Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

saya sayang awak walaupon saya tak cakap.

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:20 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

kalau kat dunia ni ada 7 benda ajaib.. rasa nya kena tambah lagi 1.. benda ajaib no 8 ialah : bila ida pandai pujuk orang. seriously ida memang tak pandai pujuk orang. ataupon tak suka. takde bakat. ok? harap anda paham and noted tentang benda ni..so, kalau anda rasa nak kene pujuk, anda tunggu la menda ni masuk dalam senarai 8 benda ajaib dalam dunia. huhu~ kesian.
im sorry! 

bukan saya nak buat perangai, tapi kalau saya takde mood, saya memang tak suka orang call saya. saya tak suka gadoh by call. saya prefer SMS je.. nak tunggang langgang pon, biar ikot msg je...pleaseeee~~ kalau awak call jugak, nanti saya mesti tak bercakap... itukan membazir nama nya. hurm.

for me, life is not really complicated... but love story is even more complicated. haiiyaaa...macam mana lelaki boleh kahwin banyak-banyak tu ek? terrer betul die handle rumah tangga. orang yang belum kahwin ni, jangan cakap nak handle rumah, tangga pon belum tentu boleh handle.. =.= dah la ida winda tak payah nak merepek merapu lagi. jum ready tengok cerita ameera.. esok episod last. dan esok jugak episod last untuk cerita friday's i'm in love. can't wait. good night sweety.


Thursday, June 21, 2012

isteri control suami?

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 10:34 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni ida tak sempat nak taip apa-apa draft kat opis tadi. so entri malam ni, ida taip fresh..hehe~

hari khamis malam jumaat, banyak jugak cerita kat tv..berderet-deret. mula dengan friday's i'm in love lepas tu ameera.. lepas tu semanis kurma.. kalau nak sambung lagi boleh tengok cerita hantu(waris) pastu 9 soalan(malam ni ade ella ngan caroline).

tadi, sempat tengok semanis kurma..satu je yang tak berkenan, suka jemput artis(maybe nak tarik penonton) tapi kalau artis tu pakai tudung elok-elok rasa nya lagi bagus kot.. kalau tak ingat Allah pon, cuba la malu sikit kat ustaz ngan ustazah tu..isk2.

[gambar hiasan google]

topik malam ni tajuk 'raja suami' ataupon dalam bahasa senang nak paham.. queen control.
ustaz tu cakap, suami yang baik, die akan tolong isteri buat kerja rumah dengan sendiri.. tanpa disuruh-suruh..sunnah Nabi kalau tolong isteri dan ahli keluarga.. tapi masalahnya berape kerat la suami kat luar sana yang nak tolong isteri die? kalau bersuruh pon payah.. inikan pulak nak rela hati. huahua... kalau ade, alhamdulillah... untung. :)

[gambar hiasan lagi]

Islam ada sebut, kalau nak kahwin cari pasangan yang sekufu.. yang setaraf.. dalam hal macam ni la.. kalau kata, seorang isteri tu lebih dari suami dia (mungkin dari segi pelajaran, atau pangkat) tak mustahil die akan bersifat queen control..sebab die dah selesa dan rasa suami die tak boleh lawan die...nanti dia mula la nak mengarah itu ini..nak cakap tinggi suara, atau mengungkit ...apa-apa pon, tinggi mana pon pangkat seseorang wanita tu.. ingat, syurga kat bawah tapak kaki suami.

sekian..wassalam.

p/s : yeyy esok balik kampung! :)

Monday, June 11, 2012

musim orang kahwin

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:18 PM 3 KATA KAU
salam & hai,

sebenarnya banyak benda nak story pasal pergi kenduri ex-officemate kat negeri sembilan hari sabtu aritu,tapi ida takde mase nak taip entri. so, sekarang ni kat opis ida tengah free..boleh la menaip.

ok, sambung cerita dari entri yang sebelum ni, ida sampai kl sentral dari stesen UKM lebih kurang pukul 10.55 .. so ida pon terus gerak amik LRT sampai stesen taman bahagia..mase ida sampai tu, balqis dah on da way nak pick up ida.. nasib ida tak lambat. ;) lepas tu, hadiah kahwin belum beli..maklum lah, sumer orang bz dengan kerja masing-masing, so last minit, tak sempat beli. as planing, kitoang nak jumpa kat giant KJ sebab nak beli hadiah kat situ. rombongan cik kiah terdiri daripada fiza, bainun, muzil.

masa dah sampai giant, tibe-tibe member sorang lagi nama zul msg..cakap nak follow..mula-mula die ni memang paling semangat nak pergi, tapi die cancel last minit sebab sakit perot, tup tup jadi pulak nak ikot. so, sementara tunggu si zul ni sampai, sempat la kitorang naik giant beli hadiah dulu. thx God si zul ni lelaki, memang pantas die bersiap..dalam 1230 cmtu, kitorang gerak dari giant heading to n9! kunun janji kul 11 ye kawan-kawann..haha~delay sejam lebih..

nak dijadikan cerita..dalam ramai-ramai ni sume tak bawak kad..nasib la sebelum si zul tu datang, dah msg die dulu.. soh bawak kad.. kalau tak, dah satu hal nak kene patah balik umah cari kad!
perjalanan ke k.klawang sungguh mencabar. kitorang naik 2 kereta. muzil bawal persona.. balqis bawak myvi..harus la cc pon tak sama. perghh jalan die memang bengkang bengkok.. pastu ada naik bukit..sian kete balqis jenuh nak kejar kete muzil. huhu. kitorang da lapa gile mase tu.. jam pon dah pukul 3lebih.. kitorang sampai umah kenduri dah dekat kul 4.. harus la lauk pon tinggal sikit je. sedeyhh..

masa kat umah kenduri tak sah kalau tak bergambar sakan kan? hehe.. sini ade beberapa pixca yang ida nak tepek kat blog.. yang lain sume ade kat fb kawan-kawan..ida takde camera.so menumpang camera orang je laa =p


 



dalam pukul 6 camtu, kitorang gerak balik kL. ha, kawan2 kan, siap berenti kat tepi jalan sebab nak makan durian.. wohoo.. ida dah la tak makan durian, even bau pon boleh jadi pening.. but then its
ok.. janji kawan-kawan lepas sian. hehe.


lepas makan durian tu, kitorang stop kat hentian r&r seremban untuk solat zohor+asar..wah, kat situ ade cool blog.. yeyy lepas gian nak makan cool blog bandung(topping laici).. ;) masa kat opis lama dulu, selalu makan kalau pegi giant.
lepas dari r&r seremban, kitorang dah berpecah..kiranya dah tak konvoi lagi la..sampai kl lebih kurang dah tengah2 maghrib.. so kene la cari surau pulak nak solat maghrib..masa hala balik ni, zul yang drive kete balqis.. so lebih kurang die la decide nak solat mana.. jalan punye jalan, last2 die bawak ke kampung baru. gile ahh..da sampai kampung baru harus la makan kat situ. its dinner time! mase tu ida ngan balqis da lapa sangat.. sebab kat kenduri tak puas makan. last2 kitorang balun makan nasi ngan lauk banyak gilee..

 
 

haha.lepas kenyang, zul and balqis anta ida balik sampai depan rumah.. thx guyss.. hepy sangat hari tu.. lama tak berjalan sakan.. ;)

p/s : lepas ni sape pulak nak kahwin ek??

Sunday, June 10, 2012

rasa nak kawen jugak

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 11:32 AM 1 KATA KAU
salam & hai,

ni cerita basi jugak ni. hari jumaat punya cerita.. tapi ida nak share jugak kat blog .. (untuk cik nuyu bace)

balik dari kerja kul 5 , ida terus gerak pergi kl sentral pastu amik komuter heading to umah BFF mariam. akak sulung die akad nikah hari ni..lepas asar tapi ida tak sempat la tengok.. just datang nak raikan majlis.. sebab malam ade buat makan-makan sekali dengan akikah anak buah mariam (adelia yg comel). 

dari kl sentral ida kene stop kat stesen UKM..ni first time ida naik komuter sorang2 oke! tak tau la kenapa sangat semangat kali ni nak pergi kenduri orang. hehe. :D
dalam pukul 6 lebih, dah sampai kat stesen UKM, pastu akak mariam yang 2nd dah tunggu nak amik ida..sampai umah, terus mandi, bersiap and tukar pakai baju kurung.

[ ok chubby..lantak lah]

 [hantaran + mas kahwin + cincin]

[pelamin]

 [ kek yg sedap]

malam lepas dah makan, lepas majlis dah abis, ida ngan mariam tidur kat umah kakak mariam yg 2nd tu.. umah die dekat ngan area umah kenduri. malam harus la tido tak lena sangat, 1) sebab tido kat umah orang. 2) sebab takde bantal mucuk. hahaa. esok nya bangun pukul 830 pagi.. bersiap mandi sebab hari ni (sabtu) dah janji dengan kawan2 opis lama (vads) nak pergi kenduri wani kat k.klawang , n9..

mariam hantar sampai kat stesen UKM, pastu ida kene berenti kat stesen kl sentral.. then amik LRT sampai stesen taman bahagia.. sebab balqis dah tunggu kat situ.. member2 janji nak gerak dari KL ke n9 dalam kul 11 camtu.. ida dah timing masa cantik dah.. tapi tak tahu lak, komuter tu delay... ya ampun.... tensen gile dalam ktm tu.. sebab ida takot kawan2 lama tunggu ida.. mase dalam ktm tu nasib ade hiburan tau.. sebab ade sorang mamat comel haha..tak nak cite ape yg ida buat ngan mamat tu.. nak tepek gambar curi je..weee~

[dia yang pakai cap]

ok.. next entry cite pasal kenduri wani pulak.. bye2
p/s : sorry nurul.. ida memang takde amik pix pengantin... tunggu kat fb mariam ek... :)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea