/s : bukan nak under estimate filem sendiri.. try to support, but then, hasil die tak memuaskan. just my opinion. ade yang dah tengok tak?
p/s 2 : sorry awak.. bazir duit awak tengok cerita ni. hurm.
 

Tuesday, June 19, 2012

Lelaki cerewet?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:19 PM 1 KATA KAU

salam & hai,

pagi tadi dengar radio..topik pagi ni syok jugak..haha. lawak gile ida dengar, sampai opismate pelik sebab ida gelak sorang-sorang.

era fm : ade sesetengah perkara yang remeh bagi lelaki tapi tak remeh bagi perempuan?

[google]

- antara komen dari pemanggil : lelaki kalau nak keluar  rumah pakai singlet dengan suar pendek dah cukup, tapi bab pakaian ni remeh bagi perempuan.
- isteri cukup teliti bab cuci muka sebelum tidur, syampu tiap hari
- tapi ade jugak pemanggil yang cerita, suami diorang terlebih teliti (tak suka tinggal pinggan mangkuk dalam sink, buat kerja rumah-lipat baju biar 4 segi betul, sidai kain guna hanger bagi sama sebaris)

[enteprem gambar hari ni]

pendapat ida : benda ni depends sebenarnya. kadang tu ade jugak lelaki yang jenis lebih cerewet dari perempuan.
contohnye :
- suami tentukan hair-cut potongan rambut isteri dia.
- suami/bf tentukan baju ni, tudung ni, kasut ni, yang die nak kita pakai.

p/s : ok malas nak edit. amik sebijik2 macam yang ida taip kat opis tadi..

Lelaki Ini

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:30 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

saja nak post ayat-ayat ni ::
baca dan fikirkan..ayat-ayat ni takde kaitan antara satu sama lain. TQ

1) lelaki anti sosial(murung,pendiam,tak suka bergaul) lebih berisiko mendapat sakit jantung -kajian dari U.S (sumber KL fm)

2) listen to your heart, before telling him goodbye.

3) aku suka tengok gurls pakai baju kurung.

 
[gambar hiasan dari google]

4) cerita tu ade unsur sex kan? saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang.

p/s : lain kali la ida cerita panjang lebar. ngantuk sudah. ini schedule post.
ida taip malam tadi. haha.


Monday, June 18, 2012

It's monday..and I missed U.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:51 PM 1 KATA KAU
salam & hye,

It's monday. and everyone has start their routine back. school, work, class.. ouh monday blues!~

For me, its ok because I have a very nice great weekend. And it's more than enough for me. Thanks darl. a smile for you :)

Like I notice, today will be nothing much for me, since my mentor is on her leave. So, she cannot teach me a new lesson continued from previous week. It's now 8.35 in the morning..I'm still waiting for any task that I need to do by today..

It's 9.20 am and I'm very sleepy. Ouh forgot to mention, I had taken my breakfast (curry-puff and milo).
Every morning I'am sleepy because I'm still new here and I got nothing to do at office. Otherwise, other people are busy doing their job. Hurm. They are busy typing, and I also typing, but I type a draft for my entry. hehe.

930 am : I got first msg from him for today. yeyy! He's awake! ;)

notes : my mentor is not on leave actually. So around 2 pm I do some work, and learn new things. She give me cases around 20 to finish before go home.


Sunday, June 17, 2012

We remember the moment.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:30 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

sejak 2 menjak ni selalu je buat quick post. haha. dasar pemalas. esok la, maybe ida taip entry panjang-panjang sikit ek?

just before sleep, I want to update something at my lovely blog.
yesterday was totally awesome.. i missed that moment.. tapi background song die lagu my heart will go on. uwaaa sangat tacing oke.. :( you makes me cry. huhu..

mase tengok cite titanic takde pulak nak nanges.. tapi kalau amati betol2 lagu tu, memang sedih..

Everynight in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on

Once more, you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on



p / s : we may forgot the date... but we remember the moment.


i'm not good in Pink.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 4:28 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

today is Sunday. but I have no plan. I think, better I'm just rest at home. because tomorrow already start working. huhu. morning shift is very suck. :) I'm not a morning person, I thought. 

Just want to post something in here. Normally people will relate pink color with girls. But then, I really think (I know) I'm not looking good in pink. When I wear pink, it's seems really awkward, really girly. haha. But sometimes, we 'have' to wear something that we are not comfortable. Accidently maybe. Or need to follow some theme at event. (Baju tema kenduri kahwin ke).
Somebody told me, he likes me wearing pink tudung. Ok then. 


Pink color is really striking. People can see us from far and can notify us. I'm not going to wear pink again. Uwaaa.... if there is a choice la. haha. see related entry before :click HERE .

p/s : thanks for the "pinky" gift.

lovely friday

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:51 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

tadi bukak email.. baru teringat, ade taip something masa ari jumaat kat opis. haha. lambat post pulak..

8.18 am : smile.
-what a lovely friday's morning.  ;)
-thx 4 come again and bring some colors in my life.
-having bekfast with mug of coffee latte + butterscotch.





1630 pm :
baru tersedar hari ni tak taip ape2.
-cant wait for 5 pm.
-holiday!
-penat woh keje 5 days straight..

until next post.
bye2

p/s : friday and saturday yang indah. :D 


Thursday, June 14, 2012

untold story

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:32 PM 0 KATA KAU

9 am : tibe-2 minda aku teringat lagu ni..

sayang,
ku bawa jauh rinduku
kerna aku telah tahu
kau bukan milikku
sayang,
sesunguhnya bukan mudah
menjalani hidup ini
tanpa kau di sisi

jauh di sudut hati
aku masih bermimpi
mimpi yang indah
esok kau kembali
jauh di sudut hati
ada waktu-waktu nya
aku berdoa
kau pulang semula



1030 am : I try to smile.. but I forgot how.

"juz wana say sory and gud bye. thx 4 da memories. I'll go."

I feel really bad. Tak pernah ada orang pukimak2 kan aku. tak pernah ade orang suruh aku gi mampos.. ouh maybe pernah dulu.. tapi aku dah lupa bila.

"guys come and go..just like that"

Aku percaya ayat ni sekarang.

1230 pm : somebody told me..

"small matter..satu kawan hilang, 10 boleh cari"

tapi adakah 10 itu sama macam awak?

1334 pm : lagu ni berkumandang dalam minda aku.

kau pergi...pergi...
hujan lebat mencurah kini..bagaikan tiada henti..kau rela gugur..kau irama terindah..tak lagi ku dengari.. and i'll go~

1410 pm : apa maksud dia..
"up to u then"

1524 pm : i missed him.

" aku tatau dia wat pe skrg. dia tengah keje la kot. hm"





Wednesday, June 13, 2012

pelik tapi benar

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:32 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

1) perempuan india bace novel melayu dalam tren. ni bukan kali pertama ida nampak, dan hari ni.. novel tajuk "suami yang ku benci" .ida pon ada beli novel ni kat umah. hehe.

2) perempuan berpakaian sukan..pagi-pagi jam 7.30..maybe tengah jogging. pastu die rehat kat taman. tengok-tengok tengah smoking. ayooo baik tak payah jogging, pastu kau smoke, sama jugak tambah penyakit.

3) yang ni tiap hari pon nampak. macam mane orang boleh tido dalam tren ek? diorang automatik akan sedar pulak bila dah sampai dan bila nak kena turun. magic. tido ayam ke ape?

4) ofis yang sangat menitikberatkan hal keselamatan. sampai budaya tu dah menular dalam diri staf die. tadi ade budak tarik ida dari bercakap telefon kat belakang pintu tu. alasan dia, nanti ade orang terlanggar ida. dia kata, dekat exxonmobil kalau ade insiden langgar-langgar nanti kecoh satu bangunan.

p/s : entry ni taip masa kat opis



Tuesday, June 12, 2012

kerja senang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:48 PM 0 KATA KAU
salam & hai

640 : mandi
705 : kuar rumah
745 : sampai receiptionist
755 : breakfast buat milo + makan ngn roti butterscotch 2 keping
805 : masuk opis
900 : sleepy. tido kat meja.
930 : main sms. lukis paint. boring


1000 : toilet
1200 : tido kat surau
1250 : tapau makan kat cafe + makan kat pantry
1305 : mengadap laptop. baca apa yang patot
1440 : solat
1700 : balik


Monday, June 11, 2012

musim orang kahwin

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:18 PM 3 KATA KAU
salam & hai,

sebenarnya banyak benda nak story pasal pergi kenduri ex-officemate kat negeri sembilan hari sabtu aritu,tapi ida takde mase nak taip entri. so, sekarang ni kat opis ida tengah free..boleh la menaip.

ok, sambung cerita dari entri yang sebelum ni, ida sampai kl sentral dari stesen UKM lebih kurang pukul 10.55 .. so ida pon terus gerak amik LRT sampai stesen taman bahagia..mase ida sampai tu, balqis dah on da way nak pick up ida.. nasib ida tak lambat. ;) lepas tu, hadiah kahwin belum beli..maklum lah, sumer orang bz dengan kerja masing-masing, so last minit, tak sempat beli. as planing, kitoang nak jumpa kat giant KJ sebab nak beli hadiah kat situ. rombongan cik kiah terdiri daripada fiza, bainun, muzil.

masa dah sampai giant, tibe-tibe member sorang lagi nama zul msg..cakap nak follow..mula-mula die ni memang paling semangat nak pergi, tapi die cancel last minit sebab sakit perot, tup tup jadi pulak nak ikot. so, sementara tunggu si zul ni sampai, sempat la kitorang naik giant beli hadiah dulu. thx God si zul ni lelaki, memang pantas die bersiap..dalam 1230 cmtu, kitorang gerak dari giant heading to n9! kunun janji kul 11 ye kawan-kawann..haha~delay sejam lebih..

nak dijadikan cerita..dalam ramai-ramai ni sume tak bawak kad..nasib la sebelum si zul tu datang, dah msg die dulu.. soh bawak kad.. kalau tak, dah satu hal nak kene patah balik umah cari kad!
perjalanan ke k.klawang sungguh mencabar. kitorang naik 2 kereta. muzil bawal persona.. balqis bawak myvi..harus la cc pon tak sama. perghh jalan die memang bengkang bengkok.. pastu ada naik bukit..sian kete balqis jenuh nak kejar kete muzil. huhu. kitorang da lapa gile mase tu.. jam pon dah pukul 3lebih.. kitorang sampai umah kenduri dah dekat kul 4.. harus la lauk pon tinggal sikit je. sedeyhh..

masa kat umah kenduri tak sah kalau tak bergambar sakan kan? hehe.. sini ade beberapa pixca yang ida nak tepek kat blog.. yang lain sume ade kat fb kawan-kawan..ida takde camera.so menumpang camera orang je laa =p


 



dalam pukul 6 camtu, kitorang gerak balik kL. ha, kawan2 kan, siap berenti kat tepi jalan sebab nak makan durian.. wohoo.. ida dah la tak makan durian, even bau pon boleh jadi pening.. but then its
ok.. janji kawan-kawan lepas sian. hehe.


lepas makan durian tu, kitorang stop kat hentian r&r seremban untuk solat zohor+asar..wah, kat situ ade cool blog.. yeyy lepas gian nak makan cool blog bandung(topping laici).. ;) masa kat opis lama dulu, selalu makan kalau pegi giant.
lepas dari r&r seremban, kitorang dah berpecah..kiranya dah tak konvoi lagi la..sampai kl lebih kurang dah tengah2 maghrib.. so kene la cari surau pulak nak solat maghrib..masa hala balik ni, zul yang drive kete balqis.. so lebih kurang die la decide nak solat mana.. jalan punye jalan, last2 die bawak ke kampung baru. gile ahh..da sampai kampung baru harus la makan kat situ. its dinner time! mase tu ida ngan balqis da lapa sangat.. sebab kat kenduri tak puas makan. last2 kitorang balun makan nasi ngan lauk banyak gilee..

 
 

haha.lepas kenyang, zul and balqis anta ida balik sampai depan rumah.. thx guyss.. hepy sangat hari tu.. lama tak berjalan sakan.. ;)

p/s : lepas ni sape pulak nak kahwin ek??

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea