Tuesday, August 3, 2010

Tuan Rumah VS Tetamu

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:57 AM
salam.

Kali ni, ida nak share sikit pasal adab tuan rumah dan tetamu.. macam mana cara yang terbaik untuk kite sambut tetamu yang datang ke rumah kita.. maksud tetamu itu sendiri adalah orang yang datang ke menziarah ke rumah orang lain samada dijemput atau tidak dijemput..

Sebagai tuan rumah, menerima dan memuliakan tetamu bukan sekadar sesuatu yang dianjurkan oleh Islam tetapi menjadi petunjuk akan kebenaran dan kekuatan iman dirinya. Rasulullah s.a.w. menerangkan: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Shahih al-Bukhari, no: 6018] (http://www.masjidbukitindahampang.com).



Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah : (http://ibnismail.wordpress.com)

  • Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
  • WAJIB menutup aurat.
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut KEMAMPUAN.
  • Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.

Perlu diingat...antara batas-batas yang perlu dilakukan oleh tuan rumah kepada tetamu ialah : (http://ibnismail.wordpress.com)

  • Elakkkan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah tetamu.
  • Memaklumkan kepada tetamu sekiranya hendak meninggalkan rumah.


Sedikit tambahan untuk para tetamu pulak ...
(http://ciksantun.blogspot.com)
  • Elakkan datang ke rumah orang selepas subuh, tengahari sebelum zohor & tengah malam..
  • Tekan loceng sekali.. Kalau pintu tak dibuka, tunggu sehingga selang waktu kira-kira habis solat 2 rakaat...lepas tu tekan loceng lagi... Bagi salam 3 kali... kalau tak jawap jugak, sila lah beredar...
  • Ketahui bahawa jika tuan rumah tidak menyediakan apa-apa hidangan(termasuk secawan air) maka tetamu berhak mengambil sendiri apa yang mereka kehendaki pada batas yang berpatutan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika kalian singgah di sebuah kaum lalu mereka melayan kalian dengan apa yang berpatutan sebagai tetamu, maka terimalah. Jika mereka tidak melakukan itu maka ambillah hak kamu (sebagai tetamu) daripada tuan rumah apa yang berpatutan bagi tuan rumah.” [Shahih Muslim, no: 1727] Maksud “apa yang berpatutan” ialah ukuran mengikut kadar kemampuan tuan rumah.(http://www.masjidbukitindahampang.com).


Kelebihan memuliakan tetamu : (http://sifuislam.blogspot.com)

  • Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah.
  • Murah rezeki,mendapat rahmat dan berkat dari Allah.
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang di kunjungi.
  • Menarik perhatian orang yang bukan Islam terhadap keindahan Islam.
  • Membantu perkembangan institusi pelancongan.
  • Mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan.

*************

Tu la sedikit sebanyak info yang ida google....nak share dengan kawan-kawan sume...actually ida terpanggil nak taip entry pasal ni lepas bergosip dengan mak tadi... die ade cerita benda yang tak sedap sikit nak dengar..... pasal ade orang yang tak suka tuan rumah jamu tetamu dengan pinggan/barang plastik..... em....kalau berpandukan info kat atas ni tadi, pinggan kaca atau plastik tak masuk dalam list.....cuma yang disebut biarlah mengikut kemampuan tuan rumah...jadi kita ni sebagai tetamu seharusnya tak la demand yang bukan-bukan.... :) semoga dapat sikit pengajaran... ida pon nanti 1 hari nak berumah tangga jugak...ade rumah sendiri, kena layan tetamu sendiri...jadi dari sekarang la nak kena beringat dan belajar sikit-sikit.... tak gitu? huhu.. ok la.. jumpa lagi...

p/s : kredit untuk info... ade ida taruk url website tu dalam bracket dan ida bold kan... thx ya...

p/s 2 : pix kat atas tu...pix hiasan...mase raya tahun 2008 and 2007.... :))))))


10 KATA KAU:

lalink7 said... [Reply]

byk tol pngajaran..
heheheh..
btul2 kenkadang klau org nak datang main terjah je kan..tensionn

LuVidA^^ said... [Reply]

lalink --> sebaik-baik nye sebelum dtg umah org...call dulu bgtau tuan umah kan.. boleh die prepare ape2 :)

Mellyana Sara said... [Reply]

wah.best!

Sesumpah said... [Reply]

oh yess xsabar nak kutip duit raya!

LuVidA^^ said... [Reply]

camelia --> best ke :D

LuVidA^^ said... [Reply]

sesumpah --> dah besar pon dapat duit raye lg ek

♛ Kerani Sekolah ♛ said... [Reply]

bagus2...betul info tuh, kdg2 tu orang2 kite melayu nih yg datang meniaga or mintak derma, main masuk je kawasan rumah kite, tak bagi salam, tak mintak kebenaran..same jugk keadaan nye sebab dtg rumah org kan..

LuVidA^^ said... [Reply]

nazirah --> kalau yg niaga n mintak derma tu lagi la takot..sbb x knl... huhu... tp still kene lyn dgn baik...n tolak dengan baik kn :)

Unknown said... [Reply]

info yg bagus :) lagi2 nak dekat puasa & pastu raye kan . mesti ramai org dtg umah ! hehe .

klik ke sini .
coyotitoAIMD

LuVidA^^ said... [Reply]

@Coyotito Aimd a'ah.. hehee.. mood raya gak la ni =p

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea