Thursday, May 24, 2012

beli kain atau baju siap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:24 PM
salam & hai,

raya dah nak dekat. betul ke? ok, puasa bulan 7..raya bulan 8 insyaAllah. bunyinye macam tak lama dah kan? bukan ape, sebab mak, adik ngan ida nak hantar kain tempah kat kedai jahit. so, sekarang ni dah kira last minit dah ni. mintak-mintak orang kedai tu nak terima lagi. 

ade 2 pilihan sebenarnya. sama ada nak beli baju yang dah siap atau nak tempah kat kedai. kalau beli yang dah siap, malam raya pon boleh beli tapi tinggal nak cari size yang sesuai la. baju dah siap kalau nak beli yang cantik-cantik kene kuar duit lebih sikit la. masa study kat shah alam dulu, ida selalu beli yang dah siap je. sebab kat shah alam ada banyak tempat jual baju dah siap. sekarang bile dah duduk kat KL senang cari kain je kat masjid jamek. lepas tu hantar kedai ..boleh buat baju ikot design sendiri.

hantar kedai pon ade 2 pilihan jugak. sama ada nak bagi baju contoh yang lama..ataupon nak pergi kat kedai tu, then suruh die ukur baru. kalau ida, ida suke die ukur.. sebab badan kita mungkin dah naik atau dah slim kan? (biasanya naik la) haha. lagi puas kalau mintak die ukur baru.
cakap pasal raya ni, tahun ni tak tahu la. dapat cuti raya ke tak. maklum la, ida baru je nak setat masuk opis baru 4 hb june ni..tak tahu jugak polisi opis tu, kalau cuti raya kene mintak berapa bulan awal. uwaaa....


6 KATA KAU:

shida'R said... [Reply]

tapi rsanya kalo se nk cepat atau express amik yg dah siap tp biasala nk dekat smggu raya..baru kua the best design dr butik n..sja jer hahaa...
tempah pon ok puas hati cuma tu la duit kne lebih msa pon kne lebih ^_^

sarah mohamad said... [Reply]

Saya ada beli ada tempah. Tapi lebih prefer tempah sbb ngam - ngam dengan badan saya. =P

ELeEa said... [Reply]

Dear...td jalan2 dekat ptrajaya...meriah betul tgk sambutan hari belia...ada jugak baju kurung n tudung lawa2...harga pun boleh tahan jugak...try la tgk kat sana...mana tau bkenan =)

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

i prefer both. mane2 pon boleh. janji pakai. hak3.
:P

tp kalau beli yg dh siap susah nk jumpa yg betul2 berkenan dan cantik kain tu. kalau kain yang tak jahit tu, banyak pilihan :)

Cik Siti Hajar said... [Reply]

ida keje mana?
kite beli kain je..
tp xtaw laa tempah ke tak..
sbbnye sebelum2 ni semua beli siap...

babycomel said... [Reply]

baju siap pun byk yang cantik-cantik skg ni

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea