kadang-kadang kan, bila kita nak buat sesuatu benda, tapi kita tak boleh nak teruskan sebabnya kita fikir "eh, nanti apa orang kata".
Actually why we have to concern about others? nape nak dengar cakap orang? kalau asyik dengar cakap orang sampai bila nak maju. betul? tapi hakikatnya kita hidup dalam dunia bermasyarakat. kat sekeliling kita ada banyak mata-mata yang memerhati (macam ayat kiah propa :jage-jage, ade yang merhati).. huhu!
Bila sampai satu tahap stres la jugak, nak buat itu tak leh, nak buat ni tak leh.. semua nak pikir pasal orang lain.
-nak kawen tak leh buat simple2, nanti orang mengata.
-nak post kat wall fb tak leh sebarangan, nanti stalkers menyibuk.
bla bla bla..
paling best bila guna ayat "mind your own business"
post auto publish. hehe. dah taip mase kat opis semalam lalalalaa....
blog tersayang, saat ni ida sakit hati sangat. nak mengadu kat blog boleh tak? huhu :( tak tahu nak cakap sedih ke marah.dah abes mencarut kat fb ngan kat hp..rase tak puas kalau tak carut kat blog sekali. :( uwa..ape la nasib.sepatutnye hari sabtu kuar merayap kat luar. dah janji dengan sorang ni, tapi last2 tak jadi lak kua. sebab gado..huh.
mals nak cite detail kat sini. yang ida tau, ida rase bengang sangat.hari sabtu bazir camtu je.dah la sakit hati.hopefully hari esok ida boleh tersenyum balik. :(
dah la, nak keluar cari makan SENDIRI. harapkan orang, tak boleh harap. sial kau. bye
-rasa macam nak tukar kerja je. tak suka lalu kat klcc ni. banyak sangat tempat/moment yang buatkan ida teringat si dia. huhu. sadis.
-mase tengah sedih tu, lagu kat radio pulak lagu "butterfly" ost dejavu di kinabalu. perghh lagi la tacing. mata dah bergenang.. tapi tak boleh proceed nangis, sebab takot mekap rosak.
henfon ida tak banyak mp3..so, tiap hari akan dengar lagu sama je.
lagu wajib dengar tiap hari :
1) aizat-jerryfah
2) alif aziz-jangan ganggu pacarku
3) mojo-andai ku bercinta lagi
4) newboyz-bicara tentang setia
5) bondan-ya sudah lah
6) melly goeslow-butterfly
7) drama band-cerita dia
8) farique nadzir-hanya ku cinta kau seorang
9) hyper act-harapan
10) kosong-najwa latif
11) nirwana band-sudah cukup sudah
12) sleeq&najwa latif -untuk dia
13) suki-terlalu mencintaimu
14) justin timberlake-summer love
cuba tengok lagu no 4 tu. hehe. dulu zaman sekolah memang fanatik gile ngan tomok and newboyz. sekarang tomok dah jadi bapak orang pun.. tapi lagu die still layan..
tapi lagu tu, cam perli orang je.. sobs.. terase pulak. huhu~
*berbicara saja tentang erti setia, sedangkan kejujuran di hati tak pernah ada.."
[newboyz ahli asal]
cakap sal newboyz kan, baru-baru ni terkejut dengar cerita one of the member, zack..didakwa terlibat dengan kes dadah..kalau sabit salah, boleh kene hukuman gantung. fuhh... terkezutt dengar..sabar je lah..kalau ikot kan, zack ni bukan ahli asal newboyz..tapi peminat2 newboyz mesti kenal die ni.. kire mamat jambu jugak la.. sape yang tak tau cerita boleh usya kat sini.
dengar artis terlibat dengan dadah pon boleh terkejut dan rasa sedih, inikan pulak kalau kawan sendiri..kawan rapat mase sekolah..hopefully semua yang berlaku ada hikmah dan mintak di jauhkan lah dari benda yang tak elok. amin.
boleh tak nak tido sekarang and tanak pikir ape2..
nak cabut otak ngan jantung ngan hati jup.. taruk tepi =.=
ni status yang ida pikir nak update kat facebook. tapi pikir balik, baik taip dalam blog je.. haha.
hari ni ingat malas nak update entry, tapi kesian lak kat silent readers.. muahahha..(izan, kalau komen tu tak kire silent la sayang...weks!)
serabut la otak ni. kerja kat opis dah la menimbun. baru sebulan masuk kerja, so..speed sangat la slow ..bila la nak jadi expert ni.. huh!mahu kene tunggu 2-3 bulan baru expert kot?? ke 2-3 tahun?? gile ahh!
hm, kan best kalau ade orang yang tolong kita buat pilihan.. yang tolong pikir untuk kita.. tak suke la rase macam ni.. pastu hidup dalam serba salah je..dalam setiap perhubungan mesti ade yang beralah?yang kecewa?yang berkorban? cmtu ke? kalau tengok cerita dejavu kinabalu tu lagi sedih.. haha.. sian ke bazli..lelaki akan kecewa.. dan perempuan yang akan mengecewakan lelaki.. kalau cerita cinta macam dalam novel bagus jugak.. clumsy pon boleh happy at last point..
dah la.. ida nak stop kat sini dulu. selamat malam dunia.
p/s : unfair..vs selfish. but I just need someone that can be with me, that can take care of me.. forever..in every second..no need to be in front of me.. just be near me, beside me, deep inside my HEART.
hari ni penat sangat. ida balik kerja lewat. huhu. kat opis banyak gile kerja.. sobss.. pening pale.. macam2 nak kena training and study.
slowly we learn.. then we pick up..and try to apply.. no need to pressure much.
sometimes, it really hard to choose.. when there are some choices. somebody told me, if there is a no 2.. better choose no 2.. coz if we really love no 1, no 2 will not exist at the first place.
but then, we still need to consider..either no 1 or 2.. mybe there is another no 3.. nobody know..jodoh Allah dah tetapkan.. just follow the flow.. ;)
nak keluar topik jup.. gurls kalau nak dressing, mula-mula die akan pikir, baju kene match dengan tudung..tapi pernah tak korang pakai baju yang tak masuk dengan tudung? hehe. memandangkan tudung ni, orang yang bagi, so tak kira.. nak pakai jugak..even takde baju yang masuk. lalalla...
enough for today..i know, somebody will read my entry.. thanks..love u , my silent reader.
malam tadi ida tido awal.sebab penat sangat kot kerja..biasalah hari isnin..permulaan minggu baru..kat opis dah setat rasa banyak kerja nak buat..dah takde istilah balik kerja sharp kul 5 petang.. huhu. nothing to update..just, kat opis hari ni ade budak baru masuk our team. yeyy! so, ida dah ade junior! haha.
hari ni ida realize, lelaki boleh jadi seorang pencinta yang sejati. seorang yang sangat jujur and setia pada kekasih die.. but once, the girl betray him, he will not forgive them. forever i think..kadang2 kesian jugak dengar cerita perempuan yang buat jahat kat lelaki ni.. not all cases, lelaki yang curang. zaman sekarang, perempuan pon dah ramai yang main kayu tiga. bukan ape, bagi ida sendiri, perempuan ni cepat berubah hati. kami ni insan yang lemah, so bile ade orang yang bagi lebih perhatian, kita akan cepat beralih ke arah itu. tak perlu muka yang hansome macam aaron aziz, tak perlu orang yang kaya cam bill gates, just we need full attention. thats all.
Because I also want for you to be happy. It's really important for me that you be happy. So I want you to be with someone, whether it be Dawson or New York guy or some man that you haven't even met yet. But I want you to be with someone who can be a part of the life that you want for yourself. I want you to be with someone who makes you feel like I feel when I'm with you. - Pacey "...Must Come to an End"
mood : sweet sour
task : many
wish : 1st salary (on new job)
just nak update sikit untuk kali ni. Jenis-jenis lelaki yang saya suka tengok/pandang/lihat...kat luar. hahahha.. antaranya ::
1) I like guys with white t-shirt;
2) sensitive to girl's feeling and need.
3) guys that wear long trousers. I hate to look at guys with shorts.
4) gentleman.
5) guys that can play guitar plus sing with nice voice.
6) they help us in whatever situation (example in random: cubitkan ayam KFC yang tengah panas, kupaskan kulit udang, potongkan chicken chop)
p/s : takde kene mengena dengan sesiapa in my current life. weksss!!
berjumpa lagi dalam rancangan mari membebel versi ida winda.huhu~ merujuk entri sebelum ni : klik SINI . (rujuk no 4)
ida ade cakap pasal "saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang" ayat ni keluar dari mulut seorang hamba Allah ni(lelaki). kalau awak baca, mintak maaf ye, saya guna statement awak untuk quote dalam my blog. :)
ida : awak dah tengok ke cerita tu? (jiwa taiko) orang : tak tengok. cerita tu ade unsur sex kan. saya tak suka. ida : err tak de la sex sangat orang : tapi ade la jugak kan? saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang.
pastu ida cam sentap lak..ida cakap.. "so orang yang tengok wayang ni tak de agama la??"
huhu. cerita tu memang la label die 18. so yang bawah umur jangan bagi tengok.. memang ade unsur yang tak baik.. banyak adegan peluk..taiko nye ke mana.. jiwang yang lebih. memang ida tak puas hati betul dengan cerita tu, ntah ape-ape. frust je.. padahal ida memang tunggu karya osman ali (sebelum ni cerita ombak rindu and anak halal).. anak halal is one of my favourite movie.tengok banyak kali pon tak jemu.. tapi jiwa taiko ni, meleset. nasib baik la ade diana danielle, bront ngan beto. I like diorang sume.
p/s : bukan nak under estimate filem sendiri.. try to support, but then, hasil die tak memuaskan. just my opinion. ade yang dah tengok tak? p/s 2 : sorry awak.. bazir duit awak tengok cerita ni. hurm.
just a quick update before going to sleep.. tomorrow will be my busy day since today I already get my laptop and computer, so maybe tomorrow I will start doing my job. can't wait actually to learn new things, beside that I'm still nervous. huhu. Pray for me ya guys.
tomorrow after work, I'll straightly will take a KTM komuter to stesen UKM.. heading to my BFF house..because there is an occasion there. probably I will snap some pixca and update later bout that. On saturday insyaAllah I will heading to seremban to attend my office-mate's wedding. Later I'll put the pixca also...wait for my update ok?
[ google image]
Em, lastly, people always said that, when you are happy, don't forget about others that suffer outside. don't laugh too much..because at the end you will cry..now I realize that.
Nites darl. See ya later on next post. Thx. with <3
malam ni sebenarnya tak tahu nak update tentang apa..dah la hati tengah serabut ni.. sebab esok dah kene balik KL.. lusa dah setat kerja.. first day kerja tempat baru..macam-macam perasaan ada. huh!
tengah layan mata nak tidur ni, tibe-tibe teringat sesuatu.. lebih tepat.. seseorang. betul ke cinta pertama takkan boleh kita lupa sampai bila-bila? macam mana kalau cinta pertama kita tu dah kahwin, dan jadi laki orang? ini contoh ye. takde kene mengena dengan miss luvida atau ida winda. huhu~
tips untuk lupakan bekas kekasih senang je.... no. I... buang je nombor telefon die... buang tu maksud nye delete dari phonebook la...
tapi kalau dah memang hafal tu, camne nak buang dari ingatan? takkan nak format otak pulak.. haishh...kalau tips yang senang ni pon tak boleh nak buat, tak payah la nak cerita pasal tips yang lain. haha..
panas pulak hati hari ni. ida rasa mamat ni saje je nak cari pasal ngan ida. bukan sekali, tapi dah masuk kali ke dua dah ni.
cerita die macam ni. tadi ida ade up status kat facebook :
"Lelaki semuanye same!"
pastu ade sorang mamat (bajet bagus ni) die komen :
"again with the sexist status. stop making yourself stupid."
ape masalah die sebenarnya?? die cakap "again" sebab sebelum ni ida ade up status pasal lelaki jugak. dan die bagi pendapat jugak.. which is yang sangat annoyying...die ni sentap terlebih awatnya?? tak de rasa stupid pon buat status macam tu. haishh
status sebelum ni lebih kurang macam ni la " aiye ckp jangan menangis sebab lelaki. tapi kalau bukan lelaki yang buat wanita menangis sapa lagi kan? "
pstu die boleh komen die cakap : ade je perempuan yang menangis sebab perempuan kan?
la... so what?? ida ckp sebab situasi ida sekarang.. tak payah la nak pikir pmpuan menangis sbb pmpuan yang lain ke.. ape ke..
by the way, lelaki sume sama tu.. ida nak cakap yang lelaki ni sume sama.. ade 9 akal 1 nafsu.. ke awak ade 5 akal je?? haha. geram tau! jenis suke nak kondem orang je.. status cmni pon nak amik serius sangat.
ida pikir nak block je mamat ni.. tengok-tengok die dah remove ida dulu. ok sangat bagus. ida pon tak perlu friend yang macam ni kat fb tu.. buat semak je..
atas dunia ni ade 2 jantina je. perempuan dan lelaki. so adat la, kalau perempuan nak cerita pasal lelaki atau sebaliknya. bukan nye ida benci lelaki ke ape. abah ida, adik ida, atuk ida..sume nye lelaki.. bukak sikit minda ye .. jangan nak cari salah orang je. shame on you.
dah lama ida simpan nak keluarkan entry ni. sila rujuk dekat entry sebelum nya.kat SINI, SINI dan SINI. kat bawah ni surat untuk 'awak' ...
ida winda,
blok * tingkat * no rumah *
vista angkasa
kg kerinchi
59200 kl
ke hadapan lelaki penipu,
apa khabar awak di sana? harap awak sihat di samping kucing tersayang.
tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap awak. mungkin awak tak berapa ingat saya, biar saya flash back semula.
kita berkenalan hanya dalam laman muka buku. kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu. lepas 2 hari berkenalan, awak separuh mati mintak no fon saya. gaya macam ikhlas sangat nak berkawan. akhirnya saya akur bagi no fon kat awak. selang 2 hari lagi, awak kata "boleh tak kita bertunang" wah express nye awak ni. awak kata jugak saya orang kedua yang boleh bukak pintu hati awak. sejak awak putus tunang bla bla bla. ingat tak?
awak ni sangat manis la. saya terharu waktu itu. lepas tu tiap hari kita sms, kita call. awak janji itu ini. awak mintak saya terima awak dan bagi peluang. awak ajak saya tunang 6 bulan dan kawin dengan awak.
hm, mase tu hubungan saya dengan teman lelaki saya ade sikit masalah. hati saya pon jadi berbelah bahagi. tapi saya tak boleh buat keputusan terus, saya nak jumpa awak dulu.
tibe-tibe hubungan kita yang baru nak cecah 2 minggu dilanda badai.awak kuarkan ayat "mulai saat ni kita dah takde hubungan" ..awak terus block fb saya. sebabnya? awak ade tanya 1 solan personal, yang saya tak boleh nak jawap. awak kata saya tak jujur. ok fine. saya menangis waktu tu. saya sedih. saya dah mula sayang awak, tapi awak nak tinggal saya. then,tak lama lepas tu..awak call saya. awak cakap awak menyesal. awak mintak maaf. saya susah nak bagi peluang kat awak. tapi hati saya kalah.saya terima awak buat kali kedua. tapi sekarang apa jadi? dah 3 hari awak tak balas msg saya. dah berapa hari awak tak call saya. mana awak pergi? mana janji awak?
sekarang saya dah nekad tiada lagi awak dalam hidup saya. saya yang bodoh sebab percaya awak. padahal kawan-kawan semua tak bagi saya terima atau layan awak. tapi saya tetap rasa awak ni jujur. puuiii la~
akhir kata, saya harap awak dan famly awak hidup bahagia. penuh berkat lepas ni.terima kasih untuk segalanya.
sekian adanya.
yang benar,
tipah tertipu
**********************************************
kalau dulu, lagu tema konon-konon cinta bersatu kan? sekarang ida ade satu lagu nak tuju kat lelaki ni. lagu stacy - kasanova.
lirik lagu kasanova ::
Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tidak mati dipijak
Lemah lembut bicara..
Semakin kubuka hati
Semakin buka mata..
Dia berselindung untuk
Mengaburi langkahnya
Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu
Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya…
Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka…
Di tawan bunga…kasanova
Semenjak terkena…kasanova
Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain
Sia sia aku setia
Rupa rupanya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo..
Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu
[stacy masa mania minggu ke 9 power gile]
nota kaki : terima kasih kepada all my housemate yang bagi support kat ida. yang sudi dengar cerita ida. pada aiye thanks awak. lepas ni korang jangan sebut atau tanya-tanya lagi pasal sarjan hassan ni ok?? mekasih korang.. with <3 thanks for reading XD
topik panas kita hari ni, (panas la sangat) benarkah tidur mati lebih dikaitkan dengan kaum lelaki berbanding kaum perempuan?
entri ini tidak ade kaitan dengan kamu ataupon kamu ye, kalau ade pon, ianya hanya lah secara kebetulan. hehe. =p
[ensem pulak mamat ni : pixca google]
apa itu tidur mati? tidur yang sangat lena, maksudnya bila ada call atau mesej masuk, mereka tidak akan sedar apatah lagi mereply mesej itu. jauh sekali ye puan-puan. keadaan akan jadi lebih bahaya, kalau mesej tersebut adalah penting and important. is the same lah! itu baru kes kecik. bayangkan kalau umah kene masuk ngan perompak ke? umah terbakar ke? mintak simpang la kan. but then, tidur mati ni memang bahaya u olsss~
faktor-faktor yang mendorong :
1) keletihan yang teramat sangat ok bayangkan lelaki itu kerja die despatch -siang kene ke sana ke sini hantar surat dan dokumen. malam pulak sibuk nak futsal ke, badminton ke. mau tak penat. dapat rasa bantal, terus tido sampai pagi. kalau die polis atau askar pulak. siang nak kene berkawad, latihan menembak, latihan perbarisan..macam-macam. balik umah terus membuta. tak gitu?
2) enset letak jauh dari tilam
kalau perempuan biasa nya die tido agak sopan, enset pon taruk cantek je sebelah bantal. bila ade mesej atau call masuk, die boleh angkat padahal die tengah tidur. woww magik! kalau lelaki pulak, die tidur agak ganas sikit. haha gelak jahat. enset yang pada mulanya ada kat sebelah bantal, mungkin nanti akan jatuh bawah katil, akan kene himpit ngan badan die, atau sebagainya. sebab tu bila call atau mesej masuk die tak dengar..letak la ringtone sekuat mana, letak la vibrate sekuat mana, memang tak jalan la derr~
tidur tu memang penting. sebab mase tu badan kita nak berehat setelah seharian berada di luar umah. untung bila dapat tidur yang lena. kalau kene insomnia kan susah? entry takde motif nak tuju kat sesape. just secara general. hee. thx for reading. care to drop your comment? XD
Pagi ni ida sedih. Tak tahu macam mana nak cerita. Tapi benda yang belum sempat bermula dah pon berakhir. Patah seribu hatiku, bila mengenangkan...segala yang kita bina bersama... haruskah ku lupa.. karena engkau...telah pergi.... tu lagu yang paling sesuai saat ini.
Tq untuk 2 minggu yang indah.
Luvida patot buat blog baru la. Tak patot sambung blog ni.. tapi luvida sayangggg blog ni. Huhu~ Bila baca entry lame-lame banyak sangat kenangan. Mereka yang dalam kenangan tu ade yang dah jadi laki orang & tunang orang. So sad. Sometimes, i missed them. SOBSSS~~
Rase macam nak bersara dari dunia blogging ni. Dah takde mase nak update blog. Dah tak de mood nak update. Cabaran 30 hari pon terpakse ida stop kan. Ok, see ya kalau ada jodoh. Bye.
Salam. Setiap minggu, bila time tengok drama bersiri LAGENDA BUDAK SETAN, hati aku mesti jadi sakit. Sebab teringat novel LAGENDA BUDAK SETAN yang aku bagi pinjam kat seseorang, tapi die tak reti nak pulangkan. Kepada lelaki berkenaan, anda memang tahap mangkuk tingkat. Hate U! Pulangkan Novel Kesayangan Saya!!
Tak faham. Kenapa ade orang, bile die cakap or taip something, die tak nak pikir dulu. Die tak tau ke, benda yang die cakap tu boleh buat hati orang lain terase? Adakah die happy buat cmtu?
Tak Leh Gurau.. Dok Surau
Ida benci ayat tu. Orang bile dah salah cakap, die mula la nak kate.. "eh, aku gurau je tadi" .. Senang nye kan? Gurau pon ade la batas jugak. Jangan main sedap sembur je. Bila orang dah terase, bila orang dah marah, die boleh just cakap.. GURAU. huh~~ Pape je lah. Daripada suke, boleh jadi tak suke dan menyampah. Sampai buat mood ida down. Huh hate you !!
Sebut pasal surau, hari ni dah masuk 1 Ramadhan. Selamat Berpuase untuk semua umat Islam tak kira di mane korang berada. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ni, dapat la bagi hati ida ni sejuk sikit. Ida suke ayat ni :
dah pagi rupenye.. mate pon dah kuyu ni.. tunggu mase je nak pejam.. malam ni tak de buat ape, tibe-tibe teringat kat adik mia sara @ amani...ala, budak comel dalam cite adamaya tu la.. so, tadi ida layan la cite tu kat website tv3.. actually dulu ida just layan part awal ngan akhir... part tengah-tengah banyak missed sebab dulu ida masih study...so, kadang tu malas nak turun ke bilik tv kat kolej... sebab tu banyak missed... tadi pon ida start tengok dari episod 10... mase tu maya kat uitm lagi.. baru lepas kawin ngan adam..sempat tengok die pregnen...and sempat tengok amani mase baby.. tibe-tibe rase nak sangat ade anak sendiri.. huhu~
same-same kutip ngan mr.Mj mase kat redang aritu.....
pix mase pegi genting..... waktu ni, usia perkenalan baru masuk 2 bulan... lalalala~~
motif??? rindu la! haha... meroyan sorang-sorang.... mr.mj da tido awal...sok pagi die ade keje nak kene pegi penang... hurm....sedihnye dah terpisah negeri ni.... bile la boleh dating lagi.... sob sob..... ida ingat lepas raya baru nak cari keje kat kl.... lame nye ida nak kene jadi penganggur ahakss! terpakse la tahan rindu..... lagi sebulan je besday my garfield ni..... ape nak kasi adiah ek..... duit pon tade :((( *bagi peluk cium je la... bole ?? huu*
p/s : really miss my mr.MJ... uwaaa......mahu ketemu...... :(
mase entry ni ditaip, jam lappy menunjukkan pukul 5.43 petang... pukul 4 petang tadi, ida telah menghadiri sesi temuduga kerja jawatan pegawai eksekutif kat uitm shah alam... temuduga tu start pukul 2.30, tapi ida punye turn no yang ke 10.. ehehee... tunggu la 2 jam kat luar tu, bile dah masuk dalam, ade la dalam 5-10 minit je kene soal...debaran nye tu, Allah je yang tahu... dari malam tadi ida dah cuak dah.. maklum la, ni kali pertama nak gi interview ni.. mane pernah ade pengalaman... huu~~ sampai kat situ, berkenalan la ngan sorang awek ni... mude 2 taun.. siap tuka no fon ngan fb dah.. haha cekap tak? :P pastu ade jumpe anak kawan abah ida... kire ade jugak la kawan...
nak tahu ke soalan ape yang ida kene tanye? haha.. jup lagi ida cerite ye... sabar... yang tukang interbiu ida tu, ade 2 orang... sorang puan, sorang tuan.. sorang agi akak. yang tukang check file... mase mule datang, ida dah cuak dah.. ida pegi interviu tak bawak resume.. ade ke patot?? sebab kat dalam surat tawaran tak cakap pon suruh bawak resume.. ida hanye menurut arahan la.. :P die just suruh bawak ic atau surat beranak, pastu sijil diploma ngan dokumen lain yang berkaitan... mane ade soh bawak resume?? ida msg la bagitau kat mr. MJ.... die cakap " ya rabbi... b... resume tu la basic interviu " mase tu ida dah cuak dah... uwaaa camne nak buat ni.... buat bodoh sudah... nasib panel tak tanye pape sal resume... ;)))
ok..ok...antara solan yang die tanye, mule-mule cam biase la perkenal kan diri...lepas tu die ade tanye amik kos ape...sebelum ni buat ape...ade pengalaman kerje ke tak...after that, die tanye sal jawatan yang ida pohon ni.. ade kene mengena ngan 'kemahiran insaniah' .... die tanye la, pernah dengar tak kemahiran insaniah tu.. ape yang awak tau pasal kemahiran insaniah ni.... ida dah tanye abah ida awal-awal... boleh la jawap jugak... masuk general knowledge punye solan lak.... die tanye sape name menteri pendidikan tinggi malaysia...ape ntah... nasib la kat luar mase tunggu turn, dah bincang ngan budak-budak lain kat luar..... bantai la cakap datuk seri mohamad khalid bin nordin... dah la ida tersasul cakap... " datuk seri nordin... eh..eh.. khalid nordin " hahaha.. ntah pape.. panel yang laki tu tak banyak tanye...die banyak SENYUM! saiko gile wehhhh.... lepas tu die tanye sal rancangan malaysia...RMK... die tanye, sekarang yang tengah bentang tu RMK 8, 9 atau 10 ?? mule-mule ida konfiden jawap 10.... lepas tu die saiko.... ida pon jawap la 9 kot.... uwaaa~~~ lepas tu die tanye lagi, setiap berapa tahun sekali RMK ni dibentang? ha amik kau... memang ida tak tau... tak nak bagitau ida jawap ape.... hahaha... :))))
tu la serbe sedikit... solan yang agak killer....die tanye, why we should hire you? haaa.......kene speaking ah beb....bantai je la.. janji jawap.. :)) sekarang ni, ida tengah tunggu result untuk intebiu yang tadi.... kalau lepas, esok plak ade intebiu peringkat kedua kul 8 pagi...glupp~~ gabra... yang datang tadi ade 72 orang... die akan tapis untuk esok 50 orang....then untuk jawatan tu die nak amik 35 orang... ok lah... ida nak rehat... penat... jumpe lagi....