Sunday, June 24, 2012

paradigm mall + mael lambong

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:59 PM
salam & hai,

penatnya. petang tadi dalam kul 1.30 ida sampai kat KL dari kampung. nasiblah abah hantar, tak de la sepenat kalau naik bus. Memandangkan petang masih muda, ida pon ajak la mr.MJ keluar. Plan nak pergi
paradigm mall.. shopping mall yang baru bukak kat kelana jaya. 


mula-mula masuk mall ni, memang pening la. sebab first time datang. melilau gak la, nak cari tempat semua.. terpaksa refer directory. huhu. tapi mall ni agak besar la.. just yang kurenggg nye, fast food die tak banyak. mcD, kfc, a&w memang tade la.. yang ade pon chicken rice shop, kenny rodgers lepas tu ade coffea bean, starbucks, and kedai makan cina..pengunjung pon majoriti chinese. huhu.

tadi sempat jugak la tengok wayang.. cerita mael lambong.. ida nak review sikit la cerita ni.. sebenarnya ida memang fanatik zizan no 1.. kalau kata johan dengan zizan, ida lebih suka zizan..em, filem ni boleh la.. not bad.. takde la bodoh sangat, tapi lawak die pada certain2 part saja.. penonton tak la gelak sampai pecah panggung sangat..kekuatan memang ada pada watak 'mael lambong' yang asal dari maharaja lawak lagi... tu pon sebab zizan berlakon.. kalau bagi orang lain, mesti failed gile. then, nasib baik juliana evans tu cun..tak de la bosan sangat nak pandang skrin. =.=


scene yang mula-mula ida pertikaikan masa dah keluar panggung, napa orang-orang kampung mael tu takde yang bunyi cakap loghat terengganu pon? baik pengerusi JKKK, baik awek lama mael, baik kawan lama mael, baik tok-tok imam..takde langsung dengar cakap terengganu tau... agak tak logik sikit la kat situ...
part yang boleh tahan :
1) masa mule-mule die tunjuk mael cemerlang sebagai penarik kerete profesional.. tow truck pon kene tarik haha..
2) masa yang mael call ustaz azhar tu pon best. lol
3) masa mael ngan rozie cakap jiwang2 dalam hati.. rozie dalam bilik,mael lak dalam kereta.
4) masa die cerita macam mana mael boleh ade parut kat pipi

yang lain lupa.. malas nak flash back..


Then, kalau perasan, cerita ni ade jugak selit lawak yang tak berapa senonoh. (adult joke). huhu... satu, mase zizan nak tarik kereta awek yang pakai baju hijau tu...kedua, mase scene yang zizan bertumbuk dengan jue tu.. 

sebelum ni, ida pernah baca review, blogger ni bagi 10/10 bintang..ingat kot, lawak gila babeng la.. rupenya suam-suam je.. sebab lawak die harap pada zizan sorang je...ida rasa setakat ni tak de lagi cerita yang boleh lawan adnan sempit 1 ..yang tu memang lawak abes gelak 1 panggung..



2 KATA KAU:

CikMunBlogger said... [Reply]

haha . yang lawak tak senonoh tuu , laki paling kuat gelak masa kat wayang yang mun tengok XD

www.munviolettaxious.com

Himawari Mirsada said... [Reply]

lum tgk ag..

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea