Monday, October 4, 2010

MITOS vs FAKTA tentang diri wanita. MESTI Baca!!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:39 PM
Salam.

Sharing is caring right? Hari tu ida bace paper Metro, column Sihat ade artikel tentang "Kenali Tubuh Sendiri" . So sekarang ida nak share beberapa mitos mengenai tubuh badan wanita yang biasa kite dengar tapi sebenarnya agak lari dari fakta yang betol.

MITOS 1 : Menyentuh payudara seseorang akan menjadikan nya makin membesar.


FAKTA 1 : Sebanyak 85% kandungan payudara wanita adalah lemak. Oleh itu, satu-satunya cara nak bagi ianya besar ialah dengan menambah berat badan. MENYENTUH ATAU MEMICIT TIDAK AKAN MENJADIKAN IA LEBIH BESAR. Namun begitu, senaman tertentu dapat membesarkan otot pektoral di bahagian bawah payudara dan menambah size payudara anda. Berhati-hati dengan pengambilan pil, pelekat atau krim untuk menambah size payudara, kerana kebanyakkan nya tidak berkesan.



MITOS 2 : Anda boleh tahu seseorang itu masih perawan atau tidak melalui cara die berjalan atau senyum.


FAKTA 2 : Tidak ada definisi perubatan berkaitan keperawakan, meskipun ensiklopedia dan kamus mendefinasikan keperawakan sebagai tidak pernah melakukan aktiviti seks. Malah selaput dara yang pecah tidak bermakna hilang keperawakan kerana beberapa aktiviti sukan lasak boleh mengakibatkan ia pecah. Oleh itu, sukar mengatakan sama ada seseorang wanita masih perawan; apatah lagi dengan melihat cara die berjalan atau tersenyum!


MITOS 3 : Sesetengah amalan dapat memanjangkan atau memendekkan kitar haid.


FAKTA 3 : Haid tiada kaitan dengan darah daripada salur darah. Ada wanita yang mengalami kekurangan darah ketika haid. Perkara ini boleh berlaku kerana pada dinding rahim ada salur darah yang sangat halus dan salur darah ini boleh mengalami pendarahan. Tidak diketahui mengapa dan bagaimana ia berlaku. Langkah mengatasi masalah kekurangan darah ialah dengan mengambil makanan yang kaya ZAT BESI seperti hati dan kerang serta pemakanan seimbang. Wanita yang menggunakan alat pencegah kehamilan (IUS) juga tidak perlu risau apabila haid mereka sangat sedikit berbanding biasa. Ini kerana hormon daripada IUS menghalang persenyawaan dan dinding rahim kekal nipis. Kesannya darah haid jadi sikit; bukan sebab darah terkumpul dalam rahim!


MITOS 4 : Memakai coli mengakibatkan kanser payudara.


FAKTA 4 : Menurut kajian, risiko mendapat kanser payudara meningkat berdasarkan faktor usia, sejarah keluarga, genetik, perubahan genetik, kurang bersenam, alkohol dan merokok. Tiada bukti saintifik menujukkan pemakaian coli memberi kesan secara langsung terhadap kanser payudara, tetapi wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai untuk mengelak masalah payudara.


MITOS 5 : Mangkuk tandas boleh mengakibatkan penyakit kelamin, HIV/AIDS atau kehamilan.

FAKTA 5 : Virus yang menyebabkan penyakit kelamin (STD) tidak boleh bertahan lama di luar tubuh manusia. Oleh itu, mangkuk tandas, tombol pintu, tuala hotel, atau cadar tidak menyebabkan jangkitan STD atau HIV/AIDS. STD boleh berjangkit melalui hubungan seks, bersentuhan secara langsung seperti bercium, hubungan sulit dan penggunaan produk seks yang tercemar. HIV/AIDS pula berjangkit melalui pemindahan darah (termasuk jika luka dan menyentuh pesakit yang mengalami pendarahan), hugungan seks dan berkongsi jarum suntikan, terutama di kalangan penagih dadah.

OK.. Siap pon menaip. Haha, boleh jugak praktis typing.. =p Hope fakta yang ada ni serba sedikit boleh bagi kita clear tentang mitos tu sumer. Ida pon ade jugak percaya 1-2 mitos tu sumer sebelum ni. Haha. Lepas ni harap tak terpesong lagi. Jumpa lagi ya kawan-kawan.. credit info tu Paper Metro 3 oktober 2010.



8 KATA KAU:

♛ Kerani Sekolah ♛ said... [Reply]

ye ye..betul tu..memg macam2 mitos nih,buat org tkut je..:p

Anonymous said... [Reply]

nice info...hehe

Unknown said... [Reply]

hahaha..akak pon ade percaya satu mitos tu..cam sengal jek..huhuhu

Cute MuM said... [Reply]

info yang bagus...

LuVidA^^ said... [Reply]

@✿NAZIRAH✿, lepas ni dah tak payah takot eheee

LuVidA^^ said... [Reply]

@~AmyLiana8886~, thx amy! ; )

LuVidA^^ said... [Reply]

@NahDaTuLIzaH, agak-agak yg mitos no berape tu? haha

LuVidA^^ said... [Reply]

@Cute MuM, mekasih!

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea