Tuesday, July 27, 2010

rahsia diri berpandukan rambut

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:39 PM


salam.

jum kite kenali diri melalui rambut...info ni ida dapat dari blog INI...actually ida google je...terjumpe lak kat blog tu, so ida share la ngan korang kat sini.... :)

1) RAMBUT LURUS - bijak, happy-go-lucky, bergaya, cemburu, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, kuat cemburu, romantik, banyak pergaulan, susah dalam menyelesaikan masalah diri dan tidak suka termenung.


3) RAMBUT KERINTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- sangat bijak, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

setelah dianalisis dengan sekali imbas *haha poyo* kebanyakkan maksud yang mewakili rambut-rambut tu lebih kurang same je.... sangat bijak, kurang bijak, susah memaafkan, senang memaafkan... so... bende ni just untuk main-main je la... bace boleh... jangan terlalu taksub dan percaye sudah... huhu~~ yang ida italic kan tu, no 4 tu... ida rase tu rambut ida... ikal mayang... =p bace die punye maksud, ade lah jugak 1-2 yang mengena.. eh, tapi...yang no 6 & 7 pon betol gak... yang no 9 kadang-kadang.... yang no 10 lak jarang-jarang... risau lak...umor semuda ida ni dah kuar uban sehelai dua.... tapi, uban ni kire keturunan kan? mak abah ida memang jenis cepat gak beruban... ades!~~~ ouh ye... dari tuan punye blog tu, katenye ni kajian yang dilakukan oleh dr. fadhilah kamsah.. tak tahu la betol ke tidak.. layan je la... ;))

p/s : tak suke tengok iklan syampu kat tv..... macam mane rambut diorang boleh cantek camtu? huh!




0 KATA KAU:

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea