Saturday, June 2, 2012

suka lawak zizan

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 12:32 PM 0 KATA KAU

salam & hai,

Rasanya belum terlambat untuk ida ucapkan tahniah beribu ribu lemon tahniah kat Zizan sebab menang Super Spontan malam tadi. Zizan bawak balik hadiah wang tunai rm100 000 beserta sebuah toyota camry. peratusan zizan dengan johan berbeza 1% je masa last sekali die tunjuk kat audience. ingat kan, zizan dah kalah.. tapi ternyata rezeki dan nasib masih berpihak kepada zizan. congrate bro! U really deserve it! suka sangat segmen akhir laguku untukmu. zizan rap memang terbaik . hehe. 

cuma ida tak berkenan sangat waktu sesi penyampaian hadiah. memang la rancangan ni konsep die spontan, tapi bab sampai kan hadiah tu kena lah lebih formal dan tersusun. ni tak, hos tu siap boleh gelak kan peserta yang dapat saguhati contohnya suhaimi, ropi dan rahim. lagi satu, ida tak berkenan jugak masa kak diba kita dok himpit-himpit amir. dah la amir tu kecik.. ye pon , awak tu perempuan. tak manis la buat macam tu.. lebih-lebih lagi rancangan tengah live. budak-budak pon ramai yang tengok super spontan. ade episod sebelum ni, amir siap cakap lagi "batal air sembayang saya" dalam joke... but then, still nampak sangat die tak suke diperlakukan sebegitu.

[ni gambar ida printscreen dari twitter zizan je]

[yang ni pulak dari twitter aaron aziz. memang terbaik laaa]

lepas ni mungkinkah ada lagi super spontan musim ke dua? mintak-mintak ade kumpulan sepahtu yang join. mesti lagi terbaik. hehee..

p/s : tak sabar tunggu filem bohsia 2. jalan kembali. ade zizan berlakun.


Friday, June 1, 2012

abang maybank tu manis

DITAIP INDAH2 OLEH LuVidA^^ KETIKA JAM 8:01 PM 2 KATA KAU
salam & hai,

1 june. sekejap je mase berlalu..dah masuk setengah tahun..em, hari ni nak cerita sikit aktiviti yang ida buat untuk hari ni..

petang tadi lepas jumaat dalam pukul 2.30 petang ida pergi maybank. sebab nak kene bukak akaun untuk masuk gaji..sebelum ni kat opis lama gune cimb..

 [ sebelum pergi maybank]

nasib ida datang awal.. sebab mase ida sampai tu, pegawai die tak masuk kerja lagi..lepas pergi potostat ic, terus die layan ida. pegawai tu sopan sangat. die tak la ensem mane cume mungkin die manis. haha. die cakap nak bukak akaun kena bayar rm250.. ida cakap la, eh saya ade bawak surat company. ida tnjuk surat ni.

 
[ surat yang agensi Jenjobs bagi.. miss tu cakap kalau bagi surat ni kene bayar rm10 je untuk bukak akaun ]

pastu pegawai tu cakap, surat ni tak boleh cik.. kalau surat felda ke.. yang ade kwsp under maybank boleh la..then die tanya.. bawak cash berapa? ida cakap la.. rm 100 je.. pastu die terangkan bla bla bla.. die suruh bayar je rm100 tu + rm10 untuk bukak akaun.. settle! Ida pon tak faham, mula-mula cakap nak kene 250... pastu 100 pon bole~~

sebelah petang pulak.. dalam kul 6 macam tu..kuar pegi bandar jup, abah ade barang runcit nak beli. esok abah kene outstation kat sabah sampai 8 hb..ada sukan.. abah cakap die main bola untuk pasukan veteren. haha good luck abah!

[ masa ida tunggu dalam kereta, ida nampak budak sekolah ida dulu.. my secret admirer..haha..sekarang die sudah gemukss..lallala ]

balik dari pergi kedai, adik ajak main badminton. ok best jugak. sebab lama tak main. ala, main pon depan umah je. main dalam 10 menet, dah berpeluh sakan.. tak larat la.. snap gambar sebagai bukti.. lepas tu , masuk rumah. konon nak mandi. padahal here I am.. update blog dulu. kehkehkeh~

 [ adik-adik ida.. best la.. cuti sekolah ]

[ tahun ni PMR.... jangan banyak mainnn ]

 [ gambar ni tak nampak chubby sangat haha ]

[ ok.. tudung masa pegi maybank.. dengan masa pergi kedai sama.. baju je yang tukar.. sebab balik kampung bawak selai je tudung huhu]

ok la. nanti cerita lagi. bye2.

p/s : malam ni final super spontan. go zizan!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

♥♥ Luvida ♥♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea