Friday, July 20, 2012

cemas tak dapat balik kampung

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:47 PM

salam & hai,

hari ni ida amik cuti . semata-mata sebab nak balik kampung dan sambut 1 Ramadhan dengan family tersayang. pagi tadi, ida bangun agak lambat la jugak. just plan nak balik ngan adik ida yang perempuan tu. die dari UIA gombak, so kitorang jumpa kat kl sentral la. sampai kl sentral dalam kul 1030 pagi. ida ajak adik breakfast dulu, sebab ida nampak kedai mamak. lagipon hari ni last nak breakast huhu mengidam roti canai la pulak. ni first time kot ida makan kat kedai mamak (selain dari kedai mamak bawah flat) dengan tidak ditemani lelaki. perghh bangga jup! aku dah pandai gi mamak sendiri huahua~

lepas abis breakfast, terus gerak pegi pekeliling. nak beli tiket on da spot je la. macam biasa.sampai-sampai kat sana, ya rabbi..panjang gile gile gile orang berator.kalah nak balik masa raya. masa tu dah seram dah ni. ntah2 dapat tiket malam.tapi tak kisah la..janji dapat balik.masa berator tu, ida orang no 2 dari belakang. queue die dalam 100 orang kot..ida call somebody, report kat die kata queue panjang sangat..bla bla bla gayut tibe2 nampak pakcik bus tu melambai kat ida. kebetulan masa tu call terputus sebab batt orang di sana tu dah low. ida pon pegi la kat pakcik bus tu. die pon tanya..

pakcik : nak balik mana?
ida    : balik jengka pusat
pakcik : pukul brape nak balik?
ida    : pukul berapa2 je la.
pakcik : ha dah jum naik cepat
ida    : (blur, seronok, terkejut) .. tapi saya berdua ni dengan adik saya
pakcik : laa.. 2 orang susah sikit la.. mana adik?
ida    : tuuu.. (sambil tnjuk kat arah adik ida)
pakcik : ha takpe lah naik dulu.
ida & adik : (cepat-cepat naik and duduk kat seat depan sekali yang macam pakcik tu tunjuk)

then lepas tu, pintu pon tertutup. bus pon gerak. yeyy!!! dapat balik kampung!! tapi dalam kepala hotak ni, pelik la jugak.. why dalam ramai2 orang, pakcik tu nak tertanya kat ida ek?? die kesian tengok ida ke? die tau tiket dah abes ke? atau muka ida ni macam muka ex-gf die?? haha.. bukan ape, sebelum tu tadi, pakcik tu bagitau kat orang ramai... tiket ade kul 12 tengah hari je..lepas pada kul 12 suma dah abis. esok pon abes. yang ada cuma hari ahad kul 12. makna nya, kalau pakcik tu tak ajak naik tadi, kompem2 ida ngan adik tak dapat tiket.. alhamdulillah, ada jugak rezeki nak sahur, terawih, dan berbuka ngan family walaupon untuk 2 malam je.. terima kasih Allah. mungkin dari segi kemanusiaan, pakcik tu niat die ikhlas dan baik. dari segi etika kerja ida tak pasti la.. duit tu dapat kat poket die atau pon die guna untuk bayar tol..atau ape2 hanya die dan Allah s.w.t yang tau. 


2 KATA KAU:

Dhia Johary said... [Reply]

syukur boleh balik kan.. :D jemput singgah blog,..

http://borntobealover.blogspot.com/2012/07/selamat-datang-ramadhan.html

Cik.blogger said... [Reply]

selamat berpuasa
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▓▒▒▓▒▒▒▒
▒▒▒▒▓▒▒▓▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▓▒
▒▒▓▓▓▓▓▓▓▓▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea