Friday, May 25, 2012

tudung norjuma = tambang teksi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:42 AM
salam & hai,

lambat pulak nak update. siang tadi ida dah pergi hantar kain kat kedai jahit. alhamdulillah kedai akak tu masih terima tempahan untuk raya. ida pergi bandar tumpang abah ida. tapi sebab die nak masuk opis pukul 2.30 ade meeting, so ida suruh abah balik dulu. ida cakap nak balik sendiri, maybe naik teksi la.

sebelum balik, ida singgah kat kedai tudung. dah lama nak pergi kedai ni, tapi tak de kesempatan. kedai ni branch tudung datin norjuma. die ade bukak cawangan kat bangunan arked mara bandar pusat jengka. ida usya harga die ok la. murah. die banyak jual tudung bawal plain, 2 tone, 3 tone dari harga rm 7 ke rm15. pastu ade yang bawal hujung die ade polka dot yang tu mahal sikit rm 33. ida beli satu dulu sebab nak try. ida amik yang plain ni. harga die rm7. balik rumah terus try. serius sangat senang nak pakai. tak payah iron pon boleh terus bentuk.


ouh ya, mase nak balik dari bandar, ida amik teksi. dari bandar nak balik uitm. pada sape yang tak tahu, ida duduk dalam uitm sebab abah ida staf. pakcik teksi tu cakap, hantar sampai luar pakguard rm6.. kalau masuk hantar sampai rumah rm 8. makaihh mahal gile. biase hantar sampai dalam rm 6 tau. pakcik ni memang nak kelentong. ida pon cakap la.. biasa saya naik rm6 je.. pastu die nak dolak dalih.. last-last ida cakap... ok lah.. rm 7! die pon setuju. sakit hati betul tau. dah la teksi kat jengka ni buruk gile. takde ekon. kalau nak compare ngan kat KL macam langit ngan bumi. ade hati nak demand harga. naik teksi harge rm7 same ngan beli tudung sehelai.. apa pon tak boleh la!

[gambar hiasan]

tapi ida pelik, memang kat KL je pakai meter ek? kat kampung tak payah ke?? kalau ikot meter rasenye tak sampai rm5 sebab amatlah dekat. sangat cekik darah la teksi kat jengka ni. mentang-mentang felda dapat durian runtuh haha.. tapi, harga barang lain pun lagi mahal dari kl tau. air tin, barang runcit, ubat gigi semua mahal. syampu lagi la..apesal harga kat malaysia ni tak standard? by da way, kat mane ida nak komplain ekk??? geram pulak rasa.


1 KATA KAU:

ELeEa said... [Reply]

tu la kan...selalu kalau tempat nak dituju tak sampai sejengkal pun cajnya melambung-lambung...

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea