Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

cara nak lupakan bekas kekasih (part2)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:19 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

tuan belog agak tak berapa sihat sekarang ni. haha. demam terkejut kot. sebab esok first day nak report duty kat new office.
nak sambung sikit tips semalam. ok kalau dah berjaya delete nombor telefon die dari phonebook dan jugak dari ingatan.. kita proceed ke tips seterusnya..

tips no 2 : remove / block dari facebook.
kalau ade twitter boleh unfollow sekali.. kalau ade blog pon sama. hehe. ade berani??

tapi kawan ida cakap, die dengar topik kat Hot FM, kalau dah putus, jangan remove FB sebab nanti, bila dah baik semula, mesti malu nak add balik. ade betul jugak tu.. tapi kalau betol-betol nak lupakan EX.. ni salah satu tips yang harus korang follow. ;)

to be continued.

Wednesday, May 30, 2012

Banyak blog syok sendiri?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 3:30 AM 0 KATA KAU

salam & hai,

apa khabar bloggers dan silent readers yang di sayangi sekalian. berjumpa lagi kita dalam rancangan mari merepek di blog luvida huhu. 

sebab apa ida cakap silent readers? sebab kita pon tatau sapa yang baca blog kita. sapa yang usya blog kita setiap hari. ok, memang ade trace traffic.. memang boleh detect nuffnangers, but then, orang luar yang mungkin tak de blog, yang mungkin tak follow blog kita, mereka-mereka ni pon ade view blog kita kan? kawan-kawan atau mungkin sedara mara..sebab macam ida, ida autoshare kat wall fb ngan kat twitter.. 


sangat surprise, bila balik kl malam tadi, housemate ida (hasnah memang nama sebenar) die cakap die baca blog ida. hehe thx as! tibe-tibe rasa semangat nak merepek sebab tau ade orang baca. =p
cik nuyu still bukak blog ida tak? cik mariam? opss cik dila? kalau ade bagus la. hehe..

bukan ape, teringat pulak ayat seseorang ni.. die pernah kuar statement yang berbunyi lebih kurang macam ni..
" I tak suke sangat baca blog-blog ni.. sebab I rasa kadang-kadang diorang ni macam syok sendiri je 
haha.. tuan punya ayat, kenal tak ayat ni? masa mula-mula dengar dulu rasa sentap la jugak... tapi mungkin ada betul nya... sebagai blogger, kita tau apa niat sebenar kita berblogging... ade yang nak cari duit tambahan, ada yang suka-suka isi waktu lapang, ada yang nak cari kawan baru.. ada jugak yang saja nak buat macam diari.. bila dah tua nanti bolah baca balik and tunjuk kat anak cucu haha.

kritikan yang membina kita kena terima la.. kalau rasa bende tu logik, untuk kebaikan pembaca, boleh la kita ikot nasihat diorang.. sekurang-kurangnya kalau ade orang komen, maksud nya ada orang prihatin.


macam sebelum ni ade orang pernah komen die cakap banyak sangat pix ida kat blog ni.. so ida dah kurangkan, even memang sangat kurang la berbanding dulu yang asyik2 tayang pix sendiri je..  lagi pernah orang komen, die cakap blog ni makin lama makin lucah.... sebab dulu pernah ade buat entri double meaning.. so, ida dah avoid benda tu semua..tak de la lucah pon.. tak caya boleh tengok balik entri kat SINI SINI dan SINI...walaupon komen tu datang dari anonymous, tapi still di ambil kira tau..janji nak komen tu biarlah bernas dan guna bahasa sopan.

so guys, any issue untuk penambahbaikan.. feel free to drop your komen ya. ;)


Wednesday, May 23, 2012

saya pon tengok debat ptptn

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:41 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

sekarang jam kul 2.30 pagi. ida baru lepas sahur, insyaAllah esok nak puasa lagi. hehe. sahur pon makan ape yang ade je. nasi putih plus serunding daging plus ikan masin. cukup la tu amik berkat je.

takde topik hangat nak update. cuma malam tadi sebagaimana yang semua maklum kat astro awani ade live debat ptptn antara mr khairy jamaluddin dan mr rafizi. ida tengok 2 kali kot. hehe. mase ida taip entri ni pon, tengah duduk depan tv lagi..ade ulangan..bagi ida, kalau nak mansuh ptptn memang la best..yela, kita pinjam duit, tibe-tibe orang tu nak halal kan semua.. sape tak nak kan? haha. but then, macam mimpi je sume tu nak jadi nyata. nak mansuhkan 1% tu pon susah. huhu. yang penting rakyat malaysia menantikan debat PM ngan DSAI menjelang PRU 13..itu pon ntah ade ntah tidak kan.. :)
dekat twitter, dekat facebook isu debat ni mau berpanjangan 3-4 hari jugak ni. biasa lah malaysian, suke cerita pasal current issue.. which is good la. lepas tu lupa camtu je. tak tau solution die macam mana.


selain tu, dah bukak channel awani ni, asyik dok ulang berita sama je la..isu datuk lee chong wei injured mase lawan ngan denmark kan. so, tak de rezeki la nak main untuk thomas cup..dan maybe untuk olympic cup. huhu. berita lain lak tentang nazmi faiz yang dah sain kontrak 3 tahun ngan club portugis beira-mar..terbaik la dik.


ouh ya, ida ade draft satu entri ni. tapi tak de mood lagi nak menaip dan publish. entry tu berupa surat yang ida nak tuju kat seseorang. surat sakit hati, nak maki hamun je rase kat mamt tu. nanti kan ek. panas!

Friday, May 18, 2012

baru nak berjinak-jinak dengan burung

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:39 PM 8 KATA KAU
salam & hai,

hari ni mimpi nak main twitter la pulak. burung tu kan icon untuk twitter.. betol la kan?? hehe..dari siang bawak ke malam, boleh kate tak kuar bilik mengadap twitter. haha. tibe-tibe rase seronok dan dapat info lagi laju dari facebook...contohnye pasal superspontan ngan versus.
tapi yang pelik. tadi bila ada sorang ni follow ida, tibe-tibe kuar notification kat emel lak. sebelum ni kalau ade orang follow tak de pon notification?


lepas tu yang lagi best, dapat pulak notification katenye ade orang retweet ida. fuh, first time tau.. teruja kejup.. haha =p


abes cerita twitter, hari ni jugak ida ade join beberape group / page kat facebook yang mana kite boleh ping entry kite kat situ.. diorang ni sume rajin-rajin follow dan blogwalking tau.. tak sia-sia lepak kat situ..kalau nak boleh try search 
* diari sahabat blogger
* mr. and mrs bloggie
* ex-tream blogger

ok.. nanti update lagi.. sape yang ade twitter tu, boleh la follow kite.. www.twitter.com/IdaWinda
nanti ida follow korang balik. selamat malam :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea