Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Lelaki dan perempuan sebenarnya sama saja.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:32 PM 3 KATA KAU

salam & hai,

Ingat kan malas nak update blog hari ni. Tapi chenta hati suruh update .. so, ikot je la cakap pengskodeng tegar tu. hehe.

Ida just terfikir pasal satu perkara. perempuan dengan lelaki ni memang kontra. memang berbeza. sebab tu ade buku tajuk dia: men from Mars, women from Venus. (huhu Fina sorry, nanti baby pulangkan ek. belum habis baca la) 


Tapi, ada satu hal perempuan dengan lelaki ni SAMA. Dari segi sanggup belanjakan duit (ataupon membazir) untuk benda/perkara yang mereka suka.

Contohnya, tadi ada sorang budak tu, balik kerja penat-penat.. sanggup meredah masjid jamek semata-mata nak merayap. pastu bukan beli barang pon. just window shopping je.. Lastly, die pergi buat inai lukis. Rasanya budak tu kene kelentong dengan "abang" yang buat inai tu. 

gambar hiasan-google
rm10 untuk inai mekah. rm5 untuk inai biasa. Dan budak tu pilih yang rm10. padahal budak tu tak pasti pon, inai yang "abang" tu guna ialah inai mekah atau bukan.

p/s : lelaki sanggup habis rm10 untuk beli rokok yang mereka suka. eh dah naik harga 20sen kan? hm.


Monday, August 27, 2012

perempuan ramai curang. malaysia ranking no 3 dunia.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:59 PM 6 KATA KAU

salam & hai,

dah lama rasanya tak update belog kesayangan ni. sejak ade kesayangan baru.. busy sikit..hehe. ouh belum terlambat kot nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pembaca dan pengskodeng tegar belog luvida ni. ade ke?? gambar raya nanti la ida tepek ye.. belum sempat nak edit lagi..

tadi pagi dengar hot fm. topik hari ni hangat jugak.. sebab tu ida cam terpanggil je nak menaip kat sini. huhu~
kajian dunia yang di buat, meletakkan kaum wanita di malaysia berada di tangga ke 3 teratas paling ramai curang. adeh!


dapat pingat gangsa tu.tahniah ladies power! haaahaa! serius pagi tadi ramai la perempuan2 yang mengamuk call hot fm. mau nya nak setuju.. agak2 kajian ni die buat, sape responden die?? tup2 keluar result je.. 
rasanya perempuan kalau curang pon mesti bersebab.
MUNGKIN ::::
1) tak cukup kasih sayang - bf layan tak best..cari bf lain la pulak
2) tak cukup duit? haha. nafkah tak dapat.cari la sugar daddy kan kan
3) kategori peramah, cepat mesra. die tak niat pon nak curang .. berkawan biar seribu...
4) pasang spare part awal-awal.. agak2 kene tinggal terus ade back up


haha.. logik tak?? perempuan curang bersebab..lelaki pon mesti cakap bnde yang sama gak kan..kalau ade survey lelaki pulak.. ntah2 malaysia dapat pingat emas kot??? jangan marah ekkk...

nota kaki : elakkan kontroversi. kalau belum kawen tak pe lagi kot.. tapi kalau dah jadi bini orang, jangan la gatal nak curang2 bagai... sekian.


Tuesday, August 7, 2012

esok claim baskin robin 31

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:25 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

kesian pulak blog ni dah bersawang plus ada sarang spider. =.= bukan ape, malas pulak nak update..penat, letih, takde masa. lalalla~ quick update, just nak sapu sawang je.


* minggu yang sibuk ngan berbuka puasa kat luar.
* tahniah Datuk LCW. (esok nak gi berebut aiskrim tak??? )
* bulan puasa ramai artis pakai tudung dan berniaga. ok good.
* raya dah dekat.. tapi saya kena kerja.. so what?
* tahun ni tak order kuih raya kat opis.. sebab takde orang promote pon. hurmm
* masa yang pantas berlalu. can't wait for friday!


Wednesday, July 25, 2012

Malaysia ranking 34 dunia ibunegara paling sopan! (Tahniah)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:16 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

dah berapa tahun dengar radio..paling best time pagi sebab semua stesen ada topik yang nak dibincangkan. tapi pagi ni dalam sejarah, hot fm dan era fm cakap sal benda sama.
gara-gara kajian yang dibuat oleh readers digest.

Kalau enam tahun yang lalu, Readers Digest meletakkan tahap ketidaksopanan Malaysia di tempat ke 33 daripada 35 negara.

Penilaian terbaru yang didedahkan majalah tersebut menunjukkan Kuala Lumpur hampir menduduki tangga terbawah senarai Bandar Terkemuka Kurang sopan di dunia iaitu di tangga ke 34 daripada 36!!! ISk2. sungguh memalukan. kata rukun negara ada " kesopanan dan kesusilaan" mana pergi sumer tu??hehe.

Tadi dengar pemanggil pon, macam2 bagi komen. rata-rata setuju la..memang rakyat Malaysia ni dah kurang sifat sopan dalam diri.

Antara tabiat buruk yang tersenarai :
*mengabaikan papan tanda larangan merokok
*sampah bersepah, tandas awam kotor
*tutup pintu lif cepat-cepat (tak bagi orang lain masuk)
*berebut masuk dalam Tren tanpa bagi laluan pada orang yang nak keluar terlebih dahulu
*bercakap dengan kuat di telefon walaupun dalam wayang
*tak tepati masa
*tidak mengucapkan "terima kasih"
*meninggalkan troli di tempat letak kereta
*tak bagi tempat duduk pada penumpang yang mengandung ,kurang upaya atau tua.
*curi parking orang, parking kat tempat OKU
*tukar laluan tak bagi signal

Ida pon ada jugak tersenarai dalam perkara-perkara di atas. haha. lepas ni kena insaf sikit la. tapi bulan puasa ni, tak leh bagi orang tempat duduk. sebab semua orang pon penat. betul tak?? weeee :)

Sunday, July 22, 2012

hormat bulan mulia.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:14 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

hari ni rasa bangga. pertama kalinya dalam sejarah, ida menjejakkan kaki kat surau vista angkasa ni. huhu. alhamdulillah, malam ni berterawih kat KL.. due malam sebelum ni kat kampung..suasana tu memang lain..bila kite sembahyang sebelah mak, dengan sembahyang sebelah kawan-kawan. haha. (merepek jup) sama je..kat kampung buat 8.. kat KL pon sama je..memang tabik la, pada orang yang berjaya buat 20 tu. anda memang terbaik. :) solat terawih ikot tempat dan ikot imam jugak la.. kadang tu ada yang diselitkan dengan sedikit tazkirah..dalam 2 hari ni ida selalu dengar ustaz cakap..puasa kita biar la sempurna. maksudnya jangan hanya dapat lapar dan dahaga je.. selebihnya zero. selain dari tahan diri daripada lapar dan dahaga, kita kena jugak tahan mata, mulut, tangan, kaki dari buat benda yang maksiat atau tak baik..hati pon sama.. jangan ada perasaan hasad dengki, busuk hati, dendam dan sebagainya..


nak cakap sikit pada couple-couple kat luar sana tu..(ida pon ingatkan diri sendiri jugak ni).. hopefully couple2 yang belum kahwin tu.. hormati lah bulan yang mulia ni.. jangan la siang2 hari pon tanpa segan silu nak pegang sana, cuit sini.. peluk2..gurau2 depan orang.. tak manis dipandang.. yang pegang2 tangan tu pon, beringat la..even kawan ida yang Indian pun faham, die cakap "ouh bulan puasa tak boleh keluar dengan abang la kan" see...maksudnya, agama lain pon tahu nak hormat bulan puasa.. apatah lagi kita yang Islam..yang berpuasa ni..tapi bukan lah maksud nya siang puasa, bila dah azan terus boleh pegang tangan, just pikir sendiri la.. masing2 da besar kan.. renung-renungkan.. :)


Wednesday, July 18, 2012

berakhir sudah kisah ameera dan awang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:29 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

nak buat quick post je ni. malam ni ade 2 cerita episod akhir..friday's i'm in love kat tv9 pastu sambung lak ngan ameera tv3.

nak komen skit sal Friday's I'm In Love.. cerita tu best sepatutnye. every week ida tengok. tapi ending die ni agak kureng la. slow. maybe sebab die buat 2 jam kot. pastu banyak sangat watak si nabila huda tu. hm boring bak kata housemate ida .ending pulak memang dah jangka, awang akhir nye bersama dengan nisha. tak surprise langsung pon. part lawak ade la jugak. boleh la daripada zero.
 [happy ending awang & nisha]

sal cerita ameera lak, setengah jam yang memang cukup mendebarkan.. macam2 ending yang kitorang teka.. tapi memang tau, akan ade yang mati, cuma tak konpem sapa. last-last terjawap jugak, ziela ngan amir yang mati. hurm. ending yang sedih and touching.. tapi bagi ida, best! tak semua cerita kene ade happy ending. macam real life jugak kan? so.. ok la tu.. lain dari yang lain.. hero mati.. cuma dapat banyak feedback, semua cakap polis masa ending tu ntah ape2.. pastu pak berahim dah overshadow amir sebagai hero .. haha.. layan je la..
 [ we gonna miss u]

esok last day kerja untuk minggu ni. jumaat InsyaAllah ida balik umah.. nak sambut 1 Ramadhan kat kampung. hehe. nanti update lagi ye. selamat malam.


Tuesday, July 17, 2012

saya sayang awak walaupon saya tak cakap.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:20 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

kalau kat dunia ni ada 7 benda ajaib.. rasa nya kena tambah lagi 1.. benda ajaib no 8 ialah : bila ida pandai pujuk orang. seriously ida memang tak pandai pujuk orang. ataupon tak suka. takde bakat. ok? harap anda paham and noted tentang benda ni..so, kalau anda rasa nak kene pujuk, anda tunggu la menda ni masuk dalam senarai 8 benda ajaib dalam dunia. huhu~ kesian.
im sorry! 

bukan saya nak buat perangai, tapi kalau saya takde mood, saya memang tak suka orang call saya. saya tak suka gadoh by call. saya prefer SMS je.. nak tunggang langgang pon, biar ikot msg je...pleaseeee~~ kalau awak call jugak, nanti saya mesti tak bercakap... itukan membazir nama nya. hurm.

for me, life is not really complicated... but love story is even more complicated. haiiyaaa...macam mana lelaki boleh kahwin banyak-banyak tu ek? terrer betul die handle rumah tangga. orang yang belum kahwin ni, jangan cakap nak handle rumah, tangga pon belum tentu boleh handle.. =.= dah la ida winda tak payah nak merepek merapu lagi. jum ready tengok cerita ameera.. esok episod last. dan esok jugak episod last untuk cerita friday's i'm in love. can't wait. good night sweety.


Tuesday, July 3, 2012

suka lelaki yang.......

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:43 PM 3 KATA KAU
salam & hai,

mood : sweet sour
task : many
wish : 1st salary (on new job)

just nak update sikit untuk kali ni. Jenis-jenis lelaki yang saya suka tengok/pandang/lihat...kat luar. hahahha.. antaranya ::

1) I like guys with white t-shirt;
2) sensitive to girl's feeling and need.




3) guys that wear long trousers. I hate to look at guys with shorts.
4) gentleman.
5) guys that can play guitar plus sing with nice voice.
6) they help us in whatever situation (example in random: cubitkan ayam KFC yang tengah panas, kupaskan kulit udang, potongkan chicken chop)

p/s : takde kene mengena dengan sesiapa in my current life. weksss!!


Sunday, June 24, 2012

paradigm mall + mael lambong

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:59 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

penatnya. petang tadi dalam kul 1.30 ida sampai kat KL dari kampung. nasiblah abah hantar, tak de la sepenat kalau naik bus. Memandangkan petang masih muda, ida pon ajak la mr.MJ keluar. Plan nak pergi
paradigm mall.. shopping mall yang baru bukak kat kelana jaya. 


mula-mula masuk mall ni, memang pening la. sebab first time datang. melilau gak la, nak cari tempat semua.. terpaksa refer directory. huhu. tapi mall ni agak besar la.. just yang kurenggg nye, fast food die tak banyak. mcD, kfc, a&w memang tade la.. yang ade pon chicken rice shop, kenny rodgers lepas tu ade coffea bean, starbucks, and kedai makan cina..pengunjung pon majoriti chinese. huhu.

tadi sempat jugak la tengok wayang.. cerita mael lambong.. ida nak review sikit la cerita ni.. sebenarnya ida memang fanatik zizan no 1.. kalau kata johan dengan zizan, ida lebih suka zizan..em, filem ni boleh la.. not bad.. takde la bodoh sangat, tapi lawak die pada certain2 part saja.. penonton tak la gelak sampai pecah panggung sangat..kekuatan memang ada pada watak 'mael lambong' yang asal dari maharaja lawak lagi... tu pon sebab zizan berlakon.. kalau bagi orang lain, mesti failed gile. then, nasib baik juliana evans tu cun..tak de la bosan sangat nak pandang skrin. =.=


scene yang mula-mula ida pertikaikan masa dah keluar panggung, napa orang-orang kampung mael tu takde yang bunyi cakap loghat terengganu pon? baik pengerusi JKKK, baik awek lama mael, baik kawan lama mael, baik tok-tok imam..takde langsung dengar cakap terengganu tau... agak tak logik sikit la kat situ...
part yang boleh tahan :
1) masa mule-mule die tunjuk mael cemerlang sebagai penarik kerete profesional.. tow truck pon kene tarik haha..
2) masa yang mael call ustaz azhar tu pon best. lol
3) masa mael ngan rozie cakap jiwang2 dalam hati.. rozie dalam bilik,mael lak dalam kereta.
4) masa die cerita macam mana mael boleh ade parut kat pipi

yang lain lupa.. malas nak flash back..


Then, kalau perasan, cerita ni ade jugak selit lawak yang tak berapa senonoh. (adult joke). huhu... satu, mase zizan nak tarik kereta awek yang pakai baju hijau tu...kedua, mase scene yang zizan bertumbuk dengan jue tu.. 

sebelum ni, ida pernah baca review, blogger ni bagi 10/10 bintang..ingat kot, lawak gila babeng la.. rupenya suam-suam je.. sebab lawak die harap pada zizan sorang je...ida rasa setakat ni tak de lagi cerita yang boleh lawan adnan sempit 1 ..yang tu memang lawak abes gelak 1 panggung..



Tuesday, June 19, 2012

Lelaki cerewet?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:19 PM 1 KATA KAU

salam & hai,

pagi tadi dengar radio..topik pagi ni syok jugak..haha. lawak gile ida dengar, sampai opismate pelik sebab ida gelak sorang-sorang.

era fm : ade sesetengah perkara yang remeh bagi lelaki tapi tak remeh bagi perempuan?

[google]

- antara komen dari pemanggil : lelaki kalau nak keluar  rumah pakai singlet dengan suar pendek dah cukup, tapi bab pakaian ni remeh bagi perempuan.
- isteri cukup teliti bab cuci muka sebelum tidur, syampu tiap hari
- tapi ade jugak pemanggil yang cerita, suami diorang terlebih teliti (tak suka tinggal pinggan mangkuk dalam sink, buat kerja rumah-lipat baju biar 4 segi betul, sidai kain guna hanger bagi sama sebaris)

[enteprem gambar hari ni]

pendapat ida : benda ni depends sebenarnya. kadang tu ade jugak lelaki yang jenis lebih cerewet dari perempuan.
contohnye :
- suami tentukan hair-cut potongan rambut isteri dia.
- suami/bf tentukan baju ni, tudung ni, kasut ni, yang die nak kita pakai.

p/s : ok malas nak edit. amik sebijik2 macam yang ida taip kat opis tadi..

Lelaki Ini

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:30 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

saja nak post ayat-ayat ni ::
baca dan fikirkan..ayat-ayat ni takde kaitan antara satu sama lain. TQ

1) lelaki anti sosial(murung,pendiam,tak suka bergaul) lebih berisiko mendapat sakit jantung -kajian dari U.S (sumber KL fm)

2) listen to your heart, before telling him goodbye.

3) aku suka tengok gurls pakai baju kurung.

 
[gambar hiasan dari google]

4) cerita tu ade unsur sex kan? saya ada agama, sebab tu saya jarang tengok wayang.

p/s : lain kali la ida cerita panjang lebar. ngantuk sudah. ini schedule post.
ida taip malam tadi. haha.


Sunday, June 17, 2012

We remember the moment.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:30 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

sejak 2 menjak ni selalu je buat quick post. haha. dasar pemalas. esok la, maybe ida taip entry panjang-panjang sikit ek?

just before sleep, I want to update something at my lovely blog.
yesterday was totally awesome.. i missed that moment.. tapi background song die lagu my heart will go on. uwaaa sangat tacing oke.. :( you makes me cry. huhu..

mase tengok cite titanic takde pulak nak nanges.. tapi kalau amati betol2 lagu tu, memang sedih..

Everynight in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on

Once more, you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on



p / s : we may forgot the date... but we remember the moment.


Thursday, June 14, 2012

untold story

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:32 PM 0 KATA KAU

9 am : tibe-2 minda aku teringat lagu ni..

sayang,
ku bawa jauh rinduku
kerna aku telah tahu
kau bukan milikku
sayang,
sesunguhnya bukan mudah
menjalani hidup ini
tanpa kau di sisi

jauh di sudut hati
aku masih bermimpi
mimpi yang indah
esok kau kembali
jauh di sudut hati
ada waktu-waktu nya
aku berdoa
kau pulang semula



1030 am : I try to smile.. but I forgot how.

"juz wana say sory and gud bye. thx 4 da memories. I'll go."

I feel really bad. Tak pernah ada orang pukimak2 kan aku. tak pernah ade orang suruh aku gi mampos.. ouh maybe pernah dulu.. tapi aku dah lupa bila.

"guys come and go..just like that"

Aku percaya ayat ni sekarang.

1230 pm : somebody told me..

"small matter..satu kawan hilang, 10 boleh cari"

tapi adakah 10 itu sama macam awak?

1334 pm : lagu ni berkumandang dalam minda aku.

kau pergi...pergi...
hujan lebat mencurah kini..bagaikan tiada henti..kau rela gugur..kau irama terindah..tak lagi ku dengari.. and i'll go~

1410 pm : apa maksud dia..
"up to u then"

1524 pm : i missed him.

" aku tatau dia wat pe skrg. dia tengah keje la kot. hm"





Sunday, June 3, 2012

cara nak lupakan bekas kekasih (part2)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 9:19 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

tuan belog agak tak berapa sihat sekarang ni. haha. demam terkejut kot. sebab esok first day nak report duty kat new office.
nak sambung sikit tips semalam. ok kalau dah berjaya delete nombor telefon die dari phonebook dan jugak dari ingatan.. kita proceed ke tips seterusnya..

tips no 2 : remove / block dari facebook.
kalau ade twitter boleh unfollow sekali.. kalau ade blog pon sama. hehe. ade berani??

tapi kawan ida cakap, die dengar topik kat Hot FM, kalau dah putus, jangan remove FB sebab nanti, bila dah baik semula, mesti malu nak add balik. ade betul jugak tu.. tapi kalau betol-betol nak lupakan EX.. ni salah satu tips yang harus korang follow. ;)

to be continued.

cara nak lupakan bekas kekasih

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 2:08 AM 5 KATA KAU
salam & hai,

malam ni sebenarnya tak tahu nak update tentang apa..dah la hati tengah serabut ni.. sebab esok dah kene balik KL.. lusa dah setat kerja.. first day kerja tempat baru..macam-macam perasaan ada. huh!
tengah layan mata nak tidur ni, tibe-tibe teringat sesuatu.. lebih tepat.. seseorang. betul ke cinta pertama takkan boleh kita lupa sampai bila-bila? macam mana kalau cinta pertama kita tu dah kahwin, dan jadi laki orang? ini contoh ye. takde kene mengena dengan miss luvida atau ida winda. huhu~

tips untuk lupakan bekas kekasih senang je.... no. I... buang je nombor telefon die... buang tu maksud nye delete dari phonebook la...

 
 
tapi kalau dah memang hafal tu, camne nak buang dari ingatan? takkan nak format otak pulak.. haishh...kalau tips yang senang ni pon tak boleh nak buat, tak payah la nak cerita pasal tips yang lain. haha.. 

to be continued.

Saturday, June 2, 2012

layan hindustan sambil berangan

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 6:55 PM 1 KATA KAU
salam & hai,

dari zaman kecik lagi, hari sabtu, tv3 dan hindustan memang tak dapat dipisahkan. hari ni tibe-tibe mood ida nak layan hindustan.

tajuk dia "love aaj kal" .hero die ida kenal la saif ali khan.. tapi heroin die ida tak kenal.. mase dok layan cerita tu, ida rase muke heroin tu macam familiar la.. bila ida pikir-pikir.. rasa nya macam gabungan dua orang pelakun kat malaysia.. iaitu sheera ayob dan sari yanti. haahaa. tinggi tak imaginasi ida??
[ ni gambar heroin tu :  Deepika Padukone ]




 
[ ni pulak gambar sari yanti ]

[ dan ni pulak gambar sheera ayob ]

cuba korang compare gambar-gambar dari google ni..ada persamaan tak? ke mata ida yang rabun? =P haha.. tak tahu la tang mana yang sama...
bila ida google, nama pelakun perempuan tu Deepika Padukone. dia takde la cantik sangat, tapi die manis sebab ade lesung pipit... tapi tak leh lawan preity zinta punye la..

cerita ni tentang sepasang couple yang pilih untuk memutuskan hubungan.. pastu dah ade pengganti lain.. but at the end, diorang sebenarnya still tak boleh lupa kan kisah silam.. masa couple rasa nak putus bila berdepan ngan masalah... tapi bila dah putus dan bila dah berpisah, baru rasa saling mencintai. baru rasa hidup tak lengkap..perempuan tu siap dah kahwin pun , last2 baru die sedar die tak sayang pon kat laki die..ending mestilah 'happy ending' .. diorang bersama jugak akhirnya.

p/s : bila benda dah takde, baru kita terasa kosong.

Thursday, May 31, 2012

gadis manja vs gedik

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 3:13 PM 5 KATA KAU

salam & hai,

selalu asyik cerita pasal lelaki je kan. so hari ni nak cerita pasal kaum sendiri plak. hehe. baru adil kan..

perempuan manja vs gedik.

korang dalam kategori yang mana satu? manja ? gedik ? atau dua-dua ? atau takde langsung? hehe. biasa yang kita dengar, lelaki ni jenis tak suka perempuan yang gedik, tapi diorang minat perempuan yang manja..
semalam ade nampak 1 statement ni dari seorang lelaki.. die cakap "gadis yang gedik sedap buat stok awek je .. tapi perempuan yang manja untuk dijadikan isteri ".
hoho very nice~


[gambar hiasan]

ni ida copy paste dari FB :

Gadis yang garang sebelum kahwin , insyaAllah akan menjadi gadis yang sangat manja dan romantis selepas kahwin .
kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya , dan kerana manja dan mengada kepada suaminya ialah kewajipannya 


kalau ida sendiri, biasa orang cakap ida ni manja.. tak tau la kan, manja dari segi ape sebab kita tak boleh nak nilai diri sendiri. tapi gedik tak pernah dengar lagi orang cakap camtu. cuma malam tadi, ade makhluk Tuhan ni cakap.. "ade la kot gedik sket2"
haha. padahal die just kenal dari fb ngan fon je.. dengar suare dah boleh detect gedik ye.. terrer! =p


ida ade baca buku "dosa-dosa wanita yang di anggap lazim" .. dalam buku tu ade cerita bab bercakap terlalu lama di telefon.. bende tu pon kira tak elok.. satu : sebab membazir waktu dan duit, kedua : sebab suara wanita ni aurat.. lagi-lagi kalau sengaja buat suara manja atau menggoda bila bercakap.. sebab lelaki ni bila dengar suara pon boleh imagine macam2.. so behave ye saudara saudari ku. :D

p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak. jangan gedik pliss.haha.

Wednesday, May 30, 2012

lelaki paling pantang...kalau......

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:00 PM 4 KATA KAU

salam & hai,

apa khabar korang semua? hope sihat la ya..hari ni tak de aktiviti best.. duduk rumah rehat je la.. habiskan sisa baki waktu sebelum start masuk kerja isnin nanti. fuhhh berdebar nak menanti first day report duty. ;)

nak tahu tak, ida ade kesan satu perangai lelaki. yang mana mereka ni pantang kalau bila di tanya, tapi kita tak jawap..atau pon jawap main-main..atau pon tak boleh nak bagi jawapan yang tepat.(macam yang diorang harapkan)

haha.. dari 3/5 orang yang ida test..positif result die memang camtu. diorang memang bengang kalau tanya tak nak jawap..even tanya benda simple je.contohnya : nak makan kat mana, nak jalan kat mana.. tapi kita jawap " tak tau la... ikot awak la.." mesti kene marah nanti huhu~

contoh ke due :
die : sapa suara laki tadi?
ida : orang la
die : memang la orang, takkan kambing lak
ida : err.. ade la.. kawan..


lepas-lepas tu... msg dah kene sensored sebab da kene marah.... pastu baru OK balik. huhu~ why so serious la...then mula la kuar statement :: saya tak suka kena tipu.. saya tak suka tipu orang jugak.. saya nak orang jujur.. bla bla bla.. nasib die tak kuar statement camni : Pantang keturunan nenek moyang I kalau I tanya tapi orang main-main. haha.

p/s : aneh-aneh la manusia ni..senang-senang je marah anak dara orang kan.. =p


Tuesday, May 29, 2012

(pendedahan) tabiat buruk

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:42 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

lama betul rasa tak update blog ni. bukan ape, adik ida konker laptop ida. huhu. ni pon ida online pakai pc kat umah. tapi pc ni agak lama.. nasib keyboard die sedap nak menaip.

nak cerita sikit pasal satu tabiat buruk pada diri ida yang dah lama sebenarnya ida kesan. nama pon tabiat buruk, benda ni sikit sebanyak bagi problem jugak kat diri sendiri kalau terlampau nak ikot kan sangat.
sebelum ni ida pernah tulis entry tentang tabiat tidur ida yang pelik.. boleh check entry tu kat --> SINI

sebenarnya tabiat buruk yang ida nak share kali ni, ialah ida tak boleh nak berenggang (langsung) dengan bantal busuk. ok, sebenarnya bantal ni wangi..cuma orang suke panggil die bantal busuk.. kalau tidur tak de bantal tu, pendek kata tak lena. macam contoh, semalam ida balik KL sebab ade hal. balik tido sana cuma untuk satu malam je. mula-mula berbelah bahagi jugak .. nak bawak atau tak nak bantal ni... last-last decide, kena bawak jugak.. kiranya selagi muat beg, sumbat la jugak.. agak-agak kalau tak muat, sanggup pegang kat tangan. haha. (pernah buat camni masa naik bus).
ida pikir ape, "ala.. aku bawak bantal..bukan bawak dadah..ape aku kesah" gile babeng compare bantal dengan dadah memang la bantal menang huhu~



[ kau ade??? ]

kadang rase malu jugak. macam budak kecik je. even budak kecik pon tak kisah sal bantal.. tapi nak buat camne.. ni yang kata bad habit ni.. tak tahu bila nak hilang habit ni.. adik ida pon ade bantal yang kitorang beli sama-sama.. tapi die kalau cuti setakat sehari due, mana bawak balik bantal tu... ida je yang bawak.. sobS~ orang ada tanya, abes tu nanti kahwen camne? ida cakap la.. "kawen bawak je la bantal ni tido same, tak boleh ek? " hurm! tidur yang lena itu penting ape... so kita berhak buat apa saja , janji dapat tidur yang lena macam bayi.. ;)

p/s : anyone nak share korang punya bad habit? hehe.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea