Tuesday, July 24, 2012

ilmu lebih penting dari makan.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:52 PM
salam & hai,

alhamdulillah, malam tadi sekali lagi dapat bersama-sama menunaikan solat terawih. semalam ida tak gi sebab rase penat sangat plus ade kerja sikit nak siapkan..blog pon tak berupdate semalam. huhu.

tadi solat seronok. sebab imam tu baca surah-surah muqaddam which is yang kita dah hafal dari kecik. so boleh follow baca sama. tak la mengantuk. pastu time tazkirah pulak, ustaz tu kelakar tapi bagi nasihat yang sangat mendalam.
hari ni banyak cerita sal kepentingan ilmu. ustaz tu kata, dalam Islam pon ilmu ni sangat penting, bahkan ada ayat yang mengatakan tuntutlah ilmu sampai ke negara china. Saidana Ali pon, bila di tanya, Beliau cakap ilmu lebih penting daripada makan.

antara yang ida ingat :
* baca surah al-Ikhlas 10 kali dalam sehari, InsyaAllah, Allah akan sediakan ganjaran istana pada kita dalam syurga nanti.
* baca surah al baqarah sekali setiap hari, InsyaAllah akan diterangkan keadaan kubur kita nanti.

Nak jadi pemimpin pon, ilmu ni penting. sebab setiap kita ni khalifah kat muka bumi..setiap apa yang kita buat nanti, akan ditanya..


Tadi masa baca doa.. 2x ida menangis. tak tahu nape, rasa sedih sangat.. huhu.. bila imam tu baca " Ya Allah, pada buan Ramadhan ni, Kau akan bebaskan ahli-ahli neraka.Kau jadikanlah kami yang hadir malam ini termasuk dalam golongan orang2 yang akan Kau bebaskan dari neraka kelak"
ida rasa touching sangat.. rasa cam tak layak, cam kerdil sangat diri ni, nak mintak dari Allah macam tu.. sebelum ni berdoa sendiri2 pon, tak pernah mintak camni.. tapi Allah tu maha mendengar dan maha pengampun kan..

doa kali kedua pulak lepas witir.. masa last sekali.. antara yang imam tu sebut " Ya Allah, ampunkan lah tangan2 kami yang telah memegang benda yang tidak halal bagi kami, ampunkan lah telinga kami yang sepatutnya mendengar bacaan ayat2 suci tetapi kami telah guna untuk mendengar lagu2..ampunkanlah mata kami yang sepatutnya melihat alam ciptaan Kamu, tetapi telah kami guna untuk melihat benda yang tidak sepatutnya..ampunkan lah mulut kami yang sepatutnya kami gunakan untuk membaca Quran dan berselawat ke atas Nabi, tetapi telah kami gunakan untuk menghina dan mengutuk kaum kami sendiri"

lebih kurang macam tu la..antara doa yang imam tu baca tadi. serius touching dan insaf hehe.

semoga esok dan hari berikutnya, kita diberikan kekuatan untuk sama-sama mengerjakan solat terawih lagi..jauhkan dari perasaan malas..amin. :)
wallahualam

0 KATA KAU:

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea