Monday, November 15, 2010

Day 15 : Your dreams.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:07 AM
Salam.

Huhu. Monday. Awal jugak ida bangun. Pastu terus online. Baki wifi hotspot ade lagi tinggal beberapa jam je boleh login. Minggu ni kerja shif petang. Suke!

Cabaran hari ke 15 diteruskan. Kali ni bercerita tentang impian. Weks! Taknak citer kat korang huhu.. nak rahsieeee~~citer sikit-sikit dah la. Aci?? =p Sume orang punye impian nak yang best2. Kan? Ada rumah besar siap ngan swimming pool, ada maid 2-3 orang, pastu ade kereta besar, ada kerja tetap yang gaji meletopp, pastu boleh shopping tiap minggu. Boleh makan lazat-lazat tiap kali dinner.


Fuhhh seronoknye berangan :D Kalau untuk blogger pulak, mesti la impian nak ada domain sendiri, pastu nak dapat duit dari nuffnang banyak banyak banyak kan? ;)



Yang seterusnya sebagai seorang anak, mesti lah kita impikan nak bagi yang terbaik kat orang tua kita. Nak balas balik jasa diorang kat kita, walaupon memang tak terbalas rasa nya =.= Nak beli gelang emas untuk mak. Nak beli TV plasma untuk abah. Hoho. Gile best! Dah lah tu, cukup-cukup la berangan. Kalah mat jenin. =p

p/s : pix tq to google.com.


0 KATA KAU:

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea