Berdengkur adalah normal. Malah, kajian Synovate Omnibus (Jun lalu), 62 peratus mereka
sudah berkahwin tidur berdengkur. Daripada jumlah itu,
63 peratus adalah
Melayu, membabitkan 66 peratus
lelaki.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang,
Dr K Gopalan Nair, berkata dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur.
“Dengkur lebih banyak dikesan pada lelaki berbanding perempuan. Berdengkur ada kalanya disebabkan
badan terlalu letih atau gemuk. Ada kalanya ia boleh ditangani dengan mengubah cara hidup seperti menurunkan berat badan atau berhenti merokok,” katanya.
Punca berdengkur.A) Faktor fizikal
Rahang yang rendah
Hidung tersumbat
Tonsil bengkak atau anak tekak yang besar
Berusia
Putus haid
B) Faktor gaya hidup
Obes
Mengambil alkohol
Pengambilan sesetengah jenis ubat
Merokok
Alahan bermusim seperti selesema dan hidung gatal.
Rawatan berdengkur
Jika anda gemuk, mulakan dengan menurukan berat badan.
Berhenti merokok dan mengambil minuman keras.
Ubah posisi tidur. Jika anda tidur telentang, lidah akan mudah jatuh ke belakang tekak dan menyekat aliran udara. Jika anda tidur mengiring kemungkinan berdengkur agak berkurangan.
Gunakan bantal yang tebal untuk meningkatkan aliran udara
Jika anda berhadapan dengan masalah alahan, kenal pasti pencetus alahan.
Semburan hidung bagi mengatasi hidung yang tersumbat.
Terapi gantian hormon bagi mereka yang putus haid
Pembedahan jika ia bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi dan dicadangkan oleh doktor.
Terbaru di pasaran, pelekat mengelak dengkuran, hidung tersumbat dan memudahkan aliran pernafasan yang dibangunkan oleh Glaco SmithKline (GSK). Dikenali sebagai ‘Breathe Right” ia membantu anda bernafas dengan lebih baik dan tidak berdengkur. Begitupun, ia bukan tidak boleh menyembuhkan masalah dengkuran sepenuhnya dan tidak boleh digunakan oleh pesakit OSA. Ia hanya mengelak anda berdengkur untuk tempoh 12 jam.
sumber: Berita Harian Online
0 KATA KAU:
Post a Comment
terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D