Tuesday, November 20, 2012

Lazuardi

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:40 PM 1 KATA KAU

salam & hai,

seronoknye kalau ada lelaki macam watak Shark. boleh bawak ida lari bila rasa nak lari. hmm.. ataupon ada lelaki macam watak Odie boleh dengar semua masalah dari luar balkoni sama-sama. haha. pengaruh novel yang tengah ida layan sekarang ni Lazuardi karya Nasz. sapa penah baca sweet & sour.. harus baca jugak novel terbaru die ni. memang best. 


kadang-kadang rasa best dan super cool pulak kalau kita dapat cerita atau luahkan apa yang kita rasa pada orang yang kita tak kenal. ataupon die tak kenal kita. just bercerita melalui dunia cyber ke.chatting, on phone, tak payah tengok muka. 

ida teringat lagi, masa mula2 terpikir nak buat blog dulu. pertamanya sebab boring teramat pada hari tu. secondly, sebab nak share cerita kat semua orang. tapi bila blog dah setat di publish, di share dekat FB dan twitter, benda tu dah tak jadi privacy lagi. sebab kawan2 baca, sedara mara ade bace.. even kite takkan tau sape silent reader kita. zaman dulu pulak, asyik2 entry mesti nak upload gambar muka sendiri. sekarang je dah insap. hehe. sebab tu ida pernah ade 1 blog yang ida tak perkenalkan diri. dan tak tunjuk muka. blog tu untuk luahan hati. masalahnya ida pon dah lupa password nak login. hehe. apa pon tak boleh.


sometimes we need a space to be alone. thanks today got MC. time to rest.


Monday, November 19, 2012

LRT ni bapak dia punya kot

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 PM 8 KATA KAU

salam & hai,

Tadi balik kerja dalam tren, bengang sangat rasa. Dari luar tren ida nampak ade seat kosong, ida pon kejar la dan dapat tempat duduk. Tapi sebelah ida tu, ada mamat (badan agak chubby) siap bukak laptop bagai. so die agak makan banyak space la.

sebelah kanan pulak, nasib baik perempuan. tapi sebab sempit, jadi ida kene duduk ke depan sikit tanpa menyandar. tak kisah la, janji dapat duduk. ida bukan hadap sangat nak duduk kat tengah2 antara mamat dengan pempuan tu. tapi sebab ida nak sambung baca novel barang se 'chapter' dua.. so i really need to sit.  ida ni jenis yang tak stabil kalau berdiri dalam bus atau tren, so kalau berdiri kompem tak leh nak baca novel. sayang laaa.

yang mamat tu pulak, dah tau tempat sempit tangan die tak reti duduk diam. ade je benda yang die nak usik kat laptop die tu. betulkan headsphone berapa kali ntah. tangan die asyik kene je kat badan ida. tak selesa sangat masa tuh :( ida dah jeling-jeling tapi die buat bodoh je. sampai satu tahap, ida dah tak boleh sabar. baru je kat stesen bangsar (ade lagi 3 stesen camtu nak sampai).. ida pon bangun, tutup novel terus berdiri. baik aku bangun, pegang pada tiang, daripada duduk kat sebelah mamat tuh. sakit hati aku la! 


moral of the story : kalau naik pengangkutan awam tu, jangan la buat macam hang naik kereta hang sendiri. prihatin la sikit pada orang ramai.. nak bukak laptop pon tunggu la bila dah balik umah. sekian.


Saturday, November 17, 2012

TEDdy bear yang gatal.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:40 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

hari ni Ida keluar jenjalan dengan adik-adik. sorang keje and stay kat sepang. sorang lagi study kat UIA gombak. kitorang jumpa around kul 11.30 kat KLCC..reunion siblings versi kecil-kecilan..sebab tak cukup korum sebenarnye ni.

mula-mula kitorang gi tengok wayang cerita TED. cerita ni OK la, kelakar la jugak. Ida rasa movie ni diorang memang create untuk lelaki la. sebab lelaki2 dalam wayang tadi amat menghayati. gelak bukan main kuat, padahal takde la lawak gile babeng, haha! cite tu agak sensored la.. sebab 18xx ..rase tak sesuai pulak bawak adik yang UIA tu.. walopon umor die dah 20.. Ida pulak yang segan. hehe. tapi seriously, MILA KUNIS tu cantik la.. first time tengok dia berlakun.


lepas tengok wayang pergi solat, then pegi makan la.. PizzaHut! banyak gak kitorang melantak. sampai ke malam ida still kenyang ni. huhu. kitorang makan pizza.. tambah prawn.. pastu meatball..fuhh..





Tapi kan masa solat tadi, ada nampak 3 orang perempuan ni.. die bukan Malaysian la. pelik dressing diorang. sembahyang boleh pulak nampak kaki. pastu ade yang nampak leher. mazhab mana diorang ikot ye?
Tu je la. nak share cerita untuk hari ni. see ya next post. nites.


Friday, November 16, 2012

CintaMu beri sayap

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:14 AM 0 KATA KAU




Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi

Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Tak mampu kuterbang tanpaMu

Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap

Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku


p/s: tatau apa maksud Altar Cinta, tapi suka lagu ni.


Thursday, November 15, 2012

nanti apa orang kata

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:16 AM 0 KATA KAU

salam & hai,

kadang-kadang kan, bila kita nak buat sesuatu benda, tapi kita tak boleh nak teruskan sebabnya kita fikir "eh, nanti apa orang kata". 
Actually why we have to concern about others? nape nak dengar cakap orang? kalau asyik dengar cakap orang sampai bila nak maju. betul? tapi hakikatnya kita hidup dalam dunia bermasyarakat. kat sekeliling kita ada banyak mata-mata yang memerhati (macam ayat kiah propa :jage-jage, ade yang merhati).. huhu!
Bila sampai satu tahap stres la jugak, nak buat itu tak leh, nak buat ni tak leh.. semua nak pikir pasal orang lain.

-nak kawen tak leh buat simple2, nanti orang mengata. 
-nak post kat wall fb tak leh sebarangan, nanti stalkers menyibuk.
bla bla bla..
paling best bila guna ayat "mind your own business"

post auto publish. hehe. dah taip mase kat opis semalam lalalalaa....



Wednesday, November 14, 2012

suka dan duka

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:29 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

dalam dunia ni, kita tak boleh nak hidup sorang-sorang. biasanya kita ada kawan, kita ada teman. kita ada orang tersayang. tapi tak pelik pon, kalau ade orang tu dia boleh hidup sorang-sorang. lepas tu muka asyik nak masam 24 jam. tak penat ke nak berperangai macam tu. tak paham apa masalah dia.. dan benda tu boleh bagi kesan kat orang sekeliling. hurm. waktu-waktu stres di tempat kerja ni, seronok kalau boleh release dengan pergi shopping ke.. atau buat aktiviti yang kita suka.
nak pergi karoke dah tak cukup korum plus tak de mase sebenarnya. hai.. bila lah nak kembali normal ni.. asyik terase nak terapi je.. tapi tatau nak terapi apa. help!!

ditaip pada jam : 4.10 ptg.. at office.


alhamdulillah, jiwa rasa lebih tenang. lebih hepy. terima kasih chenta hati. maafkan salah silap kite. love u.. sorry and thanks sebab tahan dengan kerenah kite.

ditaip pada jam : 9.26 malam.. atas tilam bujang..baru lepas balik detim.


Tuesday, November 13, 2012

Lelaki dan perempuan sebenarnya sama saja.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:32 PM 3 KATA KAU

salam & hai,

Ingat kan malas nak update blog hari ni. Tapi chenta hati suruh update .. so, ikot je la cakap pengskodeng tegar tu. hehe.

Ida just terfikir pasal satu perkara. perempuan dengan lelaki ni memang kontra. memang berbeza. sebab tu ade buku tajuk dia: men from Mars, women from Venus. (huhu Fina sorry, nanti baby pulangkan ek. belum habis baca la) 


Tapi, ada satu hal perempuan dengan lelaki ni SAMA. Dari segi sanggup belanjakan duit (ataupon membazir) untuk benda/perkara yang mereka suka.

Contohnya, tadi ada sorang budak tu, balik kerja penat-penat.. sanggup meredah masjid jamek semata-mata nak merayap. pastu bukan beli barang pon. just window shopping je.. Lastly, die pergi buat inai lukis. Rasanya budak tu kene kelentong dengan "abang" yang buat inai tu. 

gambar hiasan-google
rm10 untuk inai mekah. rm5 untuk inai biasa. Dan budak tu pilih yang rm10. padahal budak tu tak pasti pon, inai yang "abang" tu guna ialah inai mekah atau bukan.

p/s : lelaki sanggup habis rm10 untuk beli rokok yang mereka suka. eh dah naik harga 20sen kan? hm.


Monday, November 12, 2012

review (pendek) Istanbul Aku Datang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:55 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

Menonton filem "Istanbul Aku Datang" semalam, membuatkan Ida rasa nak update blog semula. Hehe. Dah 3 bulan kot blog ni dibiarkan bersawang. kesian betol. =p

Filem tu memang best sangat! sweet! comel! nyum2. terima kasih kat encik cinta hati sebab bawak Ida tengok semalam. walopon mase tu dah lewat..tapi tetap gagahkan jugak..thankss ;) 


Apa yang best cite ni? Mesti la sebab ada Tomok. Haha. Ida kan fanatik tomok since sekolah lagi.lallaalaa...pastu ade Beto. die ni kalau drama yang dia berlakon sume nye sweet2... so harus la tonton yang ni jugak. cuma bila tau heroin dia Lisa Surihani, ida kurengg berminat sikit. Itu pada permulaan laa..tapi bila dah tengok, totally awesome!!  lisa sangat cute. super cute! rambut die. dressing die. hehe.. terus jatuh chenta. lakonan die dah banyak improved. (ida rasa la)



Selain tu, of coz la lokasi die yang sangat cantik. jalan cite yang sempoi senang nak follow. tak payah nak berbelit2. kan kan.. pastu ade ikon2 kartun, ade sound effect yang comel2.. macam tengok cite korea pon ade. 

pendek kate, sape yang tak tengok lagi, sila la pergi tengok. memang tak rugi! 

FACEBOOK Istanbul Aku Datang KLIK Sini.

Trailer filem boleh tengok kat bawah ni.


Antara part yang Ida suka:
- masa tomok asyik cakap "dian, u jangan lupa cari umah tau" haha.. ade satu scene tu sume orang gelak.. ingat kan tomok nak cakap i love u .. take care ke...
- housemate tomok yang kelakar (tatau nama sape..)
- suke time dian update blog die..dan baca komen2..
- part cari maggi asam laksa ..dian ngan ijoi.. haha
- time beto gaduh ngan tomok. wow tomok boleh marah la hehe..
- part beto cuci rambut dian. mase tu dian nangis, cantik sangat die close up dekat2
- part beto tahan kereta mase nak ending.. masa die tak bagi dian balik malaysia.
- and lastly, part baju kawen. sangat cantik.

ok sekian.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea