Tuesday, October 5, 2010

Janda Baik punyeeee!!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:01 PM
Salam.

Ni scheduled post je ni. Time entry ni di post kan, ida dah pon amik bas pergi K.L. Nak stay umah makcik kat sane dalam beberape hari sebab ade hal. ; ) Ada orang pahang tak kat sini? Ida orang pahang, tapi pahang ni besar. Ida belum habis jelajah semua tempat lagi. Genting pon baru first time pergi awal tahun aritu. Kesian kan =.=

Sini ida nak share sikit fakta tentang tempat bernama Janda Baik.

1) Dibuka secara rasmi pada tahun 1932.
2) Terletak kira-kira 36KM dari KL dan 40KM dari bentong Pahang. *laaa dekat je ngan KL rupenye*
3) Kedudukan kawasan adalah di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 - 800M dari paras laut.
4) Suhu mencecah 28 darjah celsius (siang) dan 22 darjah celsius (malam).
5) Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok balau berusia 250 tahun.
6) Mempunyai 4 kampung tradisional melayu, iaitu Kampung Sum sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai
7) Menjadi tempat pertemuan 4 aliran sungai utama iaitu Sungai Benus, Cheringin, Sum sum dan Chemparoh
8) Tanaman halia dan pelancongan sumber ekonomi utama panduduk Janda Baik.

Kalau kita dengar nama Janda Baik ni, kita pon tertanya-tanya dari mana sebenarnya diorang dapat nama tempat camni kan? Actually ade 2 versi cerita tentang asal usul nama Janda Baik ni.

1) Sama ada versi tok batin dan isteri yang berkelahi sebelum rujuk semula. Dalam versi ni, berlaku pertengkaran antara tok batin orang asli dengan isteri nya yang bernama Siah hingga menyebabkan diorang berpisah. Tapi tak sampai 1 bulan, akhirnya Siah balik semula ke rumah tok batin dan bersama suami nye semula. Berdasarkan kisah tu, orang asli kat sana menggelarkan tanah tu sebagai "Janda Balik" tetapi Baginda Sultan Abu Bakar tertarik dengan kisah tu menukar nama nya kepada Janda Baik.

2) Ada seorang janda yang membantu mangsa-mangsa tercedera semasa perang saudara di Selangor pada 1918

Tu la serba sedikit info tentang Janda Baik. Tengok gambar macam best pulak air terjun tu. Teringin jugak nak sampai ke Janda Baik ni.


4 KATA KAU:

Cute MuM said... [Reply]

me pernah g Janda Baik sekali jer.. mase tue ada function ngan member2... mandi air terjun... tempatnyer jauh kedalam... Boleh tahan lah tempat nyer...

etomyam said... [Reply]

tak pernah sampai kat JB ni, dok lalu je di karak highway :D

LuVidA^^ said... [Reply]

@Cute MuM ouh yeke? bstnye mandi air terjun.. jauh ke dlm patot x nmpk dr tep jalan ek

LuVidA^^ said... [Reply]

@etomyam, same la. asek lalu je...belum berkesempatan nk singgah

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea