Monday, November 19, 2012

LRT ni bapak dia punya kot

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 PM

salam & hai,

Tadi balik kerja dalam tren, bengang sangat rasa. Dari luar tren ida nampak ade seat kosong, ida pon kejar la dan dapat tempat duduk. Tapi sebelah ida tu, ada mamat (badan agak chubby) siap bukak laptop bagai. so die agak makan banyak space la.

sebelah kanan pulak, nasib baik perempuan. tapi sebab sempit, jadi ida kene duduk ke depan sikit tanpa menyandar. tak kisah la, janji dapat duduk. ida bukan hadap sangat nak duduk kat tengah2 antara mamat dengan pempuan tu. tapi sebab ida nak sambung baca novel barang se 'chapter' dua.. so i really need to sit.  ida ni jenis yang tak stabil kalau berdiri dalam bus atau tren, so kalau berdiri kompem tak leh nak baca novel. sayang laaa.

yang mamat tu pulak, dah tau tempat sempit tangan die tak reti duduk diam. ade je benda yang die nak usik kat laptop die tu. betulkan headsphone berapa kali ntah. tangan die asyik kene je kat badan ida. tak selesa sangat masa tuh :( ida dah jeling-jeling tapi die buat bodoh je. sampai satu tahap, ida dah tak boleh sabar. baru je kat stesen bangsar (ade lagi 3 stesen camtu nak sampai).. ida pon bangun, tutup novel terus berdiri. baik aku bangun, pegang pada tiang, daripada duduk kat sebelah mamat tuh. sakit hati aku la! 


moral of the story : kalau naik pengangkutan awam tu, jangan la buat macam hang naik kereta hang sendiri. prihatin la sikit pada orang ramai.. nak bukak laptop pon tunggu la bila dah balik umah. sekian.


8 KATA KAU:

Nurul Ain said... [Reply]

hai salam perkenalan
http://nurulnamasaya.blogspot.com/2012/11/ga-by-gulai-tempoyak-ikan-patin.html

De'Aisyhah said... [Reply]

Hihi. Tension kalau cemtu. Hish hish. Sabar ye:)

Ammelia Yusoff said... [Reply]

ehehehe bertolak ansur kan bagus :)

Mrs Mikko said... [Reply]

boleh pla dia slesa dlm sesak2 tuh buka2 laptop..
huhuh..
patutnya ida pura2 tlanggar laptop dia..
jatuh pg lantai.. haha
tgk muka dia cuak x cuak

Hafiz said... [Reply]

isy3... truk betulla mamat gemok tuh..
http://mymovies2u.netii.net/

rumpai laut aka collagen said... [Reply]

Sabo jlah...xsume org paham...hoho..

Pembicara Internet Marketing said... [Reply]

Sangat berharap, semoga web ini menjadi web yang terdepan dalam menyajikan informasi yang mencerahkan

Jual Parfum said... [Reply]

Sangat berharap, blog website ini menampilkan informasi yang terus bermanfaat :) keep blogging...

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea