Friday, July 20, 2012

cemas tak dapat balik kampung

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 7:47 PM 2 KATA KAU

salam & hai,

hari ni ida amik cuti . semata-mata sebab nak balik kampung dan sambut 1 Ramadhan dengan family tersayang. pagi tadi, ida bangun agak lambat la jugak. just plan nak balik ngan adik ida yang perempuan tu. die dari UIA gombak, so kitorang jumpa kat kl sentral la. sampai kl sentral dalam kul 1030 pagi. ida ajak adik breakfast dulu, sebab ida nampak kedai mamak. lagipon hari ni last nak breakast huhu mengidam roti canai la pulak. ni first time kot ida makan kat kedai mamak (selain dari kedai mamak bawah flat) dengan tidak ditemani lelaki. perghh bangga jup! aku dah pandai gi mamak sendiri huahua~

lepas abis breakfast, terus gerak pegi pekeliling. nak beli tiket on da spot je la. macam biasa.sampai-sampai kat sana, ya rabbi..panjang gile gile gile orang berator.kalah nak balik masa raya. masa tu dah seram dah ni. ntah2 dapat tiket malam.tapi tak kisah la..janji dapat balik.masa berator tu, ida orang no 2 dari belakang. queue die dalam 100 orang kot..ida call somebody, report kat die kata queue panjang sangat..bla bla bla gayut tibe2 nampak pakcik bus tu melambai kat ida. kebetulan masa tu call terputus sebab batt orang di sana tu dah low. ida pon pegi la kat pakcik bus tu. die pon tanya..

pakcik : nak balik mana?
ida    : balik jengka pusat
pakcik : pukul brape nak balik?
ida    : pukul berapa2 je la.
pakcik : ha dah jum naik cepat
ida    : (blur, seronok, terkejut) .. tapi saya berdua ni dengan adik saya
pakcik : laa.. 2 orang susah sikit la.. mana adik?
ida    : tuuu.. (sambil tnjuk kat arah adik ida)
pakcik : ha takpe lah naik dulu.
ida & adik : (cepat-cepat naik and duduk kat seat depan sekali yang macam pakcik tu tunjuk)

then lepas tu, pintu pon tertutup. bus pon gerak. yeyy!!! dapat balik kampung!! tapi dalam kepala hotak ni, pelik la jugak.. why dalam ramai2 orang, pakcik tu nak tertanya kat ida ek?? die kesian tengok ida ke? die tau tiket dah abes ke? atau muka ida ni macam muka ex-gf die?? haha.. bukan ape, sebelum tu tadi, pakcik tu bagitau kat orang ramai... tiket ade kul 12 tengah hari je..lepas pada kul 12 suma dah abis. esok pon abes. yang ada cuma hari ahad kul 12. makna nya, kalau pakcik tu tak ajak naik tadi, kompem2 ida ngan adik tak dapat tiket.. alhamdulillah, ada jugak rezeki nak sahur, terawih, dan berbuka ngan family walaupon untuk 2 malam je.. terima kasih Allah. mungkin dari segi kemanusiaan, pakcik tu niat die ikhlas dan baik. dari segi etika kerja ida tak pasti la.. duit tu dapat kat poket die atau pon die guna untuk bayar tol..atau ape2 hanya die dan Allah s.w.t yang tau. 


hati-hati dengan facebook

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 1:42 AM 4 KATA KAU
salam & hai,

tadi kat facebook ida ade post status ni :

have you noticed that social media is such a "dangerous" place? whatever you check in...whatever you post...your pix..everything is insecure..people may used it for bad thing..and u are not supposedly put your employer name at your profile..it's for your own good. :)

ida ade pergi tranning hari ni. tentang social media .. do's and don'ts ..apa yang kita boleh buat dan tak boleh buat .. social media ni yang kita guna hari-hari la. contohnya facebook, twitter and also blog.
everything ade guidelines die.. for safety jugak.. so, apa yang ida belajar (and insaf kejup) kita tak boleh post suka hati kat facebook and blog.. later, if ada pihak yang tak suka kat kita (haters) atau pon ada pihak yang nak amik kesempatan, diorang boleh simply print screen je status atau komen kita and create the issue. bahaya tau tak! ingat tak kes famous amos dulu.. kes hina sultan la.. macam2 kes..blogger yang selalu kene tangkap ngan polis..(macam uncle tettt)

kalau boleh elakkan la nak check in @facebook tu..contohnye makan kat mana.. pergi mana.. dengan sapa.. kalau orang nak culik, senang-senang je tau. huhu. posting pictures and videos lagi bahaya. kalau setakat menda super impose tu, dah lama dah ada..even benda yang kita dah delete pon, orang still boleh trace and amik balik.


one more things, pada sapa yang dah kerja. kat profile facebook ade die suruh tulis 'works at' dulu ida taruk jugak nama company lama, tapi bila dah quit, ida just taruk "bumi Allah' je.. don't ever put your employer name or company name!!! kalau jadi isu apa-apa silap-silap boleh kene council atau terminate free free je..ye la, kadang tu kita rasa stress kat tempat kerja, then kita post status tentang ofismate atau boss.. so, benda ni bile orang luar baca, reputation company kita jugak yang teruk. betol tak?? even worst, kena saman baru tau.. haha..


kesimpulannya, kalau sal kerja better kita separate dengan hal peribadi. avoid to story about your work at your personal blog or facebook. itu apa yang ida dapat info masa tranning siang tadi la. ida pon dah delete gambar opismate yang ida taruk kat sini (yang latest and yang ida ingat je la).. sebab tak mintak permission diorang untuk publish kat sini..remember, anything that you want to post, that belong to others, need to get permission or approval first.. jangan main upload je..sekian.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea