Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

suka dan duka

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:29 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

dalam dunia ni, kita tak boleh nak hidup sorang-sorang. biasanya kita ada kawan, kita ada teman. kita ada orang tersayang. tapi tak pelik pon, kalau ade orang tu dia boleh hidup sorang-sorang. lepas tu muka asyik nak masam 24 jam. tak penat ke nak berperangai macam tu. tak paham apa masalah dia.. dan benda tu boleh bagi kesan kat orang sekeliling. hurm. waktu-waktu stres di tempat kerja ni, seronok kalau boleh release dengan pergi shopping ke.. atau buat aktiviti yang kita suka.
nak pergi karoke dah tak cukup korum plus tak de mase sebenarnya. hai.. bila lah nak kembali normal ni.. asyik terase nak terapi je.. tapi tatau nak terapi apa. help!!

ditaip pada jam : 4.10 ptg.. at office.


alhamdulillah, jiwa rasa lebih tenang. lebih hepy. terima kasih chenta hati. maafkan salah silap kite. love u.. sorry and thanks sebab tahan dengan kerenah kite.

ditaip pada jam : 9.26 malam.. atas tilam bujang..baru lepas balik detim.


Friday, July 20, 2012

hati-hati dengan facebook

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:42 AM 4 KATA KAU
salam & hai,

tadi kat facebook ida ade post status ni :

have you noticed that social media is such a "dangerous" place? whatever you check in...whatever you post...your pix..everything is insecure..people may used it for bad thing..and u are not supposedly put your employer name at your profile..it's for your own good. :)

ida ade pergi tranning hari ni. tentang social media .. do's and don'ts ..apa yang kita boleh buat dan tak boleh buat .. social media ni yang kita guna hari-hari la. contohnya facebook, twitter and also blog.
everything ade guidelines die.. for safety jugak.. so, apa yang ida belajar (and insaf kejup) kita tak boleh post suka hati kat facebook and blog.. later, if ada pihak yang tak suka kat kita (haters) atau pon ada pihak yang nak amik kesempatan, diorang boleh simply print screen je status atau komen kita and create the issue. bahaya tau tak! ingat tak kes famous amos dulu.. kes hina sultan la.. macam2 kes..blogger yang selalu kene tangkap ngan polis..(macam uncle tettt)

kalau boleh elakkan la nak check in @facebook tu..contohnye makan kat mana.. pergi mana.. dengan sapa.. kalau orang nak culik, senang-senang je tau. huhu. posting pictures and videos lagi bahaya. kalau setakat menda super impose tu, dah lama dah ada..even benda yang kita dah delete pon, orang still boleh trace and amik balik.


one more things, pada sapa yang dah kerja. kat profile facebook ade die suruh tulis 'works at' dulu ida taruk jugak nama company lama, tapi bila dah quit, ida just taruk "bumi Allah' je.. don't ever put your employer name or company name!!! kalau jadi isu apa-apa silap-silap boleh kene council atau terminate free free je..ye la, kadang tu kita rasa stress kat tempat kerja, then kita post status tentang ofismate atau boss.. so, benda ni bile orang luar baca, reputation company kita jugak yang teruk. betol tak?? even worst, kena saman baru tau.. haha..


kesimpulannya, kalau sal kerja better kita separate dengan hal peribadi. avoid to story about your work at your personal blog or facebook. itu apa yang ida dapat info masa tranning siang tadi la. ida pon dah delete gambar opismate yang ida taruk kat sini (yang latest and yang ida ingat je la).. sebab tak mintak permission diorang untuk publish kat sini..remember, anything that you want to post, that belong to others, need to get permission or approval first.. jangan main upload je..sekian.


Tuesday, July 10, 2012

berat ku memilih

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:43 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni penat sangat. ida balik kerja lewat. huhu. kat opis banyak gile kerja.. sobss.. pening pale.. macam2 nak kena training and study.

slowly we learn.. then we pick up..and try to apply.. no need to pressure much.

sometimes, it really hard to choose.. when there are some choices. somebody told me, if there is a no 2.. better choose no 2.. coz if we really love no 1, no 2 will not exist at the first place.

but then, we still need to consider..either no 1 or 2.. mybe there is another no 3.. nobody know..jodoh Allah dah tetapkan.. just follow the flow.. ;)


nak keluar topik jup.. gurls kalau nak dressing, mula-mula die akan pikir, baju kene match dengan tudung..tapi pernah tak korang pakai baju yang tak masuk dengan tudung? hehe. memandangkan tudung ni, orang yang bagi, so tak kira.. nak pakai jugak..even takde baju yang masuk. lalalla...

enough for today..i know, somebody will read my entry.. thanks..love u , my silent reader.


a lover.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:55 AM 0 KATA KAU
salam & hai,

malam tadi ida tido awal.sebab penat sangat kot kerja..biasalah hari isnin..permulaan minggu baru..kat opis dah setat rasa banyak kerja nak buat..dah takde istilah balik kerja sharp kul 5 petang.. huhu. nothing to update..just, kat opis hari ni ade budak baru masuk our team. yeyy! so, ida dah ade junior! haha. 

hari ni ida realize, lelaki boleh jadi seorang pencinta yang sejati. seorang yang sangat jujur and setia pada kekasih die.. but once, the girl betray him, he will not forgive them. forever i think..kadang2 kesian jugak dengar cerita perempuan yang buat jahat kat lelaki ni.. not all cases, lelaki yang curang. zaman sekarang, perempuan pon dah ramai yang main kayu tiga. bukan ape, bagi ida sendiri, perempuan ni cepat berubah hati. kami ni insan yang lemah, so bile ade orang yang bagi lebih perhatian, kita akan cepat beralih ke arah itu. tak perlu muka yang hansome macam aaron aziz, tak perlu orang yang kaya cam bill gates, just we need full attention. thats all. 


Because I also want for you to be happy. It's really important for me that you be happy. So I want you to be with someone, whether it be Dawson or New York guy or some man that you haven't even met yet. But I want you to be with someone who can be a part of the life that you want for yourself. I want you to be with someone who makes you feel like I feel when I'm with you. - Pacey "...Must Come to an End"


Thursday, July 5, 2012

My first gaji

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:30 PM 4 KATA KAU
salam & hai,

Ni entri kedua yang ida taip hari ni. Waktu ni lunch hour.. its alreday 12.19 pm.. but i'm not going to eat.. tak de selera la. huhu~
ouh ya, alhamdulillah..semalam ida dah dapat gaji.. i mean my first gaji untuk new office.. memang mula-mula die bgtau nak masukkan 4 hb.. tapi 2 hari sebelum ni, ida dapat call dari agensi mereka cakap akan creditkan gaji pada 7 hb.... last-last petang semalam ida check, gaji dah masuk. walaupon sikit je.. sobss tapi boleh la buat bayar sewa umah, duit kutu, bil broadband, dan buat beli barang sikit.

malam tadi housemate (hani memang nama sebenar) tanya :
baby.. gaji first nak beli ape?
dalam hati ida tak tahu nak jawap pe, sebab sebelum gaji memang banyak benda plan nak beli, tapi semalam bile tengok gaji yang tak seberapa terus cancel nak shopping. huhu. bye2 kasut carlo rino.. bye2 beg @the mall..bye2 body shop. huhuk!

tapi ida ade nak share 1 barang yang ida beli.. yess semalam..dengan duit my first gaji @exxonmobil. tadaa!! 

it only cost rm 10.. tapau dari kl sentral. comel tak? jam buat main-main.. tau, mesti tahan bape hari je ni. haha.

lagi 1 nak share, semalam dengar radio suria.fm .. ustazah siti nor bahiyah ade bagitau.. salah satu cara nak dapat keberkatan dari Allah ialah dengan bersyukur. bersyukur pulak ade beberapa kaedah.. kalau dengan lisan, kita baca quran, berzikir, ucap alhamdulillah..pujian2 atas Nabi..kalau dengan perbuatan pulak, boleh bersolat sunat, atau pon berpuasa.

ok la, lain kali kita sharing lagi ye. wassalam.

itu memang tak NICE!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:27 PM 4 KATA KAU
salam & hai,

Dah lama rasa tak mengumpat dalam blog tersayang ni. Hehe. Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan dah, kalau nak ngumpat baik ngumpat sekarang.lalala..

Tiap-tiap hari ida ulang alik pergi dan balik kerja naik LRT. dari stesen **** ke stesen KLCC. pagi tadi, dalam tren, ida nampak sepasang couple ni, melayu Islam..yang gurl tu pakai tudung. boleh pulak die duk lentok kat bahu bf die.. sambil paut lengan rapat-rapat.. then due2 orang tu pejam mata.. (tido ayam la kot)..benda macam ni memang selalu kite nampak.. and frankly speaking, ida pon pernah buat. just terpikir tadi, masa kita buat, kita tak rasa ape2 lak... tapi orang yang tengok tu akan rasa something.. mybe menyampah, meluat dan sebagainya. sila take note ye korang, tak manis nak menempek2 ngan bf-gf kat dalam tren.. i mean tempat awam. really tak sesuai. 

 [gambar hiasan google]

(mengingatkan diri sendiri jugak)..suke sangat ke kalau sume mata pandang kat korang berdua? yang laki tu sempoi je.. yang awek tu pulak lebih2..bila nak sampai kat KLCC, diorang dok bersalam cium tangan la pulak.. (mybe awek die turun kat next-next stesen kot) ..alahai..kalah orang laki bini.. nyum2 sedap mengumpat.

kes kedua yang ida nak laporkan.. tadi mase tengah jalan nak gi keje, ida nampak sorang akak ni.. rasa nya die muda lagi nak dapat title 'makcik'. haha. die ni lawa. putih, bergaya..body ok.. but then, silap die.. die pakai tudung, tapi nampak leher. mkne nye tudung die tu, just cover rambut je.. sehelai rambut pon tak nampak, memang kemas die bertudung, cantik sangat kaler ungu.... tapi.. hm.... nampak leher akak yang putih tu kak. sangat la tak sesuai...nak berfesyen pon jangan sampai langgar hukum hakam.. sia-sia je pakai tudung tapi nampak leher. motif?

ok tu je la.. laporan untuk hari ni..
lain kali kita bersiaran lagi ye.
wassalam.

p/s : takde niat nak tunjuk bagus. sharing story je. i'm not perfect too. ;) peace ya!

Thursday, June 28, 2012

akaun kena block

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:09 PM 1 KATA KAU
salam & hai,

Fuhh, 2 hari tak online, rasa macam 2 tahun. dengan facebook tak berjenguk. dengan blog tak berupdate. kisahnya broadband u-mobile ida telah dipotong buat kali keduanya untuk bulan ni. syabas! alasan, sebab ida banyak bil yang tertunggak. haha. itulah padah kalau suka bayar suku-suku..alamatnye kene tunggu gaji la, baru boleh bayar bil. ini pon ida online gune wifi apartment ni.. rm10 untuk 3 hari.. slow motion gile line..nak berblog pon susah.

em, minggu ni agak busy. terasa cepat gile mase berlalu. esok dah hari jumaat. OMG!
kat opis sibuk ngan kerja. plus, kat opis esok akan ade party untuk celebrate besday.. start dari bulan 3 until 6.. maksudnye ni 2nd quarter punye la. ida pulak terpilih untuk handle event ni, mewakili team ida. so, ade 4 team.. ade 4 orang la yang handle event ni.


kitorang handle and plan dalam masa seminggu je tau... boleh kata tiap hari ade meeting..balik lambat.. kene survey itu dan ini. tapi yang paling best, mase discuss tu, diorang accept my idea! yeyy.. satu, about the gift... besday present untuk the 'babies of april, may and june'...hadiah nya tak nak cerita sekarang...secondly, my idea untuk buat ala-ala cabut undi.. masa upacara bagi hadiah nanti....and third one, my idea untuk order bihun kat kafe opis.. hehe...em,hopefully tomorow.. everything will go smoothly. amin. apa2 pasal event tu, next entry ida akan update ok?.. see u..

Monday, June 25, 2012

ok, saya rindu opis lama.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:48 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

ida baru lepas makan. alhamdulillah, kenyang..nak update sikit untuk malam ni.
pada sapa yang tak tahu, ida baru je masuk minggu ke-4 kerja kat opis baru.. sebelum ni ida kerja ngan vads selama 1 tahun setengah.. itu first job ida after grad.. memang banyak sangat pengalaman pahit manis yang ida timba dari sana.

[gambar google]

kat sini ida nak list kan, beberapa perkara yang ida rindu mase kat opis lama ..antaranya :
1) of coz la rindu kawan2..
2) rindu nak bangun lambat..sebab dulu, ida biasa masuk shif kul 12.30 tengah hari. haha..
3) rindu nak cuti hari biasa.. sebab boleh rilex time orang lain kerja.
4) rindu nak cuti couple sampai direct 4 hari.. terbaik la.

[my workstation]

5) rindu nak jawap call..bersembang dengan customer yang macam2 ragam.
6) rindu nak keluar meal break. tu la masa yang di nanti2..



7) teringin nak pakai baju department. haha..rm60 beli.. sekarang simpan je buat kenangan.

itu la serba sedikit yang ida rindu. ape-ape pon kenangan kat vads memang akan menjadi salah satu kenangan manis dalam hidup ida..nanti ida update lagi. bye2.

p/s : rindu GBS ngan GUA.


Wednesday, June 13, 2012

pelik tapi benar

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:32 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

1) perempuan india bace novel melayu dalam tren. ni bukan kali pertama ida nampak, dan hari ni.. novel tajuk "suami yang ku benci" .ida pon ada beli novel ni kat umah. hehe.

2) perempuan berpakaian sukan..pagi-pagi jam 7.30..maybe tengah jogging. pastu die rehat kat taman. tengok-tengok tengah smoking. ayooo baik tak payah jogging, pastu kau smoke, sama jugak tambah penyakit.

3) yang ni tiap hari pon nampak. macam mane orang boleh tido dalam tren ek? diorang automatik akan sedar pulak bila dah sampai dan bila nak kena turun. magic. tido ayam ke ape?

4) ofis yang sangat menitikberatkan hal keselamatan. sampai budaya tu dah menular dalam diri staf die. tadi ade budak tarik ida dari bercakap telefon kat belakang pintu tu. alasan dia, nanti ade orang terlanggar ida. dia kata, dekat exxonmobil kalau ade insiden langgar-langgar nanti kecoh satu bangunan.

p/s : entry ni taip masa kat opis



Tuesday, June 12, 2012

kerja senang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:48 PM 0 KATA KAU
salam & hai

640 : mandi
705 : kuar rumah
745 : sampai receiptionist
755 : breakfast buat milo + makan ngn roti butterscotch 2 keping
805 : masuk opis
900 : sleepy. tido kat meja.
930 : main sms. lukis paint. boring


1000 : toilet
1200 : tido kat surau
1250 : tapau makan kat cafe + makan kat pantry
1305 : mengadap laptop. baca apa yang patot
1440 : solat
1700 : balik


Thursday, June 7, 2012

kenapa saya happy hari ini?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:42 PM 2 KATA KAU


salam & hai,

hari ni ida sangat hepy. senyum sorang-sorang kat opis ngan kat dalam tren. people ask my why?.. I said "ada laa"..ada banyak sebab sebenarnya.. tapi ida nak share kat my beloved blog je.. so sape yg bace die tahu la..why i am so happy today. hehe.

antara sebab-sebab ida hepy arini :-
1) alhamdulillah, lepas beberapa hari tak sihat.. semalam dah gi klinik, so hari ni macam dah fully recovered. syukur :)

2) semalam mc.... thx Allah, bile datang opis tadi supervisor ngn Team Leader tak marah pon. dan tak banyak tanye. :)

3) hari ni ida baru confirm ngn team leader, yg ida punye off day permanently on weekend every week! yeyy!! totally ohsem!! :)

4) dah dapat pc and laptop hari ni.

[ encik ini sangat baik. hehe..]

5) ade someone yg 'temankan' ida dari pagi masuk kerja, sampai balik umah..sampai tidur actually. thx awk :)

6) hari ni tegur ramai orang kat opis. ramai dari semalam. hehe. progress yg baik.

7) hari ni hepy.. so lepas kerja siap jalan2 kat dalam klcc. cuci mata..

 [ lalu depan kedai ni tadi ]

8) hari ni tak rasa lapa dan mengantuk.. which is very pelik. ida just makan roti je kat opis tadi.

tu la serba sedikit yang ida nak share.. next entry cerita lagi ok. nak gi makan. bye2
p/s : jangan lupa kul 930 tengok ameera tv3..pastu tengok semanis kurma :)



Wednesday, June 6, 2012

gadis sombong vs pemalu

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:19 PM 10 KATA KAU
salam & hai,

masih lagi nak story pasal tempat kerja baru. dah 2 hari ida kat opis.. tapi ida belum dapat kawan lagi.. I mean kawan yang boleh borak-borak dan pergi makan sama.. yang ada cuma team leader introduce kat diorang je.. bagitau nama sebab duduk 1 team.. 


sekarang ni ida confuse, diorang rasa ida ni sombong ke.. atau diorang malas nak tegur dulu ke.. atau diorang nak buli budak baru? uwaaa.. terseksa rasa jiwa ni bila gi kerja sorang-sorang tau.. agaknya sebab tu la ida demam haha. =p

 
masa hari pertama kerja tu, ida dok msg ngan kawan-kawan.. yang dah lama tak msg pon, ida sibuk nak msg jugak.. sebab benda tu je yang ida boleh buat.. selain duduk termenung kat workplace yang tiada pc.. sobs.

ida : hai awak. keje tak
kawan : kerja napa
ida : hehe sj je..kite fes day kat opis baru. xde kawan. :(
kawan : o yeke sian nya :( opis katne? winda keje pe skrg yek? xpe..ambe leh temankan melalui mcj.. :P
ida : hehe.. keje ngn exxonmobil..jadi access admin..bla bla bla..
kawan : oo exxonmobil tu bukan syarikat minyak purba ke? haha winda jangan riso la.. biasenya orang pp chubby ramai nak kawan..cuma tunggu winda beramah mesra je :)

haha.. cuba baca msg antara ida dengan opismate lama tu.. a guy... suka hati je cakap pp ida chubby.. lalalaa... motif sangat kalau pp chubby ramai orang nak kawan kan?? amboii.. masalahnya, ida belum dapat kekuatan nak beramah mesra dengan diorang sume.... uwa!! 


teringat pulak zaman sekolah dulu... masa form 5, ida jadi new comer kat sekolah tu.. merangkap new comer kat kelas 5A tu la... mase mula-mula memang susah woo nak buat kawan... rasanya awal-awal sekolah ida selalu ponteng.... amik masa dalam 2 bulan kot, nak get along dengan kawan baru... tapi mase tu, ade la jugak diorang nak berkawan.... ade la jugak yang nak tego dulu... emm, maybe budaya sekolah dengan kerja tak sama..... i need to survive more.... but then, i need time. haha... 

see u in next post.... thx for reading guys.... u roxx! <3

(berjaya) pergi klinik sorang-sorang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:13 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

setelah beberapa hari bertahan, akhirnya hari ni ida give up. ida terpaksa jugak rest kat rumah. dan amik MC. padahal baru hari ketiga masuk kerja kat opis baru. hm, pada kawan-kawan kat vads yang kenal ida, mesti tahu.. ida ni bukan jenis yang suke MC tau. kerja dengan vads setahun setengah, ida just amik MC 1 hari je.. tu pon sebab suspect demam denggi. percaya tak?? hehe.

dan hari ni jugak, first time ida pergi klinik sorang-sorang. wow.. sila berbangga ye. haha. bila masuk jumpa doctor tu, die cakap hidung ida yang mancung ni ade problem (mancung la sangat). ada resdung ni, sebab tu selalu selsema.. nanti akan effect dapat demam la.. so die cakap, jangan minum ais.. banyakkan minum air masak.. makan ubat dan berehat...klinik ni bukan klinik panel company ida.. so ida bukan boleh claim pon.. hm... tak pasal-pasal abes rm 41. kalau makan mcD dah boleh makan 3 kali kot.. sobs! 


bab klinik panel ni kan.. tak faham la.. kalau kata orang tu sakit teruk, nak gi klinik pon tak larat, takkan la nak kene jugak by hook or by crook cari klinik panel kan?? tak munasabah la... dah tentu2 klinik panel tu bukan ade bawah rumah die.

one more, lif kat rumah ni still tak ok lagi. kaki ida sakit 3 hari kene turun tangga dari tingkat 12. nasib la, time naik boleh gune manual..balik dari klinik ida beli minyak panas. tadaa!!

minyak panas cap kuda I.. kau ada?? motif sangat nak kuda I.. ade kuda II atau III ke?? hahahha....

p/s : MC dapat 1 hari saja.... uwaaa.... esok kejeee :(


Monday, June 4, 2012

hari pertama @opis baru

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:26 PM 5 KATA KAU
salam & hai,

kesihatan tuan belog masih di tahap yang tidak boleh dibanggakan la. masih selsema, batok, dan badan still rase panas.tapi tak kira, belog harus di update jugak.

ida nak cerita.. hari ni ida first time masuk opis baru. malam tadi tido pon tak lena.. asyik terjaga tengok jam je. pastu pukul 6 pagi dah bangun mandi.. sebab ida kene masuk kul 8. ida kerja dekat dengan klcc.. naik tren dah 20 minit.. lepas tu nak kene berjalan kaki lagi.. dalam pukul 740 baru ida sampai opis.. awal gile ok! 

 [ klcc pukul 730 pagi.. kedai pon belum bukak ]

selepas tulis nama kat receiptionist, ida kene tunggu person in charge sebab ida kan takde access card lagi. rupanya person in charge tu TL team leader ida..nasib die tu baik :) naik tingkat 11.. die tunjuk tempat duduk ida.. tapi yang tak best nya, ida belum dapat pc sendiri. tempat ida masih kosong..nak kene tunggu beberapa hari la ni. 

 [ muka orang bosan dan tak sihat ]

pastu TL ida bawak pergi level 6.. kat situ ade cafe.. ida breakfast makan kueyteow goreng.die bawak ida pusing-pusing kasi tunjuk kan toilet ngan pantry.. ida pon kembali kat tempat duduk. then TL bagi 2 buah buku, die suruh ida baca-baca tentang company.. 

itu je lah yang ida buat sampai kul 5..makan gaji buto untuk hari ni hehe..sedih la pulak..tak de pc.. tak de kawan.. hopefully esok will be better..bukan ida tak nak tegur budak-budak opis tu, tapi ida rasa malu and segan sangat. lagipon diorang tengah buat kerja, tak berani nak kacau. tepat kul 5 je, terus bangun angkat beg.. haha.. dah la kat umah lif problem ..penat sangat.. lepas makan je, ida tido.. kul 9 malam baru bangun mandi dan makan ubat.

  [ balik umah beli segala macam ubat ]


 p/s : tak larat nak taip panjang-panjang..cepat lah sihat wahai cik ida. :(



Monday, May 21, 2012

TIPS pergi interview

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:36 AM 5 KATA KAU
salam & hai,

tinggal lebih kurang 2 minggu lagi ida nak lapor diri (report duty) hari pertama kat opis baru. berdebar jugak rasa. perasaan die tu "gemuruh jiwa, semangat membara" tau tak. huhu~
hari ni nak share sikit tips untuk pergi interview bagi student yang baru grad atau pon, mereka-mereka yang tengah nak cari kerja baru.
tips ni berdasarkan pengalaman ida yang tak seberapa :


sebelum interview :
1) pastikan segala dokumen yang diperlukan, dah prepare siap-siap. sebab lain-lain company mintak dokumen yang berlainan. ade yang suruh bawak gamba pasport, fotostat ic, fotostat sijil, resume.kalau rajin, bawak la semua. hehe
2) biasanya interview banyak buat belah petang. tapi kalau pagi pon, bukan lah pagi-pagi buta. but then, make sure bangun awal la. jangan terbabas tido pulak nanti kelam kabut
3) pikir atau decide baju, seluar, seluar, kasut, beg mana yang nak pakai pada sebelah malam nya. bukan esok hari baru nak pilih. lagi bagus malam tu dah iron(gosok) siap-siap.
4) kalau perempuan, boleh la pakai make-up sikit, bagi nampak ceria.
5) untuk tambahan, search la sikit pasal company tu, atau jawatan yang korang pohon. agak-agak kalau die tanya. banyak yang ida pergi tak tanya pon, kita yang tanya die balik.."may I know the job scope hehe"


semasa interview :
1) dalam perjalanan tu, for muslim, baca la selawat banyak-banyak. doa penerang hati ke. biar tak nervous nanti.
2) jawap soalan tu, biar pandang mata interviewer. eye contact tu penting. jangan la pandang tempat lain atau pandang bawah, macam tak confident.
3) banyak kan senyum.
4) kalau die mintak tanya soalan, tanya je apa-apa yang releven. tu markah bonus tu, die just nak tengok cara kita communicate.

ok, itu la serba sedikit. pada yang tengah cari kerja tu, good luck la ida ucapkan. ida pon bersyukur tak menganggur lama. sekarang ni memang agak payah nak dapat kerja, lebih-lebih lagi kalau nak cari yang dekat dengan umah, gaji yang berbaloi, waktu bekerja yang fleksibel dan sebagainya. buat masa ni, terima la dulu. hopefully tempat kerja baru ni best.
thx for reading XD

sekian.

Wednesday, May 16, 2012

peluang kedua kalinya

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:21 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

Dari entry yang lepas, bukan kah semua orang layak untuk menerima peluang kedua? Jadi ida telah bagi die peluang kedua. Harap die tak sia-siakan. Tapi kali kedua tak sama macam wangi nya kali pertama. Ada kawan cakap, Ida ni jenis cepat jatuh cinta, jenis tak reti serik..hm.. ntah..mungkin cepat percayakan orang..tapi harapnya die betul ikhlas..Doaku, kira nya die untuk ku.. Kau dekatkan lah kami. Malah juga sebaliknya. Amin.

Update :
Ida buat keputusan tak jadi tolak tawaran kerja dari exxonmobil..start kerja mungkin 18 June. So ade sebulan lagi untuk berfoya2?? :)





Tuesday, May 15, 2012

Interview dan tolak tawaran

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:01 AM 0 KATA KAU
Salam & Hai ,

Hm.. esok pagi Ida ade interview kat petaling jaya. Untuk jawatan tele-collector. Ida sebelum ni takde pengalaman kerja mintak hutang ni. Tapi rasa nya tak salah kalau mencuba. Lagipon dekat ngan umah. Naik LRT Putra 2 stesen saje, stop kat asia jaya. Wish me luck ok?? Dah penat la.. tanam anggur selama lebih kurang 16 hari. hehehee.. best memang la best... time orang gi keje kite tido, tapi yang tak best nye, tak boleh nak kuar shoping suke hati sebab nak kene bajet duit. 
Termasuk esok dah banyak jugak la interview yang Ida pegi. Ade 2 keje yang ida dah dapat, tapi terpakse tolak. Yang first tu, keje sales.. jual-jual barang jumpe orang.. tak nak la!! Da la takde basic gaji, just depend on barang yang kita berjaya jual... Yang second ni plak, keje kat exxonmobil. Company memang besar, terbaik.. tapi terpakse tolak jugak sebab shif die abes kul 12 malam..macam mana nak balik, sebab ida naik public transport. hurm..
Takpela.. ade rezeki kat tempat lain mungkin.. InsyaAllah. :)



Saturday, February 11, 2012

jam tangan kawan lelaki & selipar kawen

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:38 PM 4 KATA KAU
salam sayang,

mase tengah taip entri ni, ida tengah online sambil layan cerita tv 3 .. kelakar cite ni.. lakonan neelofa, awal ngan faizah elai.

nak update sikit je pasal cerita kat opis. Ida balik kerje kul 10 malam. Jam kat pc baru kul 9.30 .. so kene la tunggu lagi 30 minit baru boleh logout pc.. Sempat la snap-snap pixca sebab nak update belog punye pasal.

Ni pix beg ida. Kawan-kawan cakap beg ni lawa. Siap tanye berape ringget lagi.. Beli kat masjid jamek je.. Bukan mahal pon.. Janji berbaloi. Huhu. Tapi teringin nak beli beg yang berjenama la.. Carlo Rino ke. Tunggu next gaji la ;)
Oh ye, nampak tak jam tangan tu? Tu kawan opis punye. Lelaki. Die salu taruk jam atas meja, tapi tak pakai sebab die cakap kalau pakai jam, nanti susah nak menaip. Ida pulak suke pakai jam die tu. Best! Besar.. rase macam sweet je pempuan pakai jam besar2. Hehe~

Ni pulak pix selipar ida. Tinggal kat opis, nak bawak gi toilet atau pergi surau. Comel tak? Sebelah merah.. sebelah hitam.. Ada kawan bagi name kat selipar tu. Die panggil --> selipar kawen! Maybe sebab kaler lain-lain so, macam pempuan + lelaki = kawen.

Dalam surau pon sempat amik gambar. Huhu. Dah start blogging balik ni, mseti rase nak snap gambar je kerje.. Teringat zaman study dulu.. gambar makanan sumer snap nak masuk dalam blog. Huhu. OK la.. Nanti update lagi. Selamat malam Blog.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea