Wednesday, May 23, 2012

surat layang untuk lelaki penipu (must read)

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:03 PM
salam & hai,

dah lama ida simpan nak keluarkan entry ni. sila rujuk dekat entry sebelum nya.kat SINI, SINI dan SINI. kat bawah ni surat untuk 'awak' ...

ida winda,
blok * tingkat * no rumah *
vista angkasa
kg kerinchi
59200 kl

ke hadapan lelaki penipu,

apa khabar awak di sana? harap awak sihat di samping kucing tersayang.
tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap awak. mungkin awak tak berapa ingat saya, biar saya flash back semula.

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku. kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu. lepas 2 hari berkenalan, awak separuh mati mintak no fon saya. gaya macam ikhlas sangat nak berkawan. akhirnya saya akur bagi no fon kat awak. selang 2 hari lagi, awak kata "boleh tak kita bertunang" wah express nye awak ni. awak kata jugak saya orang kedua yang boleh bukak pintu hati awak. sejak awak putus tunang bla bla bla. ingat tak?
awak ni sangat manis la. saya terharu waktu itu. lepas tu tiap hari kita sms, kita call. awak janji itu ini. awak mintak saya terima awak dan bagi peluang. awak ajak saya tunang 6 bulan dan kawin dengan awak.

hm, mase tu hubungan saya dengan teman lelaki saya ade sikit masalah. hati saya pon jadi berbelah bahagi. tapi saya tak boleh buat keputusan terus, saya nak jumpa awak dulu.
tibe-tibe hubungan kita yang baru nak cecah 2 minggu dilanda badai.awak kuarkan ayat "mulai saat ni kita dah takde hubungan" ..awak terus block fb saya. sebabnya? awak ade tanya 1 solan personal, yang saya tak boleh nak jawap. awak kata saya tak jujur. ok fine. saya menangis waktu tu. saya sedih. saya dah mula sayang awak, tapi awak nak tinggal saya. then,tak lama lepas tu..awak call saya. awak cakap awak menyesal. awak mintak maaf. saya susah nak bagi peluang kat awak. tapi hati saya kalah.saya terima awak buat kali kedua. tapi sekarang apa jadi? dah 3 hari awak tak balas msg saya. dah berapa hari awak tak call saya. mana awak pergi? mana janji awak?

sekarang saya dah nekad tiada lagi awak dalam hidup saya. saya yang bodoh sebab percaya awak. padahal kawan-kawan semua tak bagi saya terima atau layan awak. tapi saya tetap rasa awak ni jujur. puuiii la~
akhir kata, saya harap awak dan famly awak hidup bahagia. penuh berkat lepas ni.terima kasih untuk segalanya.

sekian adanya.

yang benar,
tipah tertipu
**********************************************
kalau dulu, lagu tema konon-konon cinta bersatu kan? sekarang ida ade satu lagu nak tuju kat lelaki ni. lagu stacy - kasanova. 

lirik lagu kasanova ::

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tidak mati dipijak
Lemah lembut bicara..

Semakin kubuka hati
Semakin buka mata..
Dia berselindung untuk
Mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya…
Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka…

Di tawan bunga…kasanova
Semenjak terkena…kasanova

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain


Sia sia aku setia
Rupa rupanya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo..

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

 [stacy masa mania minggu ke 9 power gile]

nota kaki : terima kasih kepada all my housemate yang bagi support kat ida. yang sudi dengar cerita ida. pada aiye thanks awak. lepas ni korang jangan sebut atau tanya-tanya lagi pasal sarjan hassan ni ok?? mekasih korang.. with <3 thanks for reading XD

 

5 KATA KAU:

diari farisha said... [Reply]

haha!! terbaik

Unknown said... [Reply]

sesungguhnya Allah memang sayangkan kite..thats why kite dijauhkan dengan lelaki macam ni..anyway be strong and keep it up! :)

Unknown said... [Reply]

Kasanova mmg ada dekat mana2. haha! ida sabar la ya.. jesse pn tak tau nak ckp camana, just that have faith and ignore ja people like this. offering commitment, but in the end of the day the r the one who disappear and leave a big question mark for us.. have a good day. cheers ^.~

LuVidA^^ said... [Reply]

thx u all. hihik. now i am chill. :D

Anonymous said... [Reply]

hakak kalau ada manusia mana tah tak kenal tak tau mana asal asul tetiba nak kenal lepas tu tetiba je nak mintak no tipon macam nak rak hakak block aje. cacat mental. yg kau poei layan tu kenapa lah dik non oiii lepas tu nak frus menonggeng sengsorang

Post a Comment

terima kasih atas komen-komen yang diberikan.
=D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea