Showing posts with label puas. Show all posts
Showing posts with label puas. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Malaysia ranking 34 dunia ibunegara paling sopan! (Tahniah)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:16 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

dah berapa tahun dengar radio..paling best time pagi sebab semua stesen ada topik yang nak dibincangkan. tapi pagi ni dalam sejarah, hot fm dan era fm cakap sal benda sama.
gara-gara kajian yang dibuat oleh readers digest.

Kalau enam tahun yang lalu, Readers Digest meletakkan tahap ketidaksopanan Malaysia di tempat ke 33 daripada 35 negara.

Penilaian terbaru yang didedahkan majalah tersebut menunjukkan Kuala Lumpur hampir menduduki tangga terbawah senarai Bandar Terkemuka Kurang sopan di dunia iaitu di tangga ke 34 daripada 36!!! ISk2. sungguh memalukan. kata rukun negara ada " kesopanan dan kesusilaan" mana pergi sumer tu??hehe.

Tadi dengar pemanggil pon, macam2 bagi komen. rata-rata setuju la..memang rakyat Malaysia ni dah kurang sifat sopan dalam diri.

Antara tabiat buruk yang tersenarai :
*mengabaikan papan tanda larangan merokok
*sampah bersepah, tandas awam kotor
*tutup pintu lif cepat-cepat (tak bagi orang lain masuk)
*berebut masuk dalam Tren tanpa bagi laluan pada orang yang nak keluar terlebih dahulu
*bercakap dengan kuat di telefon walaupun dalam wayang
*tak tepati masa
*tidak mengucapkan "terima kasih"
*meninggalkan troli di tempat letak kereta
*tak bagi tempat duduk pada penumpang yang mengandung ,kurang upaya atau tua.
*curi parking orang, parking kat tempat OKU
*tukar laluan tak bagi signal

Ida pon ada jugak tersenarai dalam perkara-perkara di atas. haha. lepas ni kena insaf sikit la. tapi bulan puasa ni, tak leh bagi orang tempat duduk. sebab semua orang pon penat. betul tak?? weeee :)

Wednesday, July 18, 2012

berakhir sudah kisah ameera dan awang

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:29 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

nak buat quick post je ni. malam ni ade 2 cerita episod akhir..friday's i'm in love kat tv9 pastu sambung lak ngan ameera tv3.

nak komen skit sal Friday's I'm In Love.. cerita tu best sepatutnye. every week ida tengok. tapi ending die ni agak kureng la. slow. maybe sebab die buat 2 jam kot. pastu banyak sangat watak si nabila huda tu. hm boring bak kata housemate ida .ending pulak memang dah jangka, awang akhir nye bersama dengan nisha. tak surprise langsung pon. part lawak ade la jugak. boleh la daripada zero.
 [happy ending awang & nisha]

sal cerita ameera lak, setengah jam yang memang cukup mendebarkan.. macam2 ending yang kitorang teka.. tapi memang tau, akan ade yang mati, cuma tak konpem sapa. last-last terjawap jugak, ziela ngan amir yang mati. hurm. ending yang sedih and touching.. tapi bagi ida, best! tak semua cerita kene ade happy ending. macam real life jugak kan? so.. ok la tu.. lain dari yang lain.. hero mati.. cuma dapat banyak feedback, semua cakap polis masa ending tu ntah ape2.. pastu pak berahim dah overshadow amir sebagai hero .. haha.. layan je la..
 [ we gonna miss u]

esok last day kerja untuk minggu ni. jumaat InsyaAllah ida balik umah.. nak sambut 1 Ramadhan kat kampung. hehe. nanti update lagi ye. selamat malam.


Monday, July 16, 2012

untuk dia

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:49 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

today a lots of thing happen. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. eH?? sesuai ke ni? haha. what a small world again happen to me..kecik je dunia ni..tak nak jumpe orang tu, last2 jumpa jugak.
hari ni ida happy sangat..tak nak la cerita penuh.. tak larat ..next time ida cerita..just nk post gambar ni..hehe. i like it..i love it.. really..coz it come from u.. :)



Sunday, June 17, 2012

lovely friday

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:51 PM 0 KATA KAU
salam & hai,

tadi bukak email.. baru teringat, ade taip something masa ari jumaat kat opis. haha. lambat post pulak..

8.18 am : smile.
-what a lovely friday's morning.  ;)
-thx 4 come again and bring some colors in my life.
-having bekfast with mug of coffee latte + butterscotch.





1630 pm :
baru tersedar hari ni tak taip ape2.
-cant wait for 5 pm.
-holiday!
-penat woh keje 5 days straight..

until next post.
bye2

p/s : friday and saturday yang indah. :D 


Wednesday, May 23, 2012

surat layang untuk lelaki penipu (must read)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:03 PM 5 KATA KAU
salam & hai,

dah lama ida simpan nak keluarkan entry ni. sila rujuk dekat entry sebelum nya.kat SINI, SINI dan SINI. kat bawah ni surat untuk 'awak' ...

ida winda,
blok * tingkat * no rumah *
vista angkasa
kg kerinchi
59200 kl

ke hadapan lelaki penipu,

apa khabar awak di sana? harap awak sihat di samping kucing tersayang.
tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap awak. mungkin awak tak berapa ingat saya, biar saya flash back semula.

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku. kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu. lepas 2 hari berkenalan, awak separuh mati mintak no fon saya. gaya macam ikhlas sangat nak berkawan. akhirnya saya akur bagi no fon kat awak. selang 2 hari lagi, awak kata "boleh tak kita bertunang" wah express nye awak ni. awak kata jugak saya orang kedua yang boleh bukak pintu hati awak. sejak awak putus tunang bla bla bla. ingat tak?
awak ni sangat manis la. saya terharu waktu itu. lepas tu tiap hari kita sms, kita call. awak janji itu ini. awak mintak saya terima awak dan bagi peluang. awak ajak saya tunang 6 bulan dan kawin dengan awak.

hm, mase tu hubungan saya dengan teman lelaki saya ade sikit masalah. hati saya pon jadi berbelah bahagi. tapi saya tak boleh buat keputusan terus, saya nak jumpa awak dulu.
tibe-tibe hubungan kita yang baru nak cecah 2 minggu dilanda badai.awak kuarkan ayat "mulai saat ni kita dah takde hubungan" ..awak terus block fb saya. sebabnya? awak ade tanya 1 solan personal, yang saya tak boleh nak jawap. awak kata saya tak jujur. ok fine. saya menangis waktu tu. saya sedih. saya dah mula sayang awak, tapi awak nak tinggal saya. then,tak lama lepas tu..awak call saya. awak cakap awak menyesal. awak mintak maaf. saya susah nak bagi peluang kat awak. tapi hati saya kalah.saya terima awak buat kali kedua. tapi sekarang apa jadi? dah 3 hari awak tak balas msg saya. dah berapa hari awak tak call saya. mana awak pergi? mana janji awak?

sekarang saya dah nekad tiada lagi awak dalam hidup saya. saya yang bodoh sebab percaya awak. padahal kawan-kawan semua tak bagi saya terima atau layan awak. tapi saya tetap rasa awak ni jujur. puuiii la~
akhir kata, saya harap awak dan famly awak hidup bahagia. penuh berkat lepas ni.terima kasih untuk segalanya.

sekian adanya.

yang benar,
tipah tertipu
**********************************************
kalau dulu, lagu tema konon-konon cinta bersatu kan? sekarang ida ade satu lagu nak tuju kat lelaki ni. lagu stacy - kasanova. 

lirik lagu kasanova ::

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tidak mati dipijak
Lemah lembut bicara..

Semakin kubuka hati
Semakin buka mata..
Dia berselindung untuk
Mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya…
Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka…

Di tawan bunga…kasanova
Semenjak terkena…kasanova

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain


Sia sia aku setia
Rupa rupanya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo..

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

 [stacy masa mania minggu ke 9 power gile]

nota kaki : terima kasih kepada all my housemate yang bagi support kat ida. yang sudi dengar cerita ida. pada aiye thanks awak. lepas ni korang jangan sebut atau tanya-tanya lagi pasal sarjan hassan ni ok?? mekasih korang.. with <3 thanks for reading XD

 

Thursday, November 5, 2009

tak pernah puas

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:54 PM 20 KATA KAU
salam semua.
tadi petang....ade sorang akak ni....datang jual produk kecantikan.
akak ni memang mantap beb...
muke die licin je...
tengah pregnen anak no 4....
*hujung bulan ni nak bersalin...larat lagi ke hulu hilir jual produk*
tapi fuuhhh macam anak dara or baru anak sorang due je... i tolddd uuu~~

antara produk die....
ade masker untuk muke.
ade pembersih muke.
ade sabun selulit.
ade sabun untuk cantek kan bentuk payudara.

ida macam teruja nak beli semua produk tu.....kecuali yang nak cantek kan tutttt tu.
sebenarnye, ida tak paham...
nape ade wanita2 kat malaysia nak sangat beli produk untuk bagi payudara die jadi besar...
untuk ape ye kawan2??
kalau besar tu cantik ke....seksi ke..?
ingat kite ni duduk kat negara omputih ke....nak besar2 bagai....
ida punye 'aset' ni semulajadi da besar...
dan sometime ida rase tak best.
buat ida jadi makin nampak gemuk.
ade tak sesape nak tuka breast ngan ida?hurrmmm
*sebenarnye da memang gemuk pon..jangan nak salah kan breast ok..hahhaha*
opssss....ni bukan entry lucah2 ok....ni entry berunsur kesihatan =p


tapi adat la kan....
manusia ni...tak pernah puas dengan bentuk badan sendiri...
nape peha aku besar?
nape bontot aku kemek?
nape jari aku kurus?
nape pipi aku tak tembam macam die?
nape kaki aku pendek?
nape tu....nape ni.....macam2 nape.....haishhh!!~

belajar la terime anugerah yang Tuhan bagi kat kite ni seadanya...
bersyukurlah kalau kite ni da cukup sempura berbanding insan lain yang mungkin ade cacat cela nye kan....

ouh ye....sikit info untuk sape2 yang ade resdung kuat...
akak tadi cakap, sile pantang :
1) kicap
2) kepak ayam
3) nescafe
4) gigit ais

*maksudnye minum minuman yang berais tak pe..tapi jangan gigit ais tu*

sekian.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea