Sunday, August 8, 2010

ibu bekerja abai anak?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:50 PM
salam.

Jum main cerita-cerita nak tak? Dulu mase sekolah, ida pernah join story-telling. Mase tu darjah 4 kot. Wakil rumah sukan. Terpakse join. Ida ingat-ingat lupa tajuk cerita tu. Dalam terpakse-terpakse tu, ida dapat no 4 dari 6 orang peserta. Haha. Nasib tak dapat no last. Gile cuak time tu. Mane ade bakat nak naik pentas dan bercerita depan orang ramai.

Tapi kali ni ida bukan nak cerita pasal Cinderella atau lain-lain kisah fairytales. Hari ni ida nak bercerita kisah anak yang ditinggalkan ibu sebab ibu die bekerja. Ida ni duduk kat umah staff uitm. Kire nye umah ida ni majoriti dikelilingi oleh persekitaran di mana ibu bapa bekerja. Yang ida pulak, mak tak keje. Mak ida surirumah sepenuh mase. Abah je yang staff uitm. So, bukan nak bangga apa, makan pakai kami anak beranak memang mak jaga dengan sempurna la. Alhamdulillah. Memang dari kecik dulu, mak abah takkan biar anak-anak die ni main tak ikot waktu. Pukul sekian-sekian kena masuk umah. Tutop pintu. Petang kul 6 baru kuar main.



Macam anak jiran-jiran yang mak diorang bekerja tu, tak de sape kat umah yang nak pantau anak die main kat luar. Sampai kan, time mak ida nak tutop pintu, suruh adik ida yang kecik tu masuk umah, masih ade kawan die yang duduk main kat dalam umah ida. Kadang tu kitorang ni sampai tahap 'menghalau' suruh budak-budak tu balik umah masing-masing.

Tadi nak jadi kan cerita, ade sorang anak jiran tengah main ngan adik ida. Mase tu memang time mak ida bagi makan kat adik ida. So, nak bagi anak makan, tak sedap la kalau ade orang lain tengok kan? Mak ida pon suruh la anak jiran tu balik.

Mak : Balik la dulu ye.. nanti petang main lagi.. adi nak makan nasi ni..

Anak jiran : Kat umah tak de sape-sape.


Lepas je dengar budak tu jawap camtu, mak ida pon rase serba salah. Nak halau sangat kan, tak baik la pulak. Budak tu jawap macam tu, macam die tak nak balik umah die sebab kalau balik pon bukan ade sape. Nak tak nak, mak biar je la die tengok adik ida makan nasi. Mak pulak dengan ikhlas hati, jamu la budak tu dengan air dan biskut and kerepek-kerepek. Rase macam kasihan sangat. Budak tu ntah dah makan nasi ke belum. Mintak-mintak la mak die ade tinggal kan makanan kat umah sebelum gi keje. Hmm.. Adik ida makan nasi lauk kari ayam. Budak tu duduk sebelah adik ida makan biskut dengan air. Ida yang tengok tu rase sayu lak.

Tu la kisah hari ni. Mak ayah sibuk cari duit kat luar. Kadang tu sampai anak terbiar. Kite yang tengok ni pulak rase tak sedap hati, rase simpati.


p/s : bersyukur dikurniakan seorang mak yang HANYA menjadi surirumah tangga.



10 KATA KAU:

Kie-yu said... [Reply]

kebanyakan mak sekarang semua bekerjaya
kalau nk harap ayh sorang kais pagi mkn pagi
taraf hidup dah tinggi~


R4T revealed siapa Mohd Khairuddin anak Mama yang sebenar. cekidout~!

Anip™ said... [Reply]

huhu..kesian lak kt budak tu...
nak wat cmner..mak dia keje pon nk cri duit..
tahu kn skrg ni sume bende dh naek harga..
ntah cmne la yg akan dtg nnt..

LuVidA^^ said... [Reply]

@Kie-yu, a'ah duit ayh sorg mmg kalau ikot x ckup.. tp bia sederhana jnji anak2 x terabai..insyaAllah kn

d_tieah said... [Reply]

Huhu..
Taraf hidup skrg tinggi..
Harga brg byk dh naik..

LuVidA^^ said... [Reply]

@Anip™, tu la mcm mne la zmn ida kawen nti.. anak nk bg sape jaga haha

LuVidA^^ said... [Reply]

@d_tieah, betol. harap jgn smpai terabai je..

Mish Oura.. said... [Reply]

sy syg mak sy......


dia xpnh abaikan sya..
btuahnya jadi ank bongsu... haha..
slam ziarah kak ida.. :)

Arra JaSmY said... [Reply]

Lorh..keciankan..mak ayah sebuk cari duit,ank kat umah tak makan.haish..

LuVidA^^ said... [Reply]

@Mish Oura.., salam ziarah ora :) kak ida lak anak sulung hehe

LuVidA^^ said... [Reply]

@Arra JaSmY, tu la kesian sgt

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea