Thursday, September 30, 2010

Menyalak kat facebook?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:12 PM 2 KATA KAU
Salam.

Kat facebook tu, tempat status tu, sebenarnye untuk taip what's on your mind.. Apa yang ade dalam fikiran kamu.. Tapi rata-rata pengguna facebook diorang bukan tulis ape yang diorang tengah pikir, tapi kadang tu tulis tentang isu semase atau ape-ape isu untuk bincang dan mintak pendapat dari kawan-kawan. Benda tu bagus la. Lagipon kat facebook ni cepat dan pantas. Dalam beberapa saat je dah boleh dapat feedback dari orang yang tengah online. Akan tetapi bukan semua orang senang dengan status yang kita tulis tu. Kadang tu, kalau muke kite kerap sangat update status, sampai orang naik rimas dan muak. Asyik asyik muke kau je! Betol tak? Pernah tak kene sound camtu? Hehe. Lantak la kan, akaun facebook kita, bukan akaun facebook die. Kalau tak suke, boleh terus klik delete atau block atau report. =p

Ida kalau demam ke, sakit ke, selalu gak canang kat facebook tu. Saja suka-suka. Tapi ade gak orang jeles yang sound, "ko ni sakit pon nak bagitau kat sume orang" LOL. semalam, ida risau sangat pasal bintik-bintik kat badan ida ni. Ida post la status kat facebook. Ada dapat 1 komen dari sorang ni yang buat ida tersentap sikit. Nak tau tak die cakap ape? Huhu.. jeng jeng jeng..

Klik atau bukak mate besar-besar untuk bace. Haha. Ala, orang tu cakap..
"Mintak pertolongan kat FB susah jugak.. Mintak pertolongan pada pencipta kita k.. moga cepat sembuh"
Alahai awak oi, bila mase saya mintak pertolongan kat fb? Kelakar and lucu la awak ni.. Kuikuiii... penyakit tu Allah yang kasi, sah-sah la kalau nak mintak sembuh pon, kite berdoa mintak ngan Dia kan? Itu sume orang pon tau..

p/s : Macam ni pon salah ek. Diam lagi bagus.


Saya Kena Elergik LAGI

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:07 AM 4 KATA KAU

Salam.

Nak mengadu kat blog tersayang la. Rase cam sedih sangat ni. Ida bangun pagi tadi, ida tengok due-due belah tangan ida ade bintik merah. Mula-mula ida perasan kat tapak tangan la. Lepas tu sekarang ni, sampai ke peha pulak merebak nya. Due-due belah tangan sampai ke ketiak, pastu due-due belah peha. Teruk ok! Tak pernah ida kena macam ni. Tadi abah bawak kuar ingat nak pegi klinik, tapi tutop. So, pergi cari ubat kat farmasi je la. Orang kat farmasi tu cakap, ida kene elergik. Mungkin elergik makan atau persekitaran. Tapi ida tak paham, tak tahu nape leh kene elegik ni. :( Abes merah bintik-bintik. Sesetengah tempat rase gatal. Uwaaa.. Tak tahan la. Macam mane nak buat ni?

Ubat??Ubat dah makan. Die cakap makan 1 biji je sekali. Nak tunggu esok pulak ke baru boleh makan? Sobss~ Sadis nye. Nasib la ida ni kulit tak berape putih. Kalau putih melepak, mesti sangat jelas nampak bintik-bintik merah ni. :( Nak ngadu kat sape lagi. Boifee dah tido. :( Die pon macam tak kisah kat ida je. *ida rase la..tapi die marah kalau cakap cam ni* huhu..Tapi bila kite sakit, kita memang nak kan perhatian. Betol tak? Malam ni ntah boleh tido ke tak. Hurm..Ida tak tau ida elergik ngan ape..macam mane nak elak?? EWWWWW!!!! Helpppp....Bila nak sembuh niiiiiiiii

p/s : tak sanggup letak pix kat sini. Memang teruk. Pix google pon takot nak cari. :(


Wednesday, September 29, 2010

Fenomena seni Teacher Shida menggegar dunia youtube

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:26 PM 0 KATA KAU
Salam.

Biase lah time bosan, dah penat lepak kat mukabuku..lepak pulak kat tiubkamu. Huhu. Korang ade tengok tak, video miming yang tersebar sekarang ni? Gune name 'teacher Shida'. Tak tahu la cikgu betol ke tak. Die memang sempoi, rock, cool and kadang-kadang ida nampak macam terlebih sudah pulak. Mentang-mentang miming lagu stacy. Hehe. Kesian lak die, macam-macam feedback yang orang kasi. Apa-apa pon die memang dah femes sekarang. Kalau jadi artis mesti meletopss. :D

Kat bawah ni ida share sikit video yang ida jumpa kat youtube. Rase nye ade banyak lagi. Nanti lah nak cari lagi. Hehe. Jum layan pade yang belum tengok. Zasss!!~










Info yang ida jumpe dari SINI, Teacher Shida ni name betol die Roshida Binti Abd Aziz. Dia ni cikgu Bahasa Inggeris yang mengajar di SK Pulau Padang yang terletak di Bota,Perak.

Kalau nak join fanpage die kat facebook pon ade. Klik SINI.

Ok tu aje.. jumpa lagi..

Double Meaning ker??

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:17 AM 1 KATA KAU

Salam.

Dah bosan tak de ape nak buat, tadi ida ade la klik kat entri lame. Saje bace balik ape yang pernah ida tulis kat sini dulu-dulu. Kelakar pon ade. Hehe. Tapi rindu pulak kat zaman study. Sekarang ni dok menganggur cari kerja. Ada tak bos-bos hensem kat luar sane yang bace ni? Pliss amik I kerja ngan u olllsss~~ Sedih tak de duit ni. Nasib boleh mintak kat abah. =p

24 jam asyik lepak kat mukabuku je. Kalau la company facebook tu bayor gaji, mesti dah kaye raye ida ni. kehkehkeh~ Entry sebelum ni pasal batang sayur tu agak mendapat sambutan ek. Perlu ke kite buat entry atau tajuk entry yang agak-agak double meaning untuk tarik trafik?? Oh no.. kadang-kadang je test market dengan cara tu. Huhu.



Tuesday, September 28, 2010

Batang Sedap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:29 AM 20 KATA KAU
Salam.

Uiks tengok tajuk entry ni lain macam je ek. Sorry, ida bukan nak melucahss kat sini. Dah serik dulu pernah kena sound oleh cik tanpa nama, katenya blog ida makin l.u.c.a.h. Serius mase tu tak paham nape die label blog itu macam itu. Haha! Pada yang tak ingat, boleh bace kat sini Memang Saya Marah.



Berbalik pade entry kali ni, batang ape yang sedap sangat tu? Kuikuiii. Eh jup, gambar awek atas ni tak de kene mengena, tapi cam comel je.. ida selit la sikit buat jadi gambar hiasan.. jangan marah ek..

Mase bulan puase aritu, ida ade tolong mak masak kat dapur. Pastu mase part potong sayur je, ida selalu failed. Lagi-lagi sayur yang berdaun hijau, macam kangkung atau bayam. Mak mesti marah kalau ida amik daun je, tak amik BATANG die. Actually, ida dah amik dah batang die, tapi tak banyak. Mak cakap tak cukup!! Die suruh amik banyak-banyak. Ida pelik la, bukan kite tak makan batang ke? Buat ape nak amik. Bila ida potong sayur depan atuk pon, kena tegur benda yang sama. Amik batang tu banyak sikit. Adoiiiii....memang failed!

Jumaat yang lepas, ida stay 2 malam kat umah makcik (kakak mak ida). Ade 1 hari tu, ida tolong die potong kangkung, pastu kena tegur benda yang sama jugak. Haha! Pastu ida pikir....SEDAP SANGAT EK BATANG TU? sampai kene amik banyak-banyak. Ida ni memang la tak pandai masak. Rase nye mak cakap, batang sayur tu, kalau campur dalam masakan, die penyebab sayur tu jadi manis. Ye ke??? Ok.. lepas ni kena amik batang banyak-banyakkkkk!

Sekian. Wassalam....

p/s : sebelum kawen kena belajar masak oiiiii



Monday, September 27, 2010

My BF Jahat!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:36 PM 0 KATA KAU
Salam.

Sekarang ni ida suka sangat dengan lagu Stacy tajuk Jahat. Mase mula-mula dengar dulu, rase macam tak best lagu ni, tapi bila dengar betul-betul lirik die, ouh sangat jatuh cinta. Superb!~ Hehe.

Ni lirik lagu tu :

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta

Dari manakah kau datang menyerang

Diriku diriku

Yang disangka kebal

Oh jahatnya kamu

Jahatnya kamu

Engkau engkau

Penyebab diriku terigau-igau

Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu

Ku mahu ku mahu denganmu selalu

Oh jahatnya kamu

Jahatnya kamu


Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


credit pix : SINI

Lirik die part chorus tu da suka. Haha. Asyik dengar lagu ni je. Jahat tau~~~ Video Klip die pon ok gak. Ade yang Stacy jadi cam orang Jepun tu. Huhu. Comel!

p/s : Bintang-bintang AF ni turut bagi sinar pada industri hiburan kita. Setuju? :)

Sunday, September 26, 2010

Tertunggak

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:11 PM 0 KATA KAU

Salam.
Dah lame ida tak update kan? haha. Malas. Tadi mase jenguk blog yang dah bersarang ni, nampak kat shoutmix tu ade bloggers yang tag ida pulak. So, ida setel kan tag la dulu ek.

Tag yang pertama datang nye dari blog
INI.
siap ade name..TAG SUKA-SUKA

1- Name one person who made u laugh last night?
MiJi Mh
2- What were u doing 1 hour ago?
facebooking
3- What was da last thing you said out loud?
kenyangnyeeeeeeeee
4- Where's da next place you're going to?
my bed
5- What was da last thing u paid for?
tiket bus
6- Where were u last nite?
at home
7- What's da best ice-cream flavour?
selain dari strawberry
8- Do u wanna cut your hair?
dun want
9- Do u love to 'melatah'?
i dont think so
10- If that so(melatah), what will u said out loud?
eh sayang
11- What does da last text-msg received say?
jup ek
12- Will u get married in da future?
insyaAllah.. tak sabar nak ade baby sendiri :)



13- Do u chew on your straw?
kadang-kadang
14- Do u make-up your own words?
cannot remember bout it rite now
15- Is there anyone u like/love right now?
i love MiJi Mh
16- Tag to other 5 bloggers/more
it's U.. sape-sape yang bace n rajen nak buat. :)



Tag ke due datang nye dari blog INI.

1. Who sleeps in bed next to you?
Adik perempuan kite.. tapi sekarang die kat UIA...so time cuti die ade la
2. Have you ever lied to a boyfriend to get out of something?
errr...errr...pernah kot...haha
3. What kind of kuih raya did you make?
Kite tukang makan je =p
4. Best day of the week?
everyday is da same rite now.. (dasar penanam anggur)

5. What's really creepy?
missing someone

6. What's your current fandom/obsession/addiction?
check email sebab nak tengok notification jobstreet. Huhu.
7. What are the color of your baju raya?
Colorful

8. What did you eat for break fast today?
arini tak breakfast
9. What is your aim for this raya?
kumpul duit raya? bajet cam budak kecik lagi ke? huhu.



10. What was the last thing you bought?
Jajan.

11. What was the cutest thing you've seen recently?
Hurm.. ape ek.. sume comot je.. takde yang comel :P
12. Does the cute thing above affect your mood?
Tak
13. What is your zodiac sign?
Capricorn
14. Do you want to learn other skills?
life is a learning process.
15. 5 things you can't live without?
a. Family
b. MiJi Mh
c. Duit
d. Enpon & Lappy
e. Makanan

16. If you could meet anyone now, who would you meet?
Bill Gates. Nak mintak duit die sikit
17. What's something you'd like to say to someone right now?
Nothing
18. What are you looking forward to?
To find a suitable job for me

19. Say something to the person who tagged you.
Kak izah, Thx sebab tag ida.Haha. Duit raye plisssss

20. Tag 8 bloggers.
it's U.. sape-sape yang bace n rajen nak buat. :)


Sekian 2 ketol tag dah setel. Jumpe lagi dalam edisi yang lain ek..


p/s : banyak benda nak story tapi malas nak update :(


Sunday, September 19, 2010

Tudung zaman sekarang ala Kristian??

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:47 PM 8 KATA KAU
Salam.

Biasa lah bila online, mula-mula sekali mesti nak jenguk mukabuku facebook kan? Tadi ida ade jumpa bende ni. So nak share lah ngan kawan-kawan muslim kita.

ha... ni fesyen bertdung zaman skrg yg korg (org2 tertentu) bangga2kan...!!!
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...

agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami..
wahai wanita, janganlah kamu
memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn
bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian
Laknatullah...
Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

Ida copy paste sebijik dari facebook.. selebihnya tindakan kita sendiri la ye kawan-kawan.. yang mana yang baik, kita ikot lah.. yang tak baik atau was-was kita jauhkan lah.. wassalam~

Saturday, September 18, 2010

Raya yang berbeza tahun ni

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:12 PM 1 KATA KAU
Salam.

Amacam raya tahun ni? Meriah tak? Bagi ida, ade kurang sikit la. Sebab kali ni, buat pertama kali nya dalam sejarah hidup ida n family, kitorang tak beraye kat umah tok. Sobs~ Sebab nye tok ida dah kurang sihat, tak gagah macam dulu. So, rumah die tu, tinggal je la, tak berpenghuni. Tok pulak duduk gilir2 kat umah anak cucu die. Takpela, walaupon tak meriah macam dulu2..tapi raya tetap sempoi. Ni ida nak upload sikit pix untuk raya pertama.

first time snap pix 1 family gune timer kat henpon. huhu. cam jakun kan bunyi? =p

ni pon testing gune timer gak. haha
yang paling sulung vs yang paling bongsu. =p

ida ngan rafiq..saya kakak yang ketot kan :((((
ngan pae..ni on way pegi beraya kg belah abah

kan dah cakap... nak share sikit je pix.. haha.. yang lain-lain boleh usha kat FB ida.. actually tahun ni punye pix memang tak banyak pon.. sobss.. gambar ngan sepupu pon tak de.. hurm.. kubur pon tak pegi ziarah :(((( hari raya pertama pegi beraya kat temerloh umah adik beradik abah sume...kul 3 dah gerak balik rumah semula... petang tu sume terbongkang tido sebab kenyang ngn penat... patot nye malam ade knduri tahlil kat umah belah abah, tapi ktorang tak gi la.. huhu...nanti ida upload pix raya kedua lak ok.. :)



Monday, September 13, 2010

Nak bersara dari jadi blogger?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:10 AM 1 KATA KAU

Salam.

Lame tak update blog ni. Ingat nak cerita pasal hari raya, tapi tunggu dulu la. Kena amik mood dulu. Huhu. Sekarang ni mood nak blogging makin kurang la. Ada je benda nak cerita, pastu tangguh dulu, alih-alih tak jadi update. Hmm... Dah la sehari dua ni ida tak sihat. Demam batok selsema. Sampai sakit-sakit badan ngan kaki dibuat nya. Sabar je la. Banyak sangat makan lemang kot. Bace paper and tengok berita semalam, katenya datuk sosilawati yang hilang sejak 30 ogos tu, mayat die dah dijumpai. Die mati dibunuh lepas tu pulak mayat nye dibakar. isk isk tragis sungguh. Al-fatihah buat keluarga arwah.


Thursday, September 9, 2010

Salam AidilFitri

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:00 AM 1 KATA KAU

Salam.

Semua orang tengah sibuk buat persiapan raya sekarang ni. Ada yang kemas rumah, cat rumah, tukar perabot. Huhu. Tapi ida belum kemas rumah. Tahun ni lain sikit dari tahun sebelum nya sebab tak stay kat umah tok. Mungkin kurang meriah la. Tapi nak buat macam mana kan? :( Rindu nak berkumpul ngan sepupu2 semua. Baju raya macam biasa la. 2 pasang je. Hehe. Tahun ni ida punye ptptn takde balance, so abah la yang belanje beli baju raya. Thx abah!~ :) Ouh ye, tahun ni tak main bunge api..adoii...teringin lak rase.. =p Ok la, ida nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua umat Islam tak kira berada kat mane pon ek.. Jangan nakal-nakal.. pada yang drive tu, berhati2.. ingat lah orang yang tersayang.. :)


Monday, September 6, 2010

G I L A

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:42 PM 4 KATA KAU

Salam.

Perasaan bercampur aduk saat ini.



Aku kah yang berdosa?

Aku kah yang bersalah?

Maafkan aku.


Sunday, September 5, 2010

Hate those POYO things!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:13 PM 6 KATA KAU
Salam.

Kita hidup ni susah nak puas kan hati semua pihak kan? Kadang-kadang kite cam tak tau ape salah kita, tiba-tiba ade orang anti kat kita.. benci , meluat , menyampah kat kita.. Pernah tak dengar ayat, "kalau kita benci kat orang, orang tu pon agaknya benci kat kita" . Kalau tak suka tak payah la nak add ida kat facebook, pastu cam poyo-poyo lak ingat ida nak ngorat bf die. Hello!!~ Ida pon dah ade bf kot... buat ape nak hegeh-hegeh kat bf orang? KALAU AWAK YANG TAK PANDAI JAGA BF SENDIRI, TAKKAN LA BF AWAK NAK MAIN BELAKANG. iskkk gerammmm tauuuu!

Sorry la ek, entry kali ni ida nak luahkan perasaan ida cukup-cukup. Huhu. Hari tu kan, ade sorang ni bagi pendapat tentang blog ida. Die kate,
kalau boleh, cuba ida kurang kan sikit cerita sal life ida kat blog ni. Sal life ke, sal love ke.. mintak kurangkan cerita hal peribadi.
Ouh suke ida tekan kan kat sini, blog ni sah-sah my personal blog. Kalau tak cite sal diri ida, nak cite sal sape lagi? Hehe. Kalau korang nak cari bahan yang berunsur ilmiah kat blog ni, korang memang dah salah tempat. Sila la blah laju-laju ek. Ida rase, ida belum sampai seru nak cerite bab politik ke,



bab isu semase ke,



bab harga barang naik ke,



Ni just blog suke-suke hati je. Kepada mamat itu, sorry ye awak, cadangan awak tu, saye tak boleh nak ikot. Heeeeee~~ :D



Thursday, September 2, 2010

CONTEST KAD RAYA DAN KENANGAN SILAM

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 4:32 PM 6 KATA KAU


Salam.

Tadi ida terjah blog 'Bila Tinta Berbicara' . Owner blog tu ade buat contest sempena hari raya tak lama lagi ni. Contest yang ade kene mengena dengan kad raya dan kenangan silam. Hehe. Ida pon rase nak join jugak. Sebab macam menarik je. :)
Kalau nak join sama, klik kat SINI atau kat banner atas tu ye? Tapi kene cepat tau. Sebab tarikh tutup die 4 hb ni.

Ida nak share sikit kenangan silam ida time raye dulu-dulu. Kalau ade yang tak tau, ida ni memang fanatik datuk siti nurhaliza. Maklum lah, die pon orang pahang sama macam ida. Cuma tak pernah gi beraye umah die je kat Kuala Lipis sane. Huhu. Nak dijadikan cerita, kalau zaman sekolah dulu, ida selalu beli majalah mangga. Ala, majalah mangga yang selalu ade gambar artis posing maut kat tepi kolam renang tu la.. Hahaha. Buat-buat tak tau lak =p Kalau time nak raya je, kat dalam majalah hiburan mesti ade bagi alamat artis supaya peminat boleh hantar kad raya peda artis kesukaan diorang. Ida pon pernah la hantar kat datuk siti dan yang best nye dapat pulak balasan dari pihak datuk siti. :) Memang la bukan datuk siti tulis atau taip sendiri, tak kira berbaloi la jugak dapat kad raya gambor datuk siti. kan kan? Hihik..

Ni kad raya yang mula-mula ida dapat dari datuk siti. Mase ni tahun 2002. Ida form 4. Hehe. Ida menetap kat dungun terengganu lagi mase ni.


Yang ni pulak kad raya tahun kedua yang ida dapat dari datuk siti. Mase ni pulak ida spm tahun 2003. Cantik kan??? :)

Ni pulak yang last sekali. Pada tahun 2005. Yang ni memang paling bertuah, sebab nye ida tak de pulak hantar kad raya kat datuk siti mase tahun ni, tibe-tibe kad raya ni sampai kat umah ida. Pelik tapi benar. Dan yang ni paling cun la dari banyak-banyak tu. Seronok sangat. Sekarang ni ida dah tak hantar lagi dah kad raya kat datuk siti. Sebab dah abis zaman dah. Sekarang dah matang sikit. Agagaggaga~~~

Tu la serbe sedikit kenangan silam ida bersame kisah kad raya. Sekian. Wassalam. :)



Novel LBS

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:23 AM 15 KATA KAU

Salam.

Setiap minggu, bila time tengok drama bersiri
LAGENDA BUDAK SETAN, hati aku mesti jadi sakit. Sebab teringat novel LAGENDA BUDAK SETAN yang aku bagi pinjam kat seseorang, tapi die tak reti nak pulangkan. Kepada lelaki berkenaan, anda memang tahap mangkuk tingkat. Hate U! Pulangkan Novel Kesayangan Saya!!

p/s : masih sakit hati.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin