Showing posts with label filem kita. Show all posts
Showing posts with label filem kita. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

TEDdy bear yang gatal.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:40 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

hari ni Ida keluar jenjalan dengan adik-adik. sorang keje and stay kat sepang. sorang lagi study kat UIA gombak. kitorang jumpa around kul 11.30 kat KLCC..reunion siblings versi kecil-kecilan..sebab tak cukup korum sebenarnye ni.

mula-mula kitorang gi tengok wayang cerita TED. cerita ni OK la, kelakar la jugak. Ida rasa movie ni diorang memang create untuk lelaki la. sebab lelaki2 dalam wayang tadi amat menghayati. gelak bukan main kuat, padahal takde la lawak gile babeng, haha! cite tu agak sensored la.. sebab 18xx ..rase tak sesuai pulak bawak adik yang UIA tu.. walopon umor die dah 20.. Ida pulak yang segan. hehe. tapi seriously, MILA KUNIS tu cantik la.. first time tengok dia berlakun.


lepas tengok wayang pergi solat, then pegi makan la.. PizzaHut! banyak gak kitorang melantak. sampai ke malam ida still kenyang ni. huhu. kitorang makan pizza.. tambah prawn.. pastu meatball..fuhh..





Tapi kan masa solat tadi, ada nampak 3 orang perempuan ni.. die bukan Malaysian la. pelik dressing diorang. sembahyang boleh pulak nampak kaki. pastu ade yang nampak leher. mazhab mana diorang ikot ye?
Tu je la. nak share cerita untuk hari ni. see ya next post. nites.


Monday, November 12, 2012

review (pendek) Istanbul Aku Datang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:55 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

Menonton filem "Istanbul Aku Datang" semalam, membuatkan Ida rasa nak update blog semula. Hehe. Dah 3 bulan kot blog ni dibiarkan bersawang. kesian betol. =p

Filem tu memang best sangat! sweet! comel! nyum2. terima kasih kat encik cinta hati sebab bawak Ida tengok semalam. walopon mase tu dah lewat..tapi tetap gagahkan jugak..thankss ;) 


Apa yang best cite ni? Mesti la sebab ada Tomok. Haha. Ida kan fanatik tomok since sekolah lagi.lallaalaa...pastu ade Beto. die ni kalau drama yang dia berlakon sume nye sweet2... so harus la tonton yang ni jugak. cuma bila tau heroin dia Lisa Surihani, ida kurengg berminat sikit. Itu pada permulaan laa..tapi bila dah tengok, totally awesome!!  lisa sangat cute. super cute! rambut die. dressing die. hehe.. terus jatuh chenta. lakonan die dah banyak improved. (ida rasa la)



Selain tu, of coz la lokasi die yang sangat cantik. jalan cite yang sempoi senang nak follow. tak payah nak berbelit2. kan kan.. pastu ade ikon2 kartun, ade sound effect yang comel2.. macam tengok cite korea pon ade. 

pendek kate, sape yang tak tengok lagi, sila la pergi tengok. memang tak rugi! 

FACEBOOK Istanbul Aku Datang KLIK Sini.

Trailer filem boleh tengok kat bawah ni.


Antara part yang Ida suka:
- masa tomok asyik cakap "dian, u jangan lupa cari umah tau" haha.. ade satu scene tu sume orang gelak.. ingat kan tomok nak cakap i love u .. take care ke...
- housemate tomok yang kelakar (tatau nama sape..)
- suke time dian update blog die..dan baca komen2..
- part cari maggi asam laksa ..dian ngan ijoi.. haha
- time beto gaduh ngan tomok. wow tomok boleh marah la hehe..
- part beto cuci rambut dian. mase tu dian nangis, cantik sangat die close up dekat2
- part beto tahan kereta mase nak ending.. masa die tak bagi dian balik malaysia.
- and lastly, part baju kawen. sangat cantik.

ok sekian.


Sunday, June 24, 2012

paradigm mall + mael lambong

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:59 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

penatnya. petang tadi dalam kul 1.30 ida sampai kat KL dari kampung. nasiblah abah hantar, tak de la sepenat kalau naik bus. Memandangkan petang masih muda, ida pon ajak la mr.MJ keluar. Plan nak pergi
paradigm mall.. shopping mall yang baru bukak kat kelana jaya. 


mula-mula masuk mall ni, memang pening la. sebab first time datang. melilau gak la, nak cari tempat semua.. terpaksa refer directory. huhu. tapi mall ni agak besar la.. just yang kurenggg nye, fast food die tak banyak. mcD, kfc, a&w memang tade la.. yang ade pon chicken rice shop, kenny rodgers lepas tu ade coffea bean, starbucks, and kedai makan cina..pengunjung pon majoriti chinese. huhu.

tadi sempat jugak la tengok wayang.. cerita mael lambong.. ida nak review sikit la cerita ni.. sebenarnya ida memang fanatik zizan no 1.. kalau kata johan dengan zizan, ida lebih suka zizan..em, filem ni boleh la.. not bad.. takde la bodoh sangat, tapi lawak die pada certain2 part saja.. penonton tak la gelak sampai pecah panggung sangat..kekuatan memang ada pada watak 'mael lambong' yang asal dari maharaja lawak lagi... tu pon sebab zizan berlakon.. kalau bagi orang lain, mesti failed gile. then, nasib baik juliana evans tu cun..tak de la bosan sangat nak pandang skrin. =.=


scene yang mula-mula ida pertikaikan masa dah keluar panggung, napa orang-orang kampung mael tu takde yang bunyi cakap loghat terengganu pon? baik pengerusi JKKK, baik awek lama mael, baik kawan lama mael, baik tok-tok imam..takde langsung dengar cakap terengganu tau... agak tak logik sikit la kat situ...
part yang boleh tahan :
1) masa mule-mule die tunjuk mael cemerlang sebagai penarik kerete profesional.. tow truck pon kene tarik haha..
2) masa yang mael call ustaz azhar tu pon best. lol
3) masa mael ngan rozie cakap jiwang2 dalam hati.. rozie dalam bilik,mael lak dalam kereta.
4) masa die cerita macam mana mael boleh ade parut kat pipi

yang lain lupa.. malas nak flash back..


Then, kalau perasan, cerita ni ade jugak selit lawak yang tak berapa senonoh. (adult joke). huhu... satu, mase zizan nak tarik kereta awek yang pakai baju hijau tu...kedua, mase scene yang zizan bertumbuk dengan jue tu.. 

sebelum ni, ida pernah baca review, blogger ni bagi 10/10 bintang..ingat kot, lawak gila babeng la.. rupenya suam-suam je.. sebab lawak die harap pada zizan sorang je...ida rasa setakat ni tak de lagi cerita yang boleh lawan adnan sempit 1 ..yang tu memang lawak abes gelak 1 panggung..



Wednesday, June 20, 2012

jiwaNG taiko

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:12 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

berjumpa lagi dalam rancangan mari membebel versi ida winda.huhu~
merujuk entri sebelum ni : klik SINI . (rujuk no 4)

ida ade cakap pasal "saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang"
ayat ni keluar dari mulut seorang hamba Allah ni(lelaki). kalau awak baca, mintak maaf ye, saya guna statement awak untuk quote dalam my blog. :)

ida : awak dah tengok ke cerita tu? (jiwa taiko)
orang : tak tengok. cerita tu ade unsur sex kan. saya tak suka.
ida : err tak de la sex sangat
orang : tapi ade la jugak kan? saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang.

pastu ida cam sentap lak..ida cakap..
"so orang yang tengok wayang ni tak de agama la??"

huhu. cerita tu memang la label die 18. so yang bawah umur jangan bagi tengok.. memang ade unsur yang tak baik.. banyak adegan peluk..taiko nye ke mana.. jiwang yang lebih. memang ida tak puas hati betul dengan cerita tu, ntah ape-ape. frust je.. padahal ida memang tunggu karya osman ali (sebelum ni cerita ombak rindu and anak halal).. anak halal is one of my favourite movie.tengok banyak kali pon tak jemu.. tapi jiwa taiko ni, meleset. nasib baik la ade diana danielle, bront ngan beto. I like diorang sume.
p/s : bukan nak under estimate filem sendiri.. try to support, but then, hasil die tak memuaskan. just my opinion. ade yang dah tengok tak?
p/s 2 : sorry awak.. bazir duit awak tengok cerita ni. hurm.
 

Friday, May 25, 2012

lagi filem buat saya menangis

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:40 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

siang tadi ida ada layan cerita tajuk "berlari ke langit" . dah lama dengar tajuk cerita ni, tapi tak pernah tengok dari mule sampai habis. pelakun die pon boleh tahan, ade rosyam nor, fasha sandha, siti elizad.
ade 2 kisah cinta.. satu pada kekasih, satu lagi antara adik beradik.. ada babak-babak yang touching.. ida pon sampai nangis..huhu .
satu babak masa kat kenduri kawin .. bayangkan orang yang kita sayang sangat, tak dapat jadi milik kita. sobss..

 [fasha watak sebagai cikgu]

[tak suke orang gile ni.. sebab die la iman mati]


lagi satu babak masa adik die mati..itu memang sedih gile.. dalam cerita ni jugak die tunjuk adik rosyam nor ni nama watak die iman, minat sangat kat siti sarah.. hehe.. cerita ni tahun 2004, time tu name siti sarah tengah top agaknya.
 

ade teringat ade sorang ni pernah cakap.. "bodo nye orang kita, tengok cerita hindustan pon menangis" hello! kalau menangis tu sebab kita ade hati dan perasaan. cerita tu sedih, sebab tu la kite menangis..kadang tu cerita yang dipaparkan kat tv ade relate dengan diri kita.. tak kisah la cerita hindustan ke, cina ke, tamil ke.. janji tengok tv, sembahyang tak tinggal..kalau lagha tu lain la kan? eleh macam la anak bini die tak layan cerita kat tv langsung.. opsss terlebih sudah!

p/s : tak suka orang yang tahu cari salah orang lain semata.



Monday, May 21, 2012

ady putra tak jadi bercerai?? panas!!

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:52 PM 4 KATA KAU
salam & hai,

just a quick post. before ida nak siap-siap gerak untuk balik kampung. yahoo~
dari page "Kelab peminat setia aaron aziz dan ady putra" admin tu bagitau..

[gambar google.com]

Terbaru ! Ady Putra Tarik Balik Permohonan Cerai
Ady Putra di’fahamkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan awal pagi tadi untuk menarik kembali permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof.
Maklumat lanjut bakal menyusul. Stay tuned!

ha.. ida copy paste sebijik macam dalam page tu. kalau betul la berita ni, alhamdulillah.. peminat-peminat sentiasa mendoakan yang terbaik. mintak dijauhkan la benda cerai berai ni. amin.

Wednesday, February 22, 2012

the notebook.. the best romantic film ever

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 3:27 PM 8 KATA KAU

salam sayang,

tadi ida saje tengok-tengok video kat utube... pastu terjumpe la video yang diorang buat top 10 most romatic movie la.... top 15 most best movie la... top 20 la... mostly kalau romatic movie mesti ade dalam carta --> a walk to remember, the notebook, titanic...

ni video yang ida amik kat youtube..


the notebook ida memang dah tengok.. and memang terbaik.... sedih.... :( tapi dah tak ingt sangat sebab tengok mase tahun 2009.. ni entry lame tentang tu ..klik SINI. Bf ida pon cakap cite ni best. hehe.

lagi 1 romantik movie yang famous.. a walk to remember..
percaya tak.. ida tak pernah tengok movie ni lagi... tapi ade simpan dalam laptop.. cume tak de mase nak tengok... rase tak sabar gak nak layan movie ni... nak tengok, adakah movie ni best sedih macam yang orang selalu komen...

sebab ida tak tengok lagi a walk to remember ni... so tak boleh la nk compare ngan the notebook... setakat ni, yang bertakhta di hati tetap the notebook... titanic sedih jugak... tapi emm... boleh la...

p/s : dah lama tak tengok wayang...


Sunday, February 19, 2012

jujur aku dayus | beli u-mobile

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:07 AM 6 KATA KAU

salam sayang,

sape layan cerekarama malam ni? jujur aku dayus. serius cite ni best. firstly, sebab pelakun utama die beto kusyairy.. and then ade nora danish n irma hasmi..cite ni kalau tengok separuh je, mesti tak paham. kene tengok until last point baru paham.. nice one! bukan macam typical malay drama/movie... sebab kite tak bole predict what will happen next. :)


hari ni ida cuti. tadi siang kuar pegi mid valley. ade IT fair.. ida beli braodband. u-mobile.. hopefully tak mengecewakan la.. ida beli yang monthly rm 48 tu..

lepas tu, sejak balik dari danau kota semalam, teringin lak nak bela sugar glider.. kat danau ade jual.. petang tadi ida ade surf pasal suggie ni...


die very manja kan?? tapi mahal la.. sekor dalam rm250..ade sesape bela sugar glider tak?? boleh la share pengalaman..katenye binatang ni tak boleh hidup lonely, kite kene selalu main dengan die.. sebab die boleh mati sebab kesunyian.. huhu~~

ok la.. nanti cerita lagi :)


Friday, February 17, 2012

trailer adnan sempit 2

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:40 AM 4 KATA KAU
salam sayang,

penatnye hari ni. ida rase tak larat nak update blog and nak blogwalking sane sini. huhu.rase nak tido je..
sape yang lum tengok trailer adnan sempit 2.. jum check it out...
ni pon wajib tonton ni.. rasenye bakal kuar kat pawagam 23 hb feb ni.
masih mengekalkan pelakon-pelakon yang same.. memang terbaik. hopefuly tak mengecewakan and gempak macam adnan sempit yang first. ;)




p/s : terus support filem melayu.

Wednesday, February 15, 2012

Jiwa Taiko Filem terbaru Osman Ali

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:00 PM 7 KATA KAU
salam sayang,

Dengar-dengar pertengahan tahun ni, osman ali nak kuarkan 1 lagi filem. Ala, osman ali yang femes ngan cite ombak rindu tu la... Ida memang suke suke suke filem osman ali yang terdahulu.. anak halal! tengok banyak kali pon tak puas. eheheehe.. Yang akan datang ni tajuk die jiwa taiko.. kompem gi tengok ni!! cite ala-ala kl gengster tau.. pelakon pon boleh tahan ade remy ishak, bront palarae.. diana danielle.. ramai lagi la.. ida suke bront palarae <3 best!

pix kredit kat FB jiwa taiko.

Jum tengok trailer die. Nice la jugak.



Tuesday, February 14, 2012

salman khan yang HOT

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:57 PM 6 KATA KAU
salam sayang

How's your day guys?? Hari ni ida cuti. So duduk rumah je.. Kemas dapur, cuci toilet, basuh kain..nasib pinggang dah OK cket.. kire exercise la tuh. Lepas dah penat buat kerja, masak megi. Pastu mandi solat.. then ingat nak online.. tapi wifi tak connect dari pagi tadi. Tak tahu nak buat ape, belek lappy jumpe cite hindustan.
My faveret actually. " Har Dil Jo Pyar Karega " .


Cite hindustan mane yang tak sedih? Yang tak buat kite nangis? kecuali cite hantu. Hehe. Cite ni pon same. Dah banyak kali tengok, still jugak nangis sampai bengkak-bengkak mate. =.=!


Cinta perlukan pengorbanan. Macam mane due orang sahabat baik (pooja ngan jhanvi) boleh tersuke dekat sorang lelaki. At last, sorang kene berkorban la. Hm tibe-tibe terpikir, kalau dekat dunia luar, tak tau la.. ade ke orang yang baik nak berkorban untuk cinte.. kenepa tak fight for your love?? huhu~~

rani mukherjee.. memang cantik kan?? suke suke suke..

tapi preity zinta pulak comel... last-last salman khan dapat kat die.. hehehee..



p/s : jup lagi nak kuar pergi UM ade teater.. adik ida berlakun same.. untuk kolej die.. nanti ida update story.


Monday, October 18, 2010

Hate Monday | Shift Petang | Asmara

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:45 AM 0 KATA KAU

Salam.

Hari ni mendung , sejuk dan nyaman je rase. Sesuai untuk sambung tidur lepas subuh. Hehe~ Tapi ida tak rase nak sambung tidur lak. Kul 8 lebih dah bangun. Dah la rumah tepi jalan je, bunyi kenderaan sangat bising. :)

Today is Monday. Why people hate monday?

Sunday, October 17, 2010

Katherine Heigl yang cun! I like it!~~

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 4:44 PM 0 KATA KAU
Salam.

It's sunday. Ida just duduk bilik je. Tak de kuar gi mane-mane pon, sebab semalam dah kuar gi Mid. Tadi surf internet, tengok-tengok Katherine Heigl dah kuar dengan new movie.

Thursday, September 2, 2010

Novel LBS

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:23 AM 15 KATA KAU

Salam.

Setiap minggu, bila time tengok drama bersiri
LAGENDA BUDAK SETAN, hati aku mesti jadi sakit. Sebab teringat novel LAGENDA BUDAK SETAN yang aku bagi pinjam kat seseorang, tapi die tak reti nak pulangkan. Kepada lelaki berkenaan, anda memang tahap mangkuk tingkat. Hate U! Pulangkan Novel Kesayangan Saya!!

p/s : masih sakit hati.



Wednesday, August 11, 2010

Lagenda Budak Setan Siri TV Astro Prima

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:24 AM 12 KATA KAU

Salam.

Malam tadi lepas balik terawih, terus pergi kejar bukak tv. Nak layan cite Lagenda Budak Setan versi drama tv kat astro prima. Cite tu akan ditayangkan pukul 10.30 malam setiap hari selase sebanyak 26 episod.

Apa yang best, jalan cerita sebijik sama dengan novel. Cuma ade beberapa part yang die tukar sikit lah, contoh nya part main roller blade ditukar ngan main boling. Hehe. Bab scene yang dipilih dari novel, memang banyak improve dari movie. Suke sangat! Ini lah yang peminat LBS nantikan. Nampak nye kritikan peminat-peminat diambil kira untuk drama LBS ni. Congrats team! :)

Barisan pelakon utama lagenda budak setan siri tv

Tapi pada pandangan ida, watak Farid Kamil nampak tak berapa sesuai la. Tak tahu la kenape. Die nampak macam dah tua nak jadi budak sekolah. Kalau tengok kat page LBS @facebook pon, ada yang komen camtu. Ramai sangat yang komen watak heroin yang jadi ayu tu nampak kaku & tak best~ Yup. I do agree. Bagi ida die macam terlalu garang la. Tak lembut macam ayu yang dalam novel. Mungkin die pelakun baru, so tak pe la. Tunggu next episode. :)

Lain-lain watak, ramai yang puji watak sapi. Yup. Sama lah kita. Sapi punye suare best lah. Berlakon pon not bad. Eheheeh~~ Selain tu ida suke tengok watak cikgu Mui. Walaupon ida bayangkan cikgu Mui tu cina, tibe-tibe yang kuar tadi macam bukan cina lak. Huhu. Watak kawan-kawan Kasyah ngan geng Lady in Black pon macam pelik je. But it was OK. sebab banyak amik scene nakal diorang dari novel :)

Ok lah.. Can't wait for the next episode.. Nas-T jadi watak azmi. Hope best lah!~ Rindu nas-T dalam cite Kami. :)

credit pixca to : budiey.com & mforum1.cari.com.my

p/s : apa kata anda?


Thursday, July 8, 2010

Lagenda Budak Setan : Drama Bersiri Astro Prima

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 5:15 PM 7 KATA KAU

salam.

ingat kan demam Lagenda Budak Setan dah berakhir... tapi rupe nye ade berita baik untuk peminat setia novel ni.. baru-baru ni movie dah di tayangkan di pawagam.. pecah panggung jugak la kan? walaupon ramai yang tak puas hati dengan hasil movie tu.. tapi tak pe, jangan kecewa.. sebab lepas ni, dengar cerita nak buat drama bersiri lak kat astro prima.. wohoooo~~ tak sabarnye... tapi tak tau lak sape barisan pelakon nye.. tapi yang ida tau ade anne ngasri... :) mintak-mintak watak kasyah masih lagi lakonan farid kamil.. i laikkk!!~ :D
by da way, sape ade novel yang last tu.. tajuk berakhirnye sebuah lagenda.. belum bace la.. nak pinjam bole? huhu



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea